Tahniah anakanda DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang berjaya menamatkan pengajian di luar negara. Bukan saja cantik orangnya, bijak pula tu!
Secara eksklusif berkongsi kejayaan dan wajah anakanda tersayang di laman media sosial rasmi Selangor Royal Office, jelas terserlah wajah gembira keluarga diraja ini atas pencapaian tersebut.
Pada 11 November lepas, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah berangkat ke University of Bristol di bandaraya Bristol, United Kingdom bagi menghadiri majlis graduasi anakanda sulung DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, Nur Amanda Binti Mustapha Kamal.
Nur Amanda yang kini berusia 22 tahun, telah menamatkan pengajian dari universiti berkenaan dan menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal (Master of Engineering in Mechanical Engineering).
Menerusi foto-foto yang dikongsikan kelihatan Amanda mewarisi kejelitaan ibunda tersayang.
Lengkap mengenakan jubah konvokesyen, Amanda tampak teruja di samping ibunya, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang anggun menyarung persalinan tradisi royal blue
dipadankan bersama beg tangan Chanel rona kelabu dan rantai mutiara sebagai pelengkap gaya.Semoga Amanda terus sukses dalam apa juga lapangan kerjaya yang diceburi kelak dan menjadi inspirasi buat golongan wanita untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
Sumber: Facebook Selangor Royal Office
This website uses cookies.