Fesyen

Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Fesyen Tudung ‘Awning’!

Sejuk mata memandang Sultanah Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah. Setiap kali terlihat kelibat baginda, mata bagaikan tertawan dengan pesona yang dimiliki. Cukup elegan dan penuh dengan kelembutan. Sering mengukir senyuman tatkala bertemu rakyat jelata, penampilan Sultanah Nur Zahirah yang gemar mengenakan persalinan tradisi seperti songket dan batik ternyata menarik perhatian ramai.

Paling mencuri tumpuan… gaya fesyen tudung yang dikenakan baginda tuanku sejak Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-13 dari dulu hingga kini tetap sama. Pendek kata, gaya tudung jenis awning sudah begitu sinonim dengan penampilan Sultanah Nur Zahirah ketika bergelar Raja Permaisuri Agong lagi.  

Meskipun terdapat pelbagai jenis rekaan tudung di pasaran hari ini namun baginda tetap setia mengenakan tudung awning

. Tidak kira ketika menghadiri majlis rasmi negara, santai mahupun sebaliknya. Mungkin pemakaian hijab ini lebih mudah dan praktikal selain sesuai dengan bentuk muka Sultanah Nur Zahirah.

Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah adalah Sultan Terengganu yang ke-16 dan diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah pada 28 Mac 1996. Pasangan diraja ini kemudiannya dikurniakan dua orang puteri dan putera iaitu Yang Amat Mulia Tengku Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Mua’az dan Yang Amat Mulia Tengku Fatimatuz Zahra’.

 

Sumber: Instagram snz terengganu & royal terengganu songket

 

Share
Published by
Suzi