Persembahan ‘Terbalik’ Luar Kotak Bawa Tuah, NAIM DANIEL Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Siapa yang masih belum ‘move on’ dengan persembahan Naim Daniel yang menyanyi secara terbalik ketika di Anugerah Juara Lagu 37 yang berlangsung bulan lalu. Mendendangkan karya Mainan secara tergantung nyata mengundang pelbagai reaksi.

Walaupun tidak membawa pulang sebarang anugerah, namun rezeki Naim Daniel tetap ada apabila persembahan luar kotaknya itu mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records.

Persembahan memukau itu bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton malah diiktiraf Malaysia Book Of Records sebagai artis pertama yang membuat persembahan secara terbalik.

Naim yang juga pelakon drama bersiri, Projek: High Council berkata, pengiktirafan itu merupakan satu pembukaan yang baik buat dirinya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini.

“Hilang dalam kegembiraan sekarang sebenarnya. Satu pembukaan yang baik buat saya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini. Terima kasih di atas sokongan dan cinta kalian semua yang telah menyokong kerjaya saya dari awal sehingga ke hari ini.

“Hari ini, satu lagi sejarah tercatat untuk perjalanan saya sebagai anak seni dan ia takkan berhenti di sini, selagi saya menghirup nafas daripada semangat dan doa yang kalian berikan,” katanya menerusi kemas kini di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Pada masa sama, Naim turut menyeru kepada semua anak seni untuk terus berani mencuba apa saja untuk kekal relevan dalam industri.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus