Dunia Bollywood heboh seketika apabila aktres Kajol yang kini mencecah usia 48 tahun, mengumumkan berehat daripada dunia media sosial namun hakikatnya, ia gimik semata kerana aktres cantik yang merupakan isteri aktor Ajay Devgn itu bakal membintangi siri terbaharu sekaligus membuktikan dirinya masih menjadi rebutan produser di sana.
Seorang yang gemar berkongsi perkembangan kerjaya serta terkini, gambar realitinya vs Instagram dalam persalinan gaun hitam, kemas kini Kajol sentiasa mencuit hati peminat. Tak hairanlah wanita dengan pengikut seramai 14.5 juta itu sentiasa menjadi rebutan produser Bollywood.
Gempar seketika apabila aktres kesayangan ramai itu dilihat membuat hantaran dengan berlatar belakangkan warna hitam dan kenyataan mengapa dia memilih untuk berehat daripada media sosial.
“Sedang berhadapan ujian paling berat dalam hidup.” Kajol
Rupa-rupanya hantaran ini merupakan gimik kepada watak terbarunya dalam siri The Trial, seorang peguam yang berdepan cabaran hidup terbesarnya! Pheww… ingatkan apalah sebab Kajol merajuk tadi!
Kajol dan Ajay yang kedua-duanya merupakan pelakon berbakat besar di India berkahwin pada 24 Februari 1999 dan hasil perkahwinan selama 23 tahun itu mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Nysa Devgn dan seorang anak lelaki yang diberi nama Yug Devgn.
Nysa dilahirkan pada 20 April 2003 dan ketika masih di dalam kandungan, Ajay memasang hasrat untuk menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Nysa yang bermaksud ‘Goddess of purity’. Anak lelaki mereka pula dilahirkan pada tahun 2010.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/kecantikan-rani-mukerji-tak-boleh-bawa-bincang-sepupu-kajol-ini-ada-anak-satu-cecah-45-tahun/
Ketika Nysa dilahirkan, Kajol memberi tumpuan penuh terhadap perkembangan anaknya itu dan menolak sebarang tawaran berlakon memandangkan bintang Kuch Kuch Hota Hai ini pernah mengalami keguguran.
Bintang Dilwale Dulhania Le Jayenge itu sebelum ini agak aktif di media sosial terutama di Instagram apabila sering berkongsi foto dan momen keluarga termasuk bersama suaminya, Ajay Devgn, anak perempuan, Nysa dan anak lelaki mereka, Yug. Selain itu dia juga kerap berkongsi momen throwback lakonannya dalam filem seperti Gupt and Bekhudi.