Bagi generasi 90-an, lagu-lagu seperti Anggapanmu, Sangkar Cinta dan Madah Berhelah pasti tidak akan luput di ingatan. Watak Mariana juga seperti amat sinonim dengan Ziana Zain, penghibur kesayangan ramai yang turut merupakan ibu kepada empat cahaya mata serta bakal mencecah 53 tahun tidak lama lagi.

IKLAN

Mesra disapa Kak Gee, penampilan terkini ibu tunggal itu pada Sabtu lepas bukan saja menghidupkan nostalgia lama, malah memukau penonton dengan kecantikannya yang luar biasa.

Aura bekas pramugari yang tertib, tutur katanya yang tersusun serta persembahan yang sentiasa bertenaga bagai membuatkan setiap mata ‘melekat’ menyaksikan Konsert in Person With Ziana Zain 30 di saluran RTM 2!

“Tidak terungkap dengan kata-kata betapa Kak Ziana menghargai anda semua. You will always be in my prayers and my heart!” – Ziana Zain

Biarpun tanpa dress sekuin, Kak Gee tetap memukau dengan padanan outfits yang hebat. Antara busana pereka yang mengiringi konsert beliau adalah Khoon Hooi dan Mirol Jonit, selain sepasang kaftan SIBU hitam rekaan Amaze.

Persembahan Ziana Zain Buat Ramai Terpegun, Umur 53 Tapi Penampilan Masih Memukau!
Persembahan Ziana Zain turut diiringi artis jemputan Naim Daniel
Persembahan Ziana Zain Buat Ramai Terpegun, Umur 53 Tapi Penampilan Masih Memukau!
Cape Khoon Hooi, seluar Mirol Jonit // Pic Blackpepper Production
Persembahan Ziana Zain Buat Ramai Terpegun, Umur 53 Tapi Penampilan Masih Memukau!
Kaftan Amaze // Pic Blackpepper Production

Gaya yang sopan dan bercirikan Muslimah menampakkan kematangan Ziana Zain sebagai penyanyi kesayangan ramai.

Selepas lebih sedekad tidak menjayakan konsert solo, pengalaman mementaskan konsert dalam normal baharu itu juga menguji keupayaan beliau sebagai penghibur kerana terpaksa beraksi tanpa penonton.

Ia juga suatu sejarah baru bagi Kak Gee yang telah berkecimpung selama tiga dekad dalam industri seni.

IKLAN

Pun begitu, majoriti peminat setia dan penonton yang menyaksikan persembahan konsert ini meninggalkan respons positif malah ada yang masih tidak puas melihat Kak Gee.

Persembahan Ziana Zain Buat Ramai Terpegun, Umur 53 Tapi Penampilan Masih Memukau!

IKLAN

Dalam persembahan selama lebih sejam itu, Kak Gee mengakui gementar menantikan reaksi peminat. Beliau yakin kebanyakan penonton pasti mengharapkan nyanyian dan tenaga vokalnya sama seperti masih muda.

Ibu saudara kepada penyanyi muda Ernie Zakry ini memulakan kerjayanya sebagai pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebelum bergelar penyanyi pada tahun 1990 menerusi album pertamanya, Madah Berhelah.

Bahkan namanya turut tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai penyanyi wanita pertama memenangi pertandingan nyanyian pada peringkat antarabangsa, Voice of Asia di Kazakhstan pada 1995.

Sumber: IG @iamzianazain

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI