Pernah Tular Dengan Pizza Wagyu, JOFLIAM Raih Tempat Keempat Dalam Pertandingan Piza Di Itali!

Suatu ketika dahulu, Pizza Wagyu hasil ciptaan Jofliam pernah yang viral. Dihidang dengan pelbagai ramuan premium dan berkualiti tinggi, tidak hairanlah piza air tangan suami usahawan yang juga blogger terkenal Cik Epal ini mendapat permintaan tinggi dari para foody makanan.

Apatah lagi video beliau melayani permintaan pelanggan yang mengambil sendiri piza hasil tangannya menerusi konsep drive through di kediamannya baru-baru ini meraih perhatian ramai.

Hanya mengambil tempahan menerusi Instagram Jofliam, bapa kepada dua anak ini pernah mendapat tempahan mencecah puluhan kotak dalam sehari, apatah lagi pizza yang dihasilkan dari air tangan sendiri bermula dari doh sehinggalah proses penghantaran.

Dan baru-baru ini, satu lagi kejayaan dikecapi Jofliam apabila dia mendapat tempat keempat dalam pertandingan piza di Itali baru-baru ini. Menurut sumber, ofliam dapat tempat ke-4 daripada 50 pasukan bertanding di Itali.

“Ikut markah, team Jofliam dapat top 4 dalam 50 team yang bertanding. Aku still bangga je Jofliam bawa nama Malaysia 🇲🇾 dalam competition pizza ni. Pembuat pizza yang famous dekat Italy 🇮🇹 pon kenal Jofliam pizza wagyu from Malaysia. Fantastic bak kata Yuki👌🏻!”, tulis Cik Epal menerusi hantaran di Instagramnya.

Siapa menyangka, membawa nama Malaysia ke pentas pertandingan piza apatah lagi Itali memang cukup terkenal dengan teknik serta rasa penyediaan makanan tradisi itu, sudah pasti mencabar namun Jofliam berbangga dengan kedudukan tempat keempat yang diraihnya.

Malah Jofliam sendiri menyatakan dia menyertai pertandingan ini tanpa sebarang penaja mahupun paksaan, dan berbangga yang usahanya diiktiraf oleh negara luar dan tidak mendapat sokongan atau pembiayaan terutama daripada kerjaan Malaysia.

“Apa pon saya ulang disini ,saya disini demi tanah air tercinta, atas kerelaan saya sendiri, tiada paksaan. Saya merelakan diri. Kos semua dibiaya saya sendiri sejak mula sebab saya yang rela.”

Pizza wagyu Jofliam mula dijual sekitar tahun 2021 dan pasangan suami isteri ini pernah tular di media sosial kerana niat murni mereka mengagihkan pizza berkenaan kepada mangsa-mangsa banjir.

Di ruangan Instagram Jofliam, dilihat ramai rakyat Malaysia khususnya yang berbangga dengan pencapaian Joflam ini apatah lagi kejayaannya ini diraih atas tiket negara asing di tanahair orang lain.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus