Terpaku tengok kejelitaan Datin Seri Zizie Izette baru-baru ini. Mana tidaknya, makin anggun dan ramping. Persis anak dara! Jarang berkongsi perkembangan baharu di media sosial, namun foto terkini yang dimuat naik isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin tersebut nyata menjadi bualan ramai!
Tak dinafikan dalam usia 44 tahun kakak kepada pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam ini maintain mempersona. Malah sejak berkahwin dan mempunyai anak, aura Datin Seri Zizie makin berseri-seri. Jelas terpancar kebahagiaan yang dikecapinya hari ini.
Daripada perkongsian Datin Seri Zizie di Instagram miliknya, memang nampak perubahan fizikal wanita cantik ini. Yang pasti, usaha keras, amalan gaya hidup sihat dan rutin senaman Datin Seri Zizie ke gimnasium berhasil kerana dia kini tampil lebih muda, sihat dan langsing.
Buktinya, gambar terbaharu Datin Seri Zizie yang lengkap berpakaian sukan meraih perhatian peminat dan rakan artis. Rata-rata mereka memuji penampilannya yang kelihatan makin cantik.
Gambar terbaharu itu juga berjaya mendapat hampir 16 ribu likes!
Mengenali Datin Seri Zizie Izette, beliau sememangnya seorang personaliti yang mudah mesra dan humble orangnya. Membawa status VIP dan selebriti, pasti ramai yang beranggapan golongan ini gemar mengenakan jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki.
Namun hakikatnya figura ini seorang yang low profile dan disenangi. Sepanjang Nona bekerjasama dengan Datin Seri Zizie, memang senang berurusan dengannya.
Bukan hanya dikagumi kerana keperibadian diri bahkan kehidupan bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang serta keprihatinan Datin Seri Zizie menjaga kebajikan pembantu rumah turut menjadi perhatian.
Suatu ketika dulu, personaliti ini pernah menarik tumpuan peminat apabila turut membawa lima pembantu rumah pergi bercuti bersama anak-anak.
Lima anak kesayangan Datin Seri Zizie Izette ialah Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.
This website uses cookies.