DYMM Sultanah Nur Zahirah

Sejuk mata memandang Sultanah Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah. Setiap kali terlihat kelibat baginda, mata bagaikan tertawan dengan pesona yang dimiliki. Cukup elegan dan penuh dengan kelembutan. Sering mengukir senyuman tatkala bertemu rakyat jelata, penampilan Sultanah Nur Zahirah yang gemar mengenakan persalinan tradisi seperti songket dan batik ternyata menarik perhatian ramai.

Ads

Paling mencuri tumpuan, gaya tudung Sultanah Nur Zahirah sejak Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-13. Dari dulu hingga kini tetap sama. Pendek kata, gaya tudung jenis awning sudah begitu sinonim dengan penampilan Sultanah Nur Zahirah ketika bergelar Raja Permaisuri Agong lagi.

Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Tudung ‘Awning’!
Di samping DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Tudung ‘Awning’!
Sultanah Nur Zahirah bersama KDYMM Raja Permaisuri Agong

Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Tudung ‘Awning’!

Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Tudung ‘Awning’!

Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Tudung ‘Awning’!

Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Tudung ‘Awning’!
DYMM Sultanah Nur Zahirah ketika berangkat ke Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu ke-17

Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Tudung ‘Awning’!

Berangkat ke Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu ke-17 pada 16 November tahun lalu, Sultanah Nur Zahirah yang lengkap menyarung persalinan jubah konvokesyen berwarna merah jambu turut memakai jenis tudung kegemaran baginda dalam rona senada.

Meskipun terdapat pelbagai jenis rekaan tudung di pasaran hari ini namun baginda tetap setia mengenakan tudung awning. Tidak kira ketika menghadiri majlis rasmi negara, bersantai mahupun sebaliknya. Mungkin pemakaian hijab ini lebih mudah dan praktikal selain sesuai dengan bentuk muka Sultanah Nur Zahirah.

Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Tudung ‘Awning’!Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Tudung ‘Awning’! Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Tudung ‘Awning’! Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Tudung ‘Awning’! Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah adalah Sultan Terengganu yang ke-16 dan diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah pada 28 Mac 1996.

Ads

Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Tudung ‘Awning’!

Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Tudung ‘Awning’!

Pasangan diraja ini kemudiannya dikurniakan dua orang puteri dan putera iaitu Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan YAM Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ads

 

 

 

Sumber: Instagram Terengganu Royal Family & Royal Terengganu Songket

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI