Pertama Kali Dianjurkan, Faztival Fazura Dapat Pengiktirafan Malaysia Book Of Records!

Hebatnya penangan Fazura!. Mana tidaknya, konsert sulung, Faztival Fazura yang berlangsung pada Ahad lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil telah mencipta bukan satu, tetapi dua rekod baharu meskipun ia merupakan penganjuran kali pertama diadakan.


Festival yang dianjurkan oleh pelakon, penyanyi dan usahawan Fazura itu mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebagai Perhimpunan Terbesar Tudung Fazura dalam sebuah acara dan Perhimpunan Tudung Bawal Terbesar di Malaysia!

Fazura menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebagai Perhimpunan Terbesar Tudung Fazura dalam sebuah acara dan Perhimpunan Tudung Bawal Terbesar di Malaysia.

Menurut isteri kepada Fattah Amin ini, sebagai penganjur dia sememangnya berharap acara tersebut dapat menjadi program tahunan anjuran syarikatnya selepas ini.
“Saya amat bersyukur kerana konsert tersebut mendapat sambutan luar biasa dan siapa sangka ia mencipta dua rekod baharu dalam Malaysia Book Of Records,” kata Fazura melahirkan rasa syukur di atas sambutan yang diberikan.

Zizi Kirana dan Fakhrul UNIC antara selebriti yang memeriahkan Faztival Fazura

Faztival Fazura telah memperlihatkan beberapa gabungan artis tempatan dan antarabangsa di mana persembahan pembukaan oleh Datuk M. Nasir diiringi penampilan khas Fattah Amin dengan langkah gerakan silat mengiringi lagu Mentera Semerah Padi. Kira-kira 8,000 penonton terpukau dengan persembahan tersebut.

Ella antara artis yang membuat persembahan memukau.

Antara selebriti lain yang turut menjayakan Faztival ini termasuklah Datuk Awie, Ella Aminuddin, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.

Ahmad Dhani membuat persembahan
Mulan Jameela

Lebih istimewa, Faztival turut menampilkan Ahmad Dhani dan Mulan Jameela sebagai selebriti undangan khas untuk memeriahkan lagi konsert berkenaan.
Untuk menghargai para peminat jenamanya, Fazura turut mengambil kesempatan melancarkan produk terbarunya iaitu Fazura BeautyWater yang merupakan minuman tanpa gula yang diperkaya dengan lycopene bagi mencantikkan kulit secara semulajadi.

Pada Julai lalu, Fazura turut menerima pengiktirafan sebagai Malaysia Most Outstanding Excellence Celebrity of the Year (Female) di 3rd World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Awards.

Pada Julai lalu, Fazura turut menerima pengiktirafan sebagai Malaysia Most Outstanding Excellence Celebrity of the Year (Female) di 3rd World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Awards.

Nampaknya Fazura semakin serius dalam bidang perniagaan dan memperkukuhkan jenamanya dalam pelbagai produk untuk memenuhi permintaan para peminatnya.

Untuk rekod, antara cabang perniagaan yang diusahakan oleh Fazura termasuklah Fazbulous, Fazura Skincare, Fazura Beauty dan Tudung Fazura, Syabas Fazura!

IKLAN
Share