Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman

Kelunakan suaranya mendendangkan lagu popular, Cinta Tersimpul Rapi tahun 1999 meninggalkan kesan mendalam kepada peminat seni tanah air hingga ke hari ini. Biarpun sudah lebih 20 tahun berlalu, aura Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman atau mesra di sapa sebagai Anis Suraya ini masih mempersona.

Bukan hanya dikagumi kerana bakat, Anis juga seorang wanita yang penuh kelembutan, sopan-santun dan merendah diri. Pendek kata, peluang bekerjasama dengan figura ini memang sangat menyenangkan.

Ads

Memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada tahun 1996, Anis Suraya pernah bernaung di bawah syarikat rakaman bersama penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan Liza Hanim pada awal tahun 2000.

Lagu-lagu nyanyian Anis juga bukan hanya ‘hit’ dan meniti di bibir peminat muzik malah dia turut berjaya merangkul gelaran Juara Voice of Asia 2000 sekaligus mengharumkan nama negara di bumi Kazakhstan. Bukan calang-calang!

Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak! Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak! Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak!

Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak!

Sejak awal pembabitan Anis dalam industri seni dia tidak pernah terpalit dengan kontroversi dan mengekalkan imej bersihnya. Walau terkenal dan berstatus kerabat diraja Terengganu namun Anis cukup merendah diri.

Ketika dihubungi Nona baru-baru ini, ibu kepada lima cahaya mata ini terbuka berkongsi susur galur keluarga tersayang.

“Anis merupakan sepupu kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KBDYMM) Tuanku Sultan Mizan Al-Muktafi Billah Shah. Almarhum ayahanda, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Sri Laksamana Raja merupakan bapa saudara kepada KBDYMM Tuanku.

Saya tidak membesar dalam istana namun hubungan sesama keluarga dan 15 orang adik-beradik cukup rapat dan alhamdulillah kami semua dibesarkan di sebuah rumah di Kampung Batu Burok, Kuala Terengganu. Ibu kandung saya Rahemah Awang ialah bekas penyanyi RTM dan penari SUKTRA Terengganu.

Almarhum ayahanda pula pandai bermain gitar, piano dan drum sehinggakan pernah satu ketika dulu mempunyai kumpulan muzik yg diberi nama Starlight Band.

Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak!
Bapa Anis, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Sri Laksamana Raja
Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak!
Di samping keluarga
Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak!
Kedua-dua ibu bapa Anis
Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak!
Ketika bapanya meninggal dunia
Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak!
Bersama Shawn Baharin

Mungkin dari merekalah minat Anis, Shaharum, Shawn dan ramai lagi ahli keluarga saya yang lain ‘berbunga’ sehingga kini. Walaupun saya tidak lagi dalam industri muzik tanah air namun nyanyian dan muzik sudah sebati dalam diri saya.

Biarpun tidak lagi menjadi kerja seperti dulu, minat saya dalam dunia nyanyian tak pernah padam. Bahkan anak-anak saya sekarang pun dah ada yang menunjukkan bakat seni mereka,” ungkap Anis yang juga kakak kepada pelantun lagu Melodi Hati, Shawn Baharin atau terkenal dengan gelaran Ricky Martin Malaysia.

Difahamkan anak perempuan sulung Anis iaitu Puteri Elisya Farzana yang berusia 14 tahun mewarisi bakat ibunda tersayang dalam bidang nyanyian. Dalam pada itu, Anis turut memuat naik video nyanyiannya di channel YouTube Anissuraya Official sebagai mengubati rindu peminat.

Selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu, kelibat jelitawan berusia 41 tahun ini jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan. Ketika dihubungi Nona, Anis mendedahkan tumpuannya kini lebih kepada menjaga suami dan anak-anak.

Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak! Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak! Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak! Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak!

“Alhamdulillah hidup Anis sekarang lebih tersusun. Banyak masa dengan keluarga dan melayan hobi menyanyi sekali-sekala. Perkembangan terbaru, sekarang ni Anis fokus pada kerja hakiki Anis di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Terengganu. Baru tak baru pun, alhamdulillah dah 5 tahun Anis berkhidmat di sini.

Selaku Pegawai Kebudayaan, minat dan hobi Anis cukup terisi kerana Anis diberi peluang bergiat aktif dalam seni budaya negeri. Bukan sahaja mengajar kelas vokal, malah turut membimbing pelajar-pelajar bermain alat muzik gamelan melayu, tarian tradisional, koir dan yang terbaru mengurus dan mengendalikan radio internet universiti.

Anis percaya segalanya bermula daripada minat dan kesungguhan mencari sesuatu pembaharuan dalam menongkah arus yang kian mencabar saban hari. Tidak ketinggalan, Anis juga aktif dengan aktiviti persatuan di bawah Pertubuhan Kesenian dan Kebudayaan Kuala Nerus, Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Terengganu (PERTEKUN) dan Koperasi Terengganu.

Rasanya sudah sampai masa untuk Anis menabur bakti kepada negeri sendiri. Walaupun tak seberapa namun pengalaman yang dikumpul terasa rugi jika tak dikongsi. Anis masih lagi aktif menyanyi tapi hanya muncul sekali-sekala di media sosial dengan nyanyian semula lagu-lagu sendiri, nyanyian cover lagu artis-artis baru, product review dan luang masa bersembang dengan followers.”

Ads
Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak!
Anis Suraya
Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak!
Tugas di konti radio
Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak!
Anis bersama anak perempuan
Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak!
Anis bersama anak perempuan

Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak! Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak!

Ditanya mungkinkah satu hari nanti dia akan kembali mewarnai industri muzik dengan membuat comeback, sambil tertawa Anis menyusun bicara. “Tak mungkin sebab Anis dah selesa dengan keadaan sekarang dan mahu melihat anak-anak membesar depan mata. Nyanyian hanya sekadar hobi sahaja.

Awal perkahwinan, suami sentiasa menemani sekiranya ada persembahan dan tak pernah melarang untuk menyanyi. Tapi dia pernah menyuarakan hasrat tidak bersetuju sekiranya Anis bergiat aktif kembali dalam industri, comeback dan buat album.

Anis akur dengan keputusan suami dan Anis sendiri pun sudah mengambil keputusan untuk kekal dengan komitmen yang ada iaitu tuntutan kerja dan keluarga. Anis memang jarang sekali mendapat jemputan ke majlis-majlis hiburan. Mungkin kerana Anis sudah menetap di Terengganu sejak 18 tahun yang lalu atau sudah dilupakan.”

Tanggal 21 November 2010 merupakan hari bersejarah buat Anis apabila dia sah bergelar isteri kepada Azmaimi Mohamad. Menceritakan detik perkenalan pasangan romantis ini, Anis berkata dia bertemu suami tercinta ketika bekerja di sebuah hotel di Terengganu.

“Masa tu Anis buat part-time kontrak menyanyi dengan abang, Shaharum (Juara Asia Bagus 1996) di restoran hotel tersebut. Hampir tiap-tiap malam dia datang dengan kawan-kawan. Selalu request dan tuju lagu. Paling tak lupa, dia sambut birthday Anis selepas selesai kerja dan belikan Anis hadiah coklat dan bunga ros.

Tapi masa tu Anis masih anggap dia kawan dan tak lebih daripada itu. Sehinggalah hampir setahun kami berkawan, dia datang beraya di rumah bersama ibu dan ayahnya. Anis tak terfikir apa-apa pun, sehinggalah mama beritahu rupa-rupanya dia datang bawa hajat.

Ads

Pada mulanya Anis berbelah bahagi sebab perasaan masa tu masih lagi anggap dia sebagai kawan. Jodoh la tu. Allah dah bukakan hati Anis untuk terima dia sebagai suami. Alhamdulillah.”

Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak! Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak! Pesona ANIS SURAYA, Kerabat Diraja Terengganu Yang ‘Humble’, Sopan & Ibu Cantik 5 Anak!

Mengulas bagaimana dia mampu membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga dengan baik, ini jawapan Anis. “Suami Anis seorang yang rajin membantu buat kerja-kerja rumah, memasak, mengemas termasuklah mandikan anak-anak. Rutin kerja rumah banyak yang kami lakukan sama-sama.

Sepanjang duduk rumah sendiri, kami tak pernah ambil pembantu rumah. Kalau masing-masing bekerja, anak-anak akan kami hantar ke tadika transit supaya hari mereka terus terisi dengan aktiviti belajar dan kemahiran.”

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhamad Fariz Putra, Muhamad Baihaqi Putra, Muhamad Adam dan Puteri Eryna Sofia berusia setahun 4 bulan.

Sementara itu diaju pertanyaan mengenai impian yang belum tertunai, Anis memberitahu dia memasang niat untuk memiliki sebuah akademi seni. “Antara impian Anis yang belum tercapai adalah untuk memiliki sebuah akademi seni yang menyalurkan ilmu dan melatih kemahiran seni.

Di samping memberi ruang dan peluang kepada penggiat seni Terengganu untuk berkongsi pengalaman seterusnya menghargai bakat seni mereka agar tidak mati ditelan zaman.

Ternyata ramai anak Terengganu yang berjaya mencipta nama di negeri orang tapi mereka tidak berpeluang untuk menabur bakti di negeri sendiri. Apabila ada akademi ini, sekurang-kurangnya bakat mereka tidak dilupakan.”

 

Kredit foto: Instagram Anis Suraya

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI