
Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Sejuk Mata Memandang..

Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.

Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu wanita contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan.
Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada para wanita yang sedar cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk anda.
kredit: instagram @deenaemir
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih Amalkan Petua Kampung, Jom Tiru Rahsia Awet Muda Wanita Urban Ini Walaupun Punya Lima Anak

Beberapa bulan lepas, Nona pernah menyiarkan kisah kecemerlangan wanita bernama Nor Haziani Abd Hamid ini yang menubuhkan empayar BlinkBlink, iaitu satu platform jual beli barangan mewah dan jamu tradisional.
Tapi satu perkara yang membuat kami tertarik mendekatinya adalah kecantikan fizikal, wajah dan bentuk badannya yang sangat cantik meskipun sudah melahirkan lima cahaya mata.
Rahsia yang diamalkan oleh bekas pramugari Malaysia Airlines dan AirAsia itu ternyata mudah diamalkan. Mula-mula susah juga nak percaya, sebab tak mungkin wanita semoden beliau masih makan jamu kampung. Tapi rupa-rupanya betul!
Selepas melahirkan 5 orang anak, apa rahsia berpantang yang diamalkan untuk kembali langsing?
Saya bersalin anak sulung secara normal dan yang empat lagi secara pembedahan Caesarean. Jarak anak-anak, yang sulung 14 tahun manakala yang kelima baru berusia 10 bulan.


Berpantang adalah perkara yang wajib dilakukan oleh seorang wanita yang baru bersalin. Bagi saya pantang bersalin adalah sangat penting dituruti untuk mengembalikan bentuk badan asal dan kesegaran badan.
Tiada yang luar biasa bila bercerita bab pantang bersalin. Mungkin kebanyakan sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Cuma apa yang saya amalkan dari dulu sejak melahirkan anak pertama hingga anak kelima adalah seperti berikut:
- Mandi akar kayu setiap hari walaupun sampai ke hari terakhir berpantang.
- Mengamalkan herba atau jamu.
- Berurut.
- Sapu minyak herba satu badan.
- Bertangas.
- Kurang pengambilan air.
- Bertungku.
- Berbengkung.
- Jaga makan.
- Berstokin.
- Pastikan badan sentiasa panas. Jauhi aircond.
- Pantang bersama suami.
- Elak mengangkat benda berat/senaman berat.
- Pantang keluar rumah.
Perlu diingat, kebaikan berpantang ini adalah untuk diri sendiri. Kena sihatkan dalaman dahulu. Jadi perlu bersabar kerana ia hanya untuk sementara waktu iaitu di antara 44 hari, 60 hari atau 100 hari.
Lepas bersalin, badan biasanya lembik dan menggeleber. Cara anda pejalkan semula bentuk badan?
- Saya amalkan minum air suam lapan gelas atau lebih sehari. Minuman sejuk saya jauhkan.
- Apa yang saya amalkan dari dulu adalah dengan pengambilan jamu tradisional.
- Minum air sirih setiap pagi.
- Minum air rebusan inai sekali setiap minggu.
Kongsikan ramuan jamu untuk langsing yang paling mudah di lakukan di rumah?
Rebus manjakani, ubi cekur dan kunci. Kisarkan bersama air rebusan dan tapis. Rebus semula air tapisan bersama sedikit gula batu dan asam jawa. Minum dua kali seminggu.
Pendapat anda, kenapa wanita sekarang malas makan jamu?
Rasanya mungkin sebab rasanya yang pahit, kurang pengetahuan kebaikan jamu pada wanita dan ketiadaan masa. Wanita juga banyak beralih kepada ubatan moden dan merasakan jamu adalah amalan kuno.

Makin usia meningkat, makin ramai wanita yang kurang keinginan terhadap suami. Apa sebabnya?
Ini adalah topik sensitif kerana melibatkan masalah dalaman rumah tangga. Tetapi jika wujud masalah ini, wajiblah cepat cari jalan penyelesaian. Bagi saya antara sebab ramai wanita kurang keinginan terhadap suami adalah kerana:
- Mungkin rangsangan tidak mencukupi.
- Keletihan.
- Masalah peribadi contohnya mungkin tiada keharmonian dalam rumah tangga, masalah kewangan dan bebanan tugas di tempat kerja dan tugas di rumah pula.
- Tiada komunikasi dengan pasangan, kurang mesra dan tiada kepercayaan terhadap pasangan.
- Sejarah penderaan dari sebelum berkahwin. Ini menyebabkan timbul perasaan takut dan mempunyai masalah mempercayai pasangan.
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Nona dimaklumkan bahawa anda mengeluarkan produk Serrapat untuk organ keintiman wanita. Apakah khasiatnya?
Serrapat adalah serbuk perapat yang dihasilkan daripada buah manjakani. Antara kebaikannya adalah:
- Boleh dijadikan sebagai air cucian.
- Permukaan faraj akan menjadi tegang dan halus.
- Lubang faraj akan menjadi rapat dan tertutup.
- Merawat bahagian organ keintiman wanita yang menggeleber akibat melahirkan anak akan menjadi rapat kembali dan tegang.
- Penggunaan yang berterusan dan kerap akan mengembalikan warna pink sebenar di permukaan faraj.
- Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
- Merawat keputihan dan kegatalan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
3 Tahun Bergelar Isteri TASHA SHILLA Kini Bahagia Bersama Suami & Sepasang Cahaya Mata Comel!

Masha-Allah, tenang dan bahagianya melihat kehidupan terkini pelakon jelita berketurunan Melayu-Jawa, Tasha Shilla.
Sepasang cahaya mata yang sangat comel menjadi pelengkap rumahtangga Tasha dan suami.


Lihat saja Instagramnya, penuh dengan gambar serta video aktiviti bersama anak-anak dan juga suami.
Setiap perjalanan hidupnya sebagai isteri dan ibu dikongsi di media sosial buat tatapan para peminat serta pengikutnya. Memang terserlah sifat keibuan yang ada pada diri finalis Dewi Remaja 2005/06 ini.
Pada 28 Februari 2023 genaplah usia perkahwinan Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq Idris yang ke-3 tahun.
Berikut perkongsian Tasha sempena ulang tahun perkahwinan mereka pada Februari lalu:-
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raees Zander (2 tahun) dan Nyla Kaadira (1 tahun).
“With a pair of amanah from Allah SWT, we are blessed to take this duty to raise Raees and Nyla as their parents,” tulis Tasha di Instagram.


Menyingkap awal perkenalan, Tasha atau penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak, 36, mengenali suami hanya dalam tempoh sebulan. Selepas tiga kali berjumpa, mereka memutuskan untuk ke fasa yang lebih serius.
Mereka bertunang pada 23 Februari 2020 dan sah bergelar suami isteri pada 28 Februari 2020. Setelah berkahwin, Tasha mula memperlahankan karier seninya sebagai pelakon kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya terhadap rumahtangga.

“We only got to know each other in a month.. after the 3rd meet we decided to get married.”
Bagi Tasha, Allah SWT sebaik-baik Perancang. Buktinya, dia kini cukup bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu yang dianggap amat menakjubkan.

“We just put our faith & heart into Allah SWT and believe He is the best of planners. Syukur Alhamdullilah…
“It’s been an amazing journey till now and hope this continues forever till Jannah In shaa Allah.”


Tasha mengharapkan agar nikmat bahagia bersama suami dan anak-anak kekal sampai ke syurga.
Terdahulu, Tasha Shilla memulakan karier lakonan pada 1999 iaitu sejak usianya 12 tahun. Antara drama lakonannya ialah Spanar Jaya, Tentang Dhia, dan Ratu The Movie.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
11 Rahsia Jemput Rezeki, Rupanya Mudah Sahaja Amalannya

Rezeki datang dalam pelbagai cara dan ini 11 rahsia jemput rezeki yang boleh kita amalkan. Namun, sebagai mana yang diketahui rezeki sama seperti jodoh dan ajal yang telah ditetapkan sejak azali.
Walaupun begitu, sebagai manusia biasa kita tidak boleh duduk sahaja dan menanti rezeki datang bergolek. Kita perlu berusaha dan mencapai apa yang diinginkan. Sebenarnya rezeki bukan hanya duit semata-mata, punya kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia dan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat juga adalah rezeki.

Menerusi firman Allah SWT bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud: ayat 6).

Dengan keyakinan semua rezeki ditetapkan Allah SWT, ia boleh menyelamatkan kita daripada kebimbangan. Sebenarnya terdapat rahsia yang tersembunyi dalam perbuatan kita untuk menarik rezeki. Rupa-rupanya mudah saja amalan untuk menjemput rezeki ini. Ini adalah 11 rahsia jemput rezeki;
- Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang.

Gambar hiasan. Foto: Instagram @hannahdelisha 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @zarazya - Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
- Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
- Letakkanlah di dalam bilik sebuah kotak. Setiap kali merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.
- Jika hadir dalam suatu majlis (keluarga atau sahabat), beli 1 atau 2 kota air mineral, niatkan untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukannya (seperti orang tua, orang sakit, anak-anak dan lain-lain).
- Jika membeli barang dari peniaga kecil kemudian apabila peniaga itu ingin mengembalikan wang, berikan wang baki itu untuknya (disedekahkan atau dihadiahkan).

Foto: www.123rf.com - Belilah Mushaf (Al-Quran), letakkan di salah satu masjid. bayangkan berapa pahala yang akan diperoleh dari setiap huruf daripada mereka yang membacanya.
- Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doa yang tulus.
- Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan berbicaralah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
- Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari menghinamu, meyebarkan fitnah dan menzalimimu.
- Setting pada handphone kamu, tanda peringatan pada waktu-waktu tertentu untuk kamu membaca surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas yang dihadiahkan kepada kedua ibu bapa, baik yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
BACA: Hannah Delisha, Zara Zya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





