Pesona DUA LIPA, Mewarisi Kecantikan Ibu & Berbakat Besar Seperti Bapanya

Penyanyi berusia 26 tahun ini seringkali menjadi sorotan lensa kerana pesona serta keunikan peribadi yang dimiliki. Gadis tinggi lampai berketurunan Inggeris ini dianggap cukup ‘sempurna’ oleh para peminat setianya.

Dua Lipa, salah seorang selebriti muda yang cantik, berbakat besar dan sukses sebagai penyanyi bertaraf dunia.

Mereka menganggap kecantikan asli serta suara menawan yang dimilikinya menjadi magnet tersendiri. Begitu istimewanya Dua Lipa yang terkenal dengan lagu-lagu catchy seperti New Rules, dan One Kiss. Dua Lipa kini terkenal di kalangan pencinta lagu-lagu pop seluruh dunia.

Berikut dikongsikan mengapa Dua Lipa sangat berbakat dan sukses sebagai seorang penyanyi muda bertaraf dunia!

Sepanjang kariernya, Dua Lipa sudah pun menggenggam lebih 30 anugerah daripada 80 nominasi yang diberikan oleh Grammy Awards, BBC Music Awards, Brit Awards, American Music Awards, Billboard Music Awards, dan MTV VMAs. Hebat-hebat belaka!

Rupa-rupanya kehebatan bakat seni yang dimiliki oleh gadis jelita ini adalah diwarisi daripada bapanya yang merupakan seorang penyanyi rock dan produser. Bapanya, Dukagjin Lipa berasal dari Albania. Selain bergelar penyanyi rock, bapanya merupakan pengasas dan pengarah festival muzik, Sunny Hill Festival di Kosovo, Eropah.

Bapa Dua Lipa dalam usia 52 tahun dan digelar hot daddy! Makin berusia maki segak kan.
Dua Lipa dan bapanya sangat rapat sejak kecil.
Dua Lipa bersama bapanya semasa kecil.

Lebih menarik perhatian, dalam usia 52 tahun bapanya itu masih kelihatan kacak dan bertenaga sehinggakan bapa anak 3 ini digelar sebagai hot daddy

. Bapanya juga sangat aktif di Instagram dan mempunyai seramai 257 ribu pengikut.
Nampak macam abang dan adik pula Dua Lipa dan bapanya ni.

Sementara ibu Dua Lipa iaitu Anesa banyak mengajarnya tentang cinta, kejujuran serta kebaikan. Wanita berusia 49 tahun ini berketurunan Albania-Bosnia dan bekerja dalam bisnes pelancongan.

Ibu Dua Lipa iaitu Anesa yang berusia 49 tahun. Cantik sangat!
Wajah ibu Dua Lipa semasa muda. Punya pesona tersendiri terutama sepasang mata yang menggoda.

Selain Dua Lipa, dua lagi anaknya ialah Rina dan Gjin.

Keluarga bahagia.

Hubungan Dua Lipa dengan ibu bapanya itu sangat rapat. Mereka sering menemani Dua Lipa ke majlis-majlis berprestij seperti Brit Awards 2019.

Wajah terkini ibu dan bapa Dua Lipa. Kedua-duanya nampak awet muda!

Dua Lipa sangat bertuah kerana memiliki keluarga yang sangat supportive. Mereka sekeluarga sering dilihat bersama contohnya dalam aktiviti sosial mahupun percutian.

Kredit Foto: Instagram @dualipa @dukagjinlipa @anesalipa

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad