Ada ‘Six Pack’ Pada Usia 42 Tahun WULAN GURITNO Dedah 5 Rahsia Awet Muda

Wulan Guritno antara aktres Indonesia berketurunan Jawa-Inggeris yang terkenal dengan kecantikannya.

Kini, pada usia 42 tahun Wulan bukan hanya kelihatan awet muda bahkan berjaya mengekalkan bentuk badan yang langsing dan cergas.

Wulan Guritno di usia 42 tahun.
Wulan Guritno bersama ibunya ketika kecil. Patutlah cantik!

Bukan setakat bersukan, antara rahsia awet muda Wulan ialah berhenti mengambil gula. Dia juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan rehat yang cukup dan mengekalkan kesihatan mental.

Menurut beberapa sumber, berikut adalah tip untuk kelihatan muda, sihat dan cergas cara Wulan Guritno yang boleh memberi inspirasi:

1. BERSENAM
Wulan mengamalkan gaya hidup sihat ini sejak remaja lagi. Menerusi laman Instagramnya, aktres jelita ini sering berkongsi rutinnya melakukan pelbagai jenis sukan seperti berbasikal, yoga, menunggang kuda, mengangkat berat serta menembak.

Wulan bersenam sekurang-kurangnya seminggu sekali. Dia juga mengakui senaman adalah salah satu rahsia untuk kelihatan lebih muda. Tak hairanlah, Wulan masih kelihatan memukau dengan badan yang kencang dan perut six pack.

2. TAK MAKAN GULA
Satu lagi rahsia awet mudanya ialah tidak makan gula. Ibu tiga anak ini mengakui sudah berhenti mengambil gula sejak berusia 35 tahun. Menurutnya, pengambilan gula boleh mempercepatkan proses penuaan.

Pun begitu, Wulan tetap mengambil makanan dan minuman manis menggunakan pemanis alternatif yang lebih sihat.

3. TIDUR YANG CUKUP
Wulan mengakui tidur yang berkualiti adalah gaya hidup sihat yang tak kurang pentingnya daripada diet dan senaman.

Satu kajian mendedahkan, satu malam kurang tidur boleh menjadikan sel dewasa lebih cepat menua.

4. RAWATAN WAJAH
Bagi memastikan kulit wajah sentiasa tegang, Wulan turut melakukan pelbagai rawatan wajah melalui rawatan khas dan penggunaan penjagaan kulit.

Wulan biasanya melakukan rawatan platelet rich plasma (PRP) setiap dua minggu di samping rawatan skin booster dan laser bagi mengekalkan kulit yang sihat.

Wulan turut konsisten dengan rutin penjagaan kulit iaitu menggunakan krim muka mengikut keperluan termasuk pelindung matahari sebelum melakukan aktiviti.

5. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
Wulan juga mementingkan kesihatan mental. Menurutnya, kesihatan dan kecantikan bermula dari dalam.

Tambahnya, menjadi diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif adalah kunci untuk menjalani kehidupan yang sihat serta awet muda.

Kredit Foto: Instagram Wulan Guritno

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad