Dari penggiat muzik nampaknya guru vokal terkenal ini sudah mula berjinak-jinak dalam perniagaan pula. Datuk Syafinaz pertama kali berniaga dan akui seronok. Lebih-lebih lagi apabila peminat kesayangan sanggup turun bertemu dengannya dan borong produk jualan pelantun lagu Persis Salju ini.
Penyertaan Datuk Syafinaz Selamat berniaga di Celebfest Ramadan di Singapura pada hujung Mac lalu nyata membuka pintu rezeki baharu buat dirinya. Figura cantik ini sama sekali tidak menyangka sambutan yang diterima daripada pelanggan cukup memberangsangkan.
Selama tiga hari festival itu berlangsung, kelihatan Datuk Syafinaz mesra melayan para tetamu di booth jualan PETAPAS.
“Pengalaman pertama berniaga – Seronok sangat! Terima kasih warga Singapura atas sambutan yang sangat-sangat memberangsangkan. Your support is much appreciated.
Terima kasih juga kepada yang DM memberikan feedback yang menggembirakan saya dan team PETAPAS. Kepada yang membeli berbalang-balang (ada yang beli sampai 26 balang!!) dan masih ada yang repeat order sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah, God bless you and enjoy the biscuits! InsyaAllah kita jumpa lagi tahun depan dengan seleksi kuih raya yang lebih meriah!”
Terdapat pelbagai perisa kuih dijual antaranya kuih kacang, kuih tiram, tat nanas dan bangkit cheese.
Meniti usia 51 tahun, nama Datuk Syafinaz sinonim sebagai juri program realiti nyanyian. Meskipun mencecah umur 50an, pesona dan wajah selebriti ini kelihatan awet muda dan cantik!
Apatah lagi, dia bijak menjaga penampilan diri dan memiliki susuk tubuh ramping persis model! Sekaligus membuatkan wanita ini kelihatan menawan dalam apa jua persalinan.
Penyanyi kelahiran Johor ini juga dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Pingat berkenaan dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan pada tahun 2018.
Artikel https://www.nona.my/7-tahun-bergelar-isteri-pemuzik-hebat-genervie-kam-bahagia-di-sisi-hazama/
Sekitar April 2021, Datuk Syafinaz melancarkan single berjudul Persis Salju. Kerinduan peminat kepada penyanyi bersuara antarabangsa ini terubat menerusi lagu berkenaan memandangkan hampir 20 tahun menunggu ‘buah tangan’ dari Datuk Syafinaz.
This website uses cookies.