Wulan Guritno antara aktres Indonesia berketurunan Jawa-Inggeris yang terkenal dengan kecantikannya.
Kini, pada usia 42 tahun Wulan bukan hanya kelihatan awet muda bahkan berjaya mengekalkan bentuk badan yang langsing dan cergas.
Ads
Bukan setakat bersukan, antara rahsia awet muda Wulan ialah berhenti mengambil gula. Dia juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan rehat yang cukup dan mengekalkan kesihatan mental.
Menurut beberapa sumber, berikut adalah tip untuk kelihatan muda, sihat dan cergas cara Wulan Guritno yang boleh memberi inspirasi:
1. BERSENAM
Wulan mengamalkan gaya hidup sihat ini sejak remaja lagi. Menerusi laman Instagramnya, aktres jelita ini sering berkongsi rutinnya melakukan pelbagai jenis sukan seperti berbasikal, yoga, menunggang kuda, mengangkat berat serta menembak.
Wulan bersenam sekurang-kurangnya seminggu sekali. Dia juga mengakui senaman adalah salah satu rahsia untuk kelihatan lebih muda. Tak hairanlah, Wulan masih kelihatan memukau dengan badan yang kencang dan perut six pack.
2. TAK MAKAN GULA
Satu lagi rahsia awet mudanya ialah tidak makan gula. Ibu tiga anak ini mengakui sudah berhenti mengambil gula sejak berusia 35 tahun. Menurutnya, pengambilan gula boleh mempercepatkan proses penuaan.
Pun begitu, Wulan tetap mengambil makanan dan minuman manis menggunakan pemanis alternatif yang lebih sihat.
3. TIDUR YANG CUKUP
Wulan mengakui tidur yang berkualiti adalah gaya hidup sihat yang tak kurang pentingnya daripada diet dan senaman.
Ads
Satu kajian mendedahkan, satu malam kurang tidur boleh menjadikan sel dewasa lebih cepat menua.
4. RAWATAN WAJAH
Bagi memastikan kulit wajah sentiasa tegang, Wulan turut melakukan pelbagai rawatan wajah melalui rawatan khas dan penggunaan penjagaan kulit.
Ads
Wulan biasanya melakukan rawatan platelet rich plasma (PRP) setiap dua minggu di samping rawatan skin booster dan laser bagi mengekalkan kulit yang sihat.
Wulan turut konsisten dengan rutin penjagaan kulit iaitu menggunakan krim muka mengikut keperluan termasuk pelindung matahari sebelum melakukan aktiviti.
5. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
Wulan juga mementingkan kesihatan mental. Menurutnya, kesihatan dan kecantikan bermula dari dalam.
Tambahnya, menjadi diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif adalah kunci untuk menjalani kehidupan yang sihat serta awet muda.
Kredit Foto: Instagram Wulan Guritno
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemakaian pelitup muka atau facemask seperti yang diwajibkan pada waktu pandemik ini pasti membuatkan ramai penggemar solekan buntu berkarya. Tapi sebenarnya, kecantikan bahagian mata masih boleh ditonjolkan seperti yang dikongsi oleh Pengasas Anastasia Beverly Hills, Anastasia Soare.
Kekuatan solekan kening merupakan keutamaan Anastasia. Beliau sangat mementingkan kerapian bulu kening dan kesesuaian bentuknya dengan wajah seseorang. Trend bulu kening feathers menjadi antara kegemaran jurusolek selebriti itu.
Ketika memakai facemask, tumpukan minat solekan anda ke bahagian kening. Lukis atau rapikan bentuknya agar wajah nampak lebih bersiap. Boleh juga layangkan pembayang mata dan sempurnakan dengan sapuan maskara.
PRODUK PILIHAN NONA
Bersempena perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2021 yang turut menghampiri sambutan Tahun Baru Cina ini, seleksi produk solekan edisi terhad di bawah juga pasti sesuai dimiliki.
(1) Anastasia Beverly Hills, Koleksi Spring 2021 (RM112 – RM165)
Dasar solekan yang segar dengan kemasan neutral menjadi asas Anastasia Beverly Hills melancarkan koleksi Spring 2021. Antara koleksi wajib ada adalah brow styling wax,Brow Freeze. Wax jernih ini sesuai untuk semua rona kulit dan bulu kening, menjadikan solekan kening lebih tahan lama serta memukau! Dapatkan juga Iced Out Highlighter untuk kemasan solekan yang segar berkilau, bagai dipantul cahaya.
(2) Gucci Beauty, Koleksi Tahun Baru Cina Rouge A Levres Satin (RM145)
Meraikan perayaan Tahun Baru Cina, Gucci Beauty menampilkan gincu edisi terhad, Rouge A Levres Satin yang hangat berkrim. Tiga rona merah iaitu 513 Emmy Red, 25 Goldie Red dan 505 Janet Rust sedia untuk dipilih, dengan kelembutan bau violet sebagai nota asasnya. Meskipun merah rona kuasa dan kegembiraan, namun tekstur gincu ini yang lembut sangat menyelesakan pemakai.
(3) Fenty Beauty, Edisi Tahun Baru Lunar Lip + Luminizer Set (RM252)
Memukau mata dengan percikan berkilau sempena sambutan Tahun Baru Lunar, Fenty Beauty mempersembahkan set edisi terhad highlighter dan glos bibir hebat. Layangkan highlighter debu Diamond Bomb All-Over Diamond Veil in Royal Icing ke tubuhmu dan calitkan Gloss Bomb Universal Lip Luminizer in Cheeky untuk kemasan bibir rona jingga kemerah-merahan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia seni seberang, pemilik nama Sophia Latjuba pastinya sudah tidak asing lagi. Sophia yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi Indonesia berketurunan Iraq, Jerman dan Austria, Yugoslavia, Hungary, Bugis, Jawa Timur tenryata punya kelompok peminatnya sendiri. Selain dari bakat, sudah tentu personaliti dan penampilan yang sentiasa meraih perhatian umum.
Manakan tidak, di usia 52 tahun Sophia saling tidak tumpah ibarat wanita berumur 30-an, malah kejelitaannya tetap terserlah serta awet muda. Pelakon yang membintangi filem-filem seperti Danur 2: Maddah dan Dignitate ini juga turut diketahui seorang yang cukup mementingkan kecantikan dan penampilan. Walau diduga dengan penceraian, namun Sophia kekal ramping, anggun dan menawan. Jadi apa agaknya rahsia awet muda Sophia?
Tak Boleh Duduk Diam
Menerusi laporan KOSMO!, Sophia mendedahkan lebih selesa hidup bersendiri dan sudah bertahun-tahun memegang status janda. Sophia juga berkata, dia sangat suka bekerja dan tidak gemar duduk di rumah. “Aku sangat suka bekerja. Tidak boleh bayangkan hanya duduk di rumah urus keluarga. Saya mahu tua begini sahaja”, jelasnya.
Diet Vegan
Sophia sememangnya diketahui mengamalkan diet vegan, iaitu tidak mengambil sebarang protein haiwan. Dia menggantikannya dengan protein daripada tumbuhan. Dalam satu temu bual, bekas isteri kepada pemuzik terkenal Indra Lesmana ini mengakui gemar makan tauhu dan tempe. Selain itu, dia juga mengelak daripada mengambil karbohidrat berat seperti nasi atau roti. Sophia lebih suka makan buah atau oat dengan biji chia dan susu soya. Dia menekankan untuk tidak mengehadkan makanannya, tetapi lebih suka makan dengan penuh waspada.
Pelantun lagu Anggrek Bulan ini juga mengamalkan menu tertentu untuk hidangan tengaharinya seperti sedikit nasi, tempe orek, terung balado, dan sayuran.
Selain mengatur pola makan yang tertentu, Sophia juga aktif berolahraga. Rutin kegemarannya adalah yoga. Setiap hari, Sophia akan meluangkan waktu selama satu jam untuk melakukan yoga.
Sophia juga tidak memaksa dirinya untuk bekerja secara berterusan. Baginya, kerja tidak boleh mengganggu jadual gaya hidupnya. Sophia biasanya mengambil cuti 2-3 hari seminggu. Dia juga cuba mendapatkan tidur yang cukup.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Kuch Kuch Hota Hai antara filem blockbuster Bollywood yang cukup dekat di hati para penonton Malaysia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, sampai sekarang pun masih ramai yang mengingati plot cerita dan skrip filem tersebut.
Diterbitkan sekitar tahun 1998, filem yang menampilkan pelakon berbakat India seperti Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee ini… antara lain yang turut berjaya melonjakkan nama barisan pelakon lain. Salah seorang daripadanya ialah pelakon cilik yang melakonkan watak sebagai Anjali iaitu akan kepada Shah Rukh Khan atau nama sebenarnya Sana Saeed!
21 tahun telah berlalu… pasti ramai peminat filem lagenda ini tertanya-tanya wajah terkini pelakon cilik tersebut. Daripada figura kanak-kanak comel yang begitu menghiburkan, kini ‘Anjali’ berubah menjadi wanita matang dan seksi. Dilahirkan pada 22 September 1988, Sana tidak hanya aktif dalam dunia lakonan bahkan turut terlibat dalam bidang pengacaraan dan peragaan.
Difahamkan Sana mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perdagangan dan menetap di Mumbai, India. Kerjaya seni Sana bermula ketika dia baru berusia 8 tahun dalam filem Kuch Kuch Hota Hai sebelum dia kemudian membintangi filem komedi romantik School of the Year yang memainkan watak dewasa pada tahun 2012. Selain filem Kuch Kuch Hota Hai, Sana turut pernah berlakon dalam filem Badal dan Har Dil Jo Pyar Karega.
Pada tahun 2013, wanita yang bakal berusia 31 tahun ini mengacarakan MTV Splitsvilla Sexy Sana show. Dari awal pembabitan Sana dalam dunia lakonan, dia tidak pernah mendapat restu daripada bapa tersayang. Namun, ibunya sentiasa di sisi dan menyokong kerjaya seni Sana.
Memetik kenyataan Sana dalam Times of India, “Ibu saya adalah orang pertama yang membawa saya ke dunia lakonan dan dia juga sentiasa ada bersama saya. Bapa pula tidak pernah menyokong keputusan saya untuk menjadi seorang pelakon.”
Bersandarkan bakat dan kecantikan yang dimiliki, Sana turut pernah menerima tawaran dan menandatangani kontrak sebagai model peragaan dengan Benchmark Models.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home...