Baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal Rozita Che Wan ada berkongsi hantaran gambar anak kesayangannya, Aaishah Dhia Rana ke sekolah nyata mengundang perhatian orang ramai. Mana tidaknya, penampilan Aaishah persis barbie doll, memang cantik dan comel sungguh!!
Melihat pada hantaran Instagram tersebut, Aaisyah kelihatan sangat simple, wajah yang polos tanpa secalit solekan dengan rambut yang didandan bertocang dua.
Umum mengetahui Aaisyah sebelum ini seringkali disolek dan didandan indah oleh Che Ta seperti kebiasaan, namun penampilan Aaishah kali ini langsung tidak berlebihan, namun aura manis Aaishah tetap terserlah. Tidak hairanlah, gambar yang dikongsikan ibunya itu meraih perhatian ramai.
Menurut Che Ta menerusi kapsyennya, gambar tersebut diambil selepas Aaisyah kembali semula ke sekolah memandangkan cuti penggal persekolahannya sudah tamat. “Dia nak nak nampak presentable”, ulas Che Ta.
“Cuti sekolah anak kami (saya) sudah habis, sekarang kena kembali ke sekolah. Pukul 5.30 pagi Aaisyah sudah bangun dan bersiap. Teruja untuk kembali ke sekolah. Maklumlah, lama cuti sekolah,” ulas Che Ta yang berkongsi telatah anak perempuan tunggalnya itu.
Tambah Che Ta lagi, walaupun anaknya gemar tampil cantik, namun nalurinya tetap sama seperti kanak-kanak lain yang seusia.
“Waktu sekolah, tiada bulu mata palsu. Cukuplah sekadar rambut ditocang dua dan bibir dicalit dengan lip gloss,” tegasnya yang tiada kompromoi dalam hal tersebut lebih-lebih lagi pemakaian mekap ke sekolah.
Akui Che Ta lagi, perkongsian tersebut dibuat bagi meleraikan pertanyaan sekali gus memberi pemahaman kepada warga maya mengenai isu anaknya ke sekolah.
Sumber: Sinar Plus
This website uses cookies.