Tidak sekadar terpesona dengan kecantikan yang dimiliki, Dato’ Marina Hashim sebenarnya pemilik kepada syarikat MZN Resources. Sebuah perniagaan yang menguruskan perkhidmatan logistik, pembinaan dan pembekal peralatan industri yang berpangkalan di Selangor.
Ads
Mulanya, Nona sendiri tidak percaya wanita korporat yang merupakan ibu kepada salah seorang Finalis Hero Remaja 2017, Muhammad Nuraiman Rayyan Erwazri ini berusia 40an. Dari susuk tubuh dan penampilan diri Dato’ Marina, sedikit pun tidak dimamah usia.
Bahkan, dalam lingkungan usia sebegini dia sudah menerima pengiktirafan tertinggi dan berjaya dalam bidang yang diceburi sehingga dianugerahkan gelaran ‘Dato’. Memang Nona salute cara Dato’ Marina menjaga keterampilan diri dan kariernya.
EMPAYAR MZN RESOURCES
Menurut Rayyan, perusahaan ibunya itu turut bekerjasama rapat dengan pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Bercerita lanjut tentang perniagaan tersebut, jejaka yang berasal dari Kuala Lumpur ini mengakui ada nilai sentimental yang tersirat dalam MZN Resources.
“Mummy bina syarikat ini atas usahanya sendiri dan atas rasa sayang terhadap anak-anak, dia menamakan syarikat dengan singkatan nama kami enam adik-beradik. M mewakili nama saya dan abang, Muhammad Nuraiman Danish, Z untuk Sheikh Muhammad Zarif dan Zara Hannah sementara N pula diambil sempena nama kakak, Nurin Qistina dan Nurin Amalin.
Ads
Masuk tahun ini sudah hampir 11 tahun mummy bekerja sendiri. Dulu, dia pernah berkhidmat dengan MINDEF sebagai kontraktor. Selepas berhenti kerja di sana, mummy ambil keputusan untuk bina syarikat MZN. Memandangkan bebanan kerja kian banyak dan syarikat makin kukuh, dia jarang balik ke rumah sebab selalu ke luar negara.
Pun begitu, mummy tak pernah lupa bertanya khabar dan ambil tahu tentang anak-anak walaupun hanya menerusi telefon. Dia juga tak paksa kami untuk terus bekerja di syarikat selepas tamat pengajian. Bagi mummy, dia sokong apa jua pekerjaan anak-anak sebab dia tahu kerja yang dilakukan sekarang sangat mencabar. Tak mungkin anak-anak dapat usahakan MZN tanpa minat mendalam seperti mummy,” terangnya bersungguh.
PEKA TERHADAP PENJAGAAN DIRI
Ads
Cuba menyelongkar rejim kecantikan yang dipraktikkan Dato’ Marina, Rayyan menyifatkan ibunya seorang wanita yang cukup mementingkan soal penjagaan diri. Tambahnya, kecenderungan Dato’ Marina terhadap penampilan diri kian menebal sejak kebelakangan ini.
“Memang mummy sangat jaga bab kecantikan diri. Dari apa yang saya nampak, seawal jam 6 pagi lagi make up artist sudah datang ke rumah untuk mekap dan buat rambut mummy. Selesai saja semuanya, mummy akan bergegas ke tempat kerja. Cuma baru-baru ini dia lebih fokus tentang berat badan dan akan nikmati makan malam pada lewat petang.
Sudahnya, kami semua kena ikut mummy dinner pukul 6 petang. Selain itu, dia juga akan buat aktiviti cross fit di rumah dengan personel trainer. Mummy bukan saja cantik dan sihat secara luaran tapi juga dalaman.
Meskipun sibuk bekerja, dia tetap didik dan besarkan kami adik-beradik sama seperti orang lain. Malah, banyak ajar saya tentang erti hidup, berdikari, adab ketika bercakap dengan orang yang lebih tua dan beri ruang kebebasan kepada anak-anak yang dalam masa sama tetap mengawasi gerak-geri kami. Dialah ibu, rakan karib dan insan teristimewa dalam hidup saya,” puji Rayyan sambil bersyukur kerana dikurniakan ibu sehebat Dato’ Marina.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasuki minggu kedua sambutan Aidilfitri, sudah ramai warga kota sudah pulang ke ibu negara dan menyambung sambutan Aidilftiri di ibu negara. Sekaligus, majlis jamuan hari raya juga sudah mula bersusun dalam jadual terutamanya menjelang hujung minggu.
Selebriti media sosial, Cik Epal juga tidak terkecuali merencanakan majlis rumah terbuka baru-baru ini di mana dia turut meraikan majlis sambutan hari jadi kedua-dua cahaya matanya.
Menurut perkongsian Cik Epal di laman Instagram miliknya, ini merupakan kali pertama dia dan suaminya, @jofliam menganjurkan majlis rumah terbuka di kediaman mereka. Jadi, masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian khusus untuk memastikan perjalanan majlis rumah terbukanya berjalan lancar.
Penulis tertarik dengan daya kreativiti Cik Epal memberi sentuhan dekorasi terhadap kediamannya untuk majlis rumah terbuka dan sambutan hari jadi kedua-dua anaknya. Mana tidaknya, wanita ini mengetengahkan konsep tropika sebagai tema utama majlis rumah terbukanya itu.
Lebih menarik, piano putih yang diletakkan di tengah kediaman juga turut dijadikan elemen utama hiasan dengan meletakkan jambangan bunga serta buah-buahan tropika sebagai elemen hiasan utama. Malah, buah-buahan tersebut merupakan buah-buahan sebenar yang boleh dinikmati oleh para tetamu.
Ruang di luar kediaman turut diberi sentuhan elegan oleh tuan rumah untuk mengekalkan kesinambungan dekorasi dari ruang dalaman ke halaman rumah yang turut dilengkapi sebuah kolam renang bersaiz sederhana.
Floating flower menjadi elemen hiasan utama diketengahkan pada kolam renang tersebut sekaligus memberi sentuhan yang elegan dengan gaya tersendiri.
Ruangan khas di tepi kolam renang menjadi lokasi kedua-dua anaknya meniup kek sempena ulang tahun kelahiran mereka yang jatuh berselang dua hari antara satu sama lain.
Menyentuh soal menu yang dihidangkan untuk para tetamu pula, sememangnya Cik Epal menjanjikan pengalaman rumah terbuka yang berbeza dari kebiasaannya apabila turut menyediakan booth ais krim dari jenama popular serta trak minuman jenama boba terkemuka di halaman rumahnya!
“Kalau sesiapa yang dah lama follow aku, mungkin tahu yang aku memang gila boba. Haha🤣.
Aku memang suka bagi orang rasa benda yang aku suka🤩.So dah buat open house ni kena ada jugak boba 🧋 untuk serve tetamu😘. Kasi pacak terus satu lori!”- CIK EPAL.
Ternyata dekorasi rumah terbuka berkonsepkan ala tropika dengan gabungan gubahan bunga-bugaan segar yang menghiasi segenap ruang di kediaman Cik Epal dan suaminya memukau mata para tetamu yang diundang meraikan majlis pasangan ini.
Ini baru dikatakan open house next level! Tak perlu adakan majlis di hotel, sekiranya kediaman sudah cukup selesa untuk menjemput tetamu ke rumah terbuka!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
PRU14 sudah berlangsung selama empat hari. Namun, bahang pilihan raya masih terasa dan pengalaman pilihan raya tahun ini amat berbeza berbanding dengan tahun-tahun yang lain buat wanita ini. Dr. Haliza Zurah Zulkefeli, di antara ratusan rakyat Malaysia yang turut tidak mahu ketinggalan menyaksikan detik bersejarah, Upacara Istiadat Angkat Sumpah Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh dengan mata sendiri.
“Semangat berkobar-kobar dalam diri telah membuat saya secara spontan menghalakan stereng kereta ke Istana Negara sebaik sahaja selepas habis waktu kerja. Saya pergi seorang diri tanpa di temani oleh kawan-kawan mahupun ahli keluarga. Memang lone ranger dan buat kawan dengan orang yang ada di situ dan tumpang streaming live mereka. Masa tu semua bersatu padu dan semua satu bangsa, Malaysia. Aura dia memang serius luar biasa.
Keputusan spontan saya untuk hadir ke Istana Negara semasa Tun Dr. Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh adalah satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Untuk julung-julung kali setelah sekian lama saya dikelilingi oleh rakyat bersemangat patriotisme dan menunjukkan cinta kepada negara. Perasaan yang telah lama pudar kini mekar kembali dengan pelantikan Tun.
Sewaktu Tun mengangkat sumpah, kami menonton secara streaming melalui telefon bimbit dan pada masa yang sama kami menyanyikan lagu Negara ku bagi mengiringi Tun yang sedang berikrar untuk terus berbakti. Lagu Negara ku terasa begitu berbeza pada ketika itu kerana setiap yang hadir menghayati bait-bait lirik lagu. Laungan semangat yang melambangkan patriotisme disahut tanpa lelah oleh setiap yang hadir.
Secara peribadi, saya berbangga dengan pelantikan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai TPM kerana kini jawatan kedua tertinggi negara disandang oleh seorang wanita yang berkaliber. Telah lama saya memasang angan-angan tersebut. Dengan ini saya berharap, lebih ramai wanita akan berkecimpung dalam dunia politik dan seterusnya meningkatkan lagi taraf wanita dalam masyarakat kita,” tutur Dr. Haliza penuh semangat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MasyaAllah, terang hati anak-anak Dr Asyraf Wajdi Dusuki ini. Dalam usia yang masih muda sudah mampu menghafaz Al-Quran. Sebagai ibu bapa, pasti ia sesuatu yang membanggakan. Mana tidaknya, bertahun-tahun mencurah keringat mendidik anak-anak… akhirnya membuahkan hasil.
Gemar berkongsi ilmu dan kisah anak-anak di laman sosial, Dr Asyraf yang merupakan ahli politik dan individu yang kental memperjuangkan agama sebenarnya seorang bapa yang sangat mementingkan ilmu Allah kepada anak-anak. Mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, Nurdianawati Irwani Abdullah, pasangan bahagia ini dikurniakan enam anak iaitu Ammar, Affaf, Affan, Azzah, Azzam dan Attiyah yang baru berusia 3 bulan.
Kongsi Dr Asyraf, “Dalam ramai anak-anak, Ammar paling cepat hafaz. Umur sembilan tahun dah habis juzuk 30.” Sejak kecil lagi Ammar sudah berani berdepan khalayak ramai dan memenangi Pertandingan Menghafaz Al-Quran yang disertainya. Baik Dr Asyraf mahupun isteri… kedua-duanya cukup menggalakkan anak-anak menyertai majlis ilmu.
Bahkan sepanjang musim cuti sekolah juga bapa penyayang ini tak lepas mengingatkan anaknya untuk saling mengamalkan Mathurat. “Rutin anak-anak cuti sekolah. Sebelah pagi lepas balik masjid kena baca mathurat secara berjemaah sebelum semua kena menghafal Al-Quran mengikut bahagian masing-masing.”
Kelebihan Mengamalkan Al-Mathurat
Pagi ini selepas berjemaah di masjid, berkesempatan membaca Mathurat bersama-sama dengan anak-anak. Banyak fadhilat atau kelebihan himpunan doa-doa yang diamalkan oleh Nabi SAW. Disenaraikan sebahagian sahaja kelebihan doa-doa ini sebagaimana dipetik daripada hadis-hadis sahih yang dikongsikan Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda:
https://www.instagram.com/p/BtenXsBhU9X/
1. Dilindungi diri dan keluarga daripada syaitab dan sebarang anasir jahat.
2. Rumah dan keluarganya selamat dan terpelihara daripada kemudaratan dan perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya dengan apa yang sangat diperlukan dari segi urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
6. Diredhai Allah dan sentiasa dalam perlindunganNya.
7. Terhindar daripada syirik.
8. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
9. Dipermudahkan dalam menyelesaikan hutang-piutang dand dimurahkan rezeki
10. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
11. 13. Membacanya di waktu pagi akan dipelihara Allah SWT hingga ke petang. Siapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
12. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dari sudut zikir dan berdoa, dan pelbagai lagi kelebihan.
Dr Asyraf Wajdi adalah anak ketiga kepada Datuk Dusuki Ahmad, 75 tahun yang merupakan bekas Presiden YADIM dan Datuk Nik Nooraini Nik Yahya, 72 tahun yang juga aktif mengajar ilmu agama. Moga perkongsian Dr Asyraf dapat dijadikan inspirasi didikan buat para ibu bapa agar dapat menekankan perkara sama kepada anak-anak mereka. Ingat, kejayaan di dunia dan akhirat kena seimbang.
Kredit: Instagram Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin cantik berseri-seri suri hati kesayangan Datuk Latif Romly, Datin Nabila. Meniti usia 27 tahun, pendidik ini bukan saja tampil memikat. Malah bertambah bahagia sejak bergelar isteri jaguh paralimpik negara berkenaan ...