Tular di media sosial perkongsian penyanyi Adira Suhaimi mengenai hubungan dengan madunya, Datin Syarifah Nor Shafila Binti Hassim atau lebih mesra disapa Datin Red yang baik dan semakin akrab.
Datin Red dan Adira hadir ke majlis Bazar Siberturahim Fashion Fest CIMB Preffered semalam menyaksikan anak sulung Datin Red, Awin Amani Adenan menjadi salah seorang model memperagakan fesyen koleksi pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwill.
Kehadiran Datin Red dan Adira ke majlis pertunjukan fesyen tersebut menjadi perhatian apatah lagi ia merupakan kali pertama kedua-duanya muncul di sebarang acara.
“Ya semalam merupakan first event kami pergi berdua,tapi itu bukan kali pertama kami berjumpa. Hubungan kami memang baik-baik sahaja.
Cuma dahulu, takk seakrab sekarang,” ujar Datin Red secara eksklusif dihubungi oleh Majalah NONA untuk mendapatkan pengesahan lanjut mengenai hubungan baik dengan madunya itu.
Kedua-duanya tampil berpakaian sedondon serba hitam ke majlis pertunjukan fesyen tersebut untuk memebri sokongan terhadap anak sulung Dato Adenan dan Datin Red yang menjadi salah seorang model memperagakan pakaian koleksi Datuk Radzuan Radziwill.
“Awin sememangnya amat meminati bidang peragaan. Sebagai ibu, saya sentiasa memberi dorongan untuknya dalam apa jua bidang yang digemarinya. Cuma sejak kebelakangan ini saya benarkan dia menyertai majlis-majlis seperti ini. Itupun di atas pemantauan,” ujar Datin Red dan Adira yang ternyata teruja dengan minat anak sulungnya itu.
“Perancang Iilahi miliki hikmah yang sukar di duga..
Bole jadi apa yang engkau benci,itu yang terbaik bagi mu.”-Datin red.
Menjengah laman Instagram milik Datin Red, dia sememangnya bersyukur dengan aturan Allah S.W.T dan berharap dapat menjaga hubungan baik dengan madunya dengan sebaik mungkin.
“Tak reti sangat nak cakap berbunga bunga ni . sis cuba la ya 😁
to my beautiful honey 😅 @datin_red
terima kasih sebab sudi menerima saya jadi sebahagian hidup akk ..
semoga allah s.w.t menjaga hubungan ini Amin 🙏🏻p/s: anak yg catwalk …
mak mak yg over 😅congrats sayang @_awinamani ami sentiasa doakan yg terbaik untuk kkak .. ami taw akk boleh pegi jauhh lagii keep doing what u doing ❤️❤️❤️”-Adira
Tambah Datin Red lagi, hubungan dengan Adira kini berada pada fasa yang baik di mana Datin Red sempat berkongsi foto kenangan bersama madunya itu ketika menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di kampung baru-baru ini.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur melihat hubungan baik Adira bersama madunya. Malah, netizen turut memuji Adira yang menghormati serta menyantuni madunya apatah lagi menyedari dirinya adalah isteri kedua.
Sementara itu, netizen turut memuji Dato Red yang memainkan peranan penting sebagai suami dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Untuk rekod, Adira berkahwin dengan Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan seorang ahli perniagaan di Songkhla, Thailand.
This website uses cookies.