Berita pemergian aktor terkenal Malaysia – Indonesia, Ashraf Sinclair telah meningggalkan kesan mendalam terhadap seluruh keluarga dan peminatnya. Sudah pasti isterinya, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa BCL adalah insan yang paling terkesan apabila suaminya ‘pergi’ secara tiba-tiba.
Wajah sugul yang terpamer di wajah BCL di hari pengkebumian tempohari benar-benar telah membuktikan bahawa cinta abadi itu masih wujud. Video-video lama pasangan ini terus menjadi tatapan peminat dan ramai yang mencemburui hubungan bahagia mereka.
Walaupun masih lagi dalam keadaan bersedih namun BCL begitu profesional meneruskan kehidupannya kini. Kekuatan hati wanita ini terbukti apabila nekad meneruskan penampilan istimewa sebagai pembuka dalam Konsert Romantic Valentine bersama Ronan Keating dan Christian Bautista.
Pada malam tersebut BCL telah mengenakan pakaian serba hitam dan rambut yang dibiarkan terlerai. Melihat ketabahan ibu kepada Noah Aiden Sinclair ini, Ronan Keating telah mendedikasikan sebuah lagu buatnya. “Kekuatanku untukmu (Bunga),” kata Ronan Keating yang kagum melihat BCL terus kuat dan cuba untuk tidak menunjukkan kesedihannya.
BCL telah memulakan karier sebagai penyanyi dalam usia belasan tahun nyata ini merupakan kali pertama gugup untuk menyanyi di atas pentas disaksikan oleh orang ramai. Menyanyikan lagi Tentang Kamu, BCL berusaha untuk berinteraksi dengan penonton yang hadir pada konsert malam tersebut.
Selain mendapat pujian daripada Ronan Keating, kecekalan BCL juga mendapat pujian daripada penyanyi yang berasal dari Filipina, Christian Bautista. “Dia wanita yang kuat, cantik dan berani,” kata Christian Bautista.
Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung. Pelakon yang berusia 41 tahun ini merupakan abang ipar kepada penyanyi, Yuna.
Setahun menyulam cinta jarak jauh BCL dan Ashraf Sinclair telah sepakat menoktahkan ikatan cinta dengan hubungan yang sah sebagai suami isteri pada November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Indonesia. Ashraf dan BCL telah menimang cahaya mata pada 22 November 2010 dan menamakan anak tunggal mereka, Noah Aidan Sinclair. Ini lah yang dikatakan cinta sehingga ke hujung nyawa.
Sumber: kompas.com
Foto: Instagram @bclsinclair
This website uses cookies.