Sudah 53 tahun pun masih cantik persis anak dara! Penampilan terbaharu Datin Seri Maria Farida menjadi bualan hangat warga maya baru-baru ini. Mana tidaknya, dari zaman muda sampai sekarang macam tidak berubah wajah jelitawan ini. Gorgeous!
Genap berusia 53 tahun pada 28 Mac lalu, perkongsian Datin Seri Maria ketika pertemuannya bersama usahawan popular, Dato’ Seri Vida menarik perhatian peminat. Dalam postingnya, kelihatan aktres ini memperagakan koleksi barangan kemas Dato’ Seri Vida sambil ditemani seorang rakan.
Hanya mengenakan T-shirt lengan panjang warna kelabu dan seluar polos hitam, pesona Datin Seri Maria tetap menyerlah. Apatah lagi, dia hanya tampil santai dan hanya mengenakan solekan nipis.
Reaksi peminat membanjiri ruangan komen media sosial Datin Seri Maria yang rata-rata daripada mereka memuji keanggunan isteri Datuk Seri Rahman ini.
Masih segar lagi kenangan bersama Datin Seri Maria saat beliau menjadi penghias Nona Mac 2019. Dalam pertemuan waktu itu, dia mengakui perubahan diri seiring pertambahan usia saban tahun, tetapi bersyukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik.
Mengulas amalan yang dipraktikkan, ini jawapan jujur Datin Seri Maria.”Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang.
Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout,” telus usahawan kecantikan ini yang mewarisi keturunan Melayu-Filipina.
“Rutin harian saya, kalau ada dekat rumah memang saya tak bermekap atau dress up
. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah. Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula.Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke malam. Macam rutin ibu-ibu lain juga,” ujarnya.
Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Seri Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri dekat rumah sememangnya meletihkan.
Menyifatkan dirinya seorang yang ringkas, “Kalau keluar rumah beli groceries pun saya tak pakai mekap. Unless ada shooting, make up artist dah siap cantikkan kita from head to toe.
Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging.
Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”
This website uses cookies.