Suka tengok rumah tangga bahagia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama isteri tercinta. Walau anak makin meningkat dewasa dan ada yang sudah berumah tangga, namun kemesraan dan sisi romantik pasangan ini tetap menebal!
Sebut sahaja Datuk Seri Hishammuddin pasti ramai yang mengenali figura politik terkenal tanah air ini. Nama beliau bukan lagi asing dalam arena politik negara bahkan sepanjang tiga dekad pembabitannya, Datuk Seri Hishammuddin pernah memegang pelbagai portfolio dalam barisan menteri kabinet Malaysia.
Antaranya beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Pertahanan (2013-2018), Menteri Dalam Negeri (2009), Menteri Pelajaran (2004-2009), Menteri Belia dan Sukan (1999), dan Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada tahun 1997.
Pada 10 Mac 2020, nama Datuk Seri Hishammuddin sekali lagi menjadi bualan apabila beliau menerima pelantikan sebagai Menteri Luar Negeri.
Di sebalik kejayaan Ahli Parlimen Sembrong ini sebenarnya ada wanita hebat bergelar isteri yang sentiasa menyokong di belakangnya. Setia menemani suami tersayang ke mana saja, kejelitaan Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah benar-benar mencuri tumpuan ramai.
Raut wajah manis penuh kelembutan ditambah pula gaya elegannya, sudah tentu ramai tidak menyangka beliau ialah ibu kepada empat cahaya mata. Apatah lagi Datuk Seri Hishammuddin dan Tengku Datin Seri Marsilla kelihatan cukup romantis meskipun sudah hampir 36 tahun hidup bersama!
Ads
Mengintai laman media sosial milik Datuk Seri Hishammuddin, selain berkongsi aktiviti dan tugas rasmi bersama rakyat, ahli politik ini juga tidak ketinggalan memuat naik gambar di samping isteri dan keluarga tersayang.
Daripada apa yang dikongsikan beliau, jelas terserlah ikatan kekeluargaan yang kuat di antara mereka biarpun anak-anak makin meningkat usia dan sudah berkeluarga.
Ads
Datuk Seri Hishammuddin merupakan anak kepada Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn yang dilahirkan pada 5 Ogos 1961. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah pada tahun 1986 iaitu tiga tahun sebelum beliau menceburkan diri dalam bidang politik.
Menelusuri latar belakang Tengku Datin Seri Marsilla, beliau ialah anak kepada Almarhum Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Tan Sri Abdullah Sultan Abu Bakar. Bapanya, Almarhum Tengku Arif Bendahara ialah adinda Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Hasil perkongsian hidup selama lebih tiga dekad, Datuk Seri Hishammuddin dan Tengku Datin Seri Marsilla dikurniakan empat anak iaitu Nasha Alyssa, Farris Hussein, Kyra Ariana dan Fahd Hussein.
Anak sulung mereka, Nasha Alyssa berkahwin dengan anak kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan Tengku Datin Seri Zawyah iaitu Muhd Anas Zawawi yang kini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Ini bermakna Datuk Seri Hishammuddin dan isteri sudah pun mempunyai 3 orang cucu. Ketiga-tiga cucu comel mereka ialah Ayden, Adryan dan Nasha Alayna. Menerusi perkongsian foto Syawal baru-baru ini nampaknya Datuk Seri Hishammuddin dan isteri bakal menerima kehadiran cucu keempat mereka tidak lama lagi.
Pun begitu, keakraban Datuk Seri Hishammuddin dan Tengku Datin Seri Marsilla masih kukuh. Bahkan mereka juga kerap keluar beriadah dan meluangkan masa berdua-duaan. Memang romantik!
Moga rumah tangga Datuk Seri Hishammuddin dan isteri tercinta diberkati Allah SWT dan berkekalan hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof ini memiliki budi pekerti yang baik. Bukan hanya cantik paras rupa, bahkan Datin Sri Sasha juga peramah dan berbudi bahasa orangnya. Meskipun baru mengenali Datin Sri Natasha Rosa namun perwatakan dirinya cukup menyenangkan.
Tanggal 12 Disember lalu, genap lima tahun usia perkahwinan pasangan romantis ini. Sepanjang mendirikan rumah tangga, suri hati pelakon kacak ini bijak menjaga sisi peribadi dan menjaga baik nama suami.
Berkongsi momen indah sempena ulang tahun perkahwinan, wanita berketurunan Serani ini meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang baik.
“Here we are after 5 years my teddy bear Eizlan Yusof. With Bee Zaelynn Rosa by our side and mom. Thank you for everything you always do for us and all your love.”
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof berkenaan mendedahkan sisi suami tercinta.
“Abang ni sebenarnya sangat-sangat kelakar. Dekat luar orang tengok dia very friendly, itu memang betul. Tapi yang orang tak tahu, dia punya kelakar tu… kelakar tak ingat dunia.”
Sementara itu ditanya sejak bila mengenali Dato’ Sri Eizlan dan keistimewaan suami di matanya, ini pengakuan Datin Sri Sasha.
“Kami kenal sejak 2015, kenal sebagai kawan dulu. Saya tertarik sebab abang kelakar, seorang yang baik hati dan senang bercakap dengan dia sebenarnya. Dia seorang listener yang bagus.
Pastinya kita sebagai pasangan, nak suami yang sanggup mendengar (luahan) baik buruk kita dan dapat share apa yang betul dan tak,” jelasnya.
Datin Sri Sasha bergelar isteri kepada Dato’ Sri Eizlan pada 12 Disember 2019.
Sebelum ini, dia pernah bekerja sebagai kakitangan pengurusan hotel bertaraf lima bintang di ibu negara dan dilamar Dato’ Sri Eizlan pada September 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zaelynn Rosa yang lahir pada 13 April 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peluang menata rias Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pastinya menjadi antara momen terindah buat Bee Ramza sepanjang bergelar jurusolek. Mana tidaknya, bukan calang-calang makeup artist dapat peluang seperti itu apatah lagi menjadi jurusolek Baginda.
Berkongsi kenangan istimewa itu di media sosial, Bee Ramza atau nama sebenarnya Robaeha Ramza Ramli turut menata rias hijab Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
“Sekitar Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, 20 Julai 2024. Ampun Tuanku. Junjung kasih atas limpah perkenan Tuanku untuk patik menabur khidmat sebagai jurusolek Tuanku dan menjadi sebahagian daripada hari yang penuh bersejarah.
Semoga Tuanku sentiasa dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Aamiin.
Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku. Persalinan istiadat oleh Dato’ Radzuan Radziwill, solekan dan tatarias hijab oleh Bee Ramza.”
Sepanjang lebih sedekad dalam dunia solekan, wanita kecil molek asal Kota Bharu ini sering menjadi pilihan selebriti terkenal seperti Datin Lisa Surihani, Ain Edruce, Nabila Razali dan ramai lagi.
Menelusuri latar belakang Bee Ramza, dia merupakan seorang yang berpelajaran tinggi dan anak seorang doktor. Dia juga seorang graduan Pusat Pengajian Sains Kajihayat (Biologi) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Anak kepada arwah Dr Hj Ramli Hj Idris ini mula mendekati dunia solekan selepas aktif menyertai aktiviti kebudayaan dan teater di sana.
“Alhamdulillah, keluarga saya menerima dengan baik pilihan kerjaya saya walaupun pada mulanya majoriti menyuruh saya menyambung pelajaran supaya saya tak meneruskan niat menjadi jurusolek.
Pada awalnya saya menjadi jurusolek cuma pada hari minggu dan bekerja sepenuh masa pada hari biasa sehingga saya mengambil keputusan untuk menjadi jurusolek sepenuh masa selepas mendirikan rumah tangga.”
Seraut wajah asli, lembut dan menenangkan, seribu kali lebih baik daripada kejelitaan palsu di sebalik solekan atau pembedahan surgeri.
Dengan cara yang sederhana, sebenarnya anda masih boleh kelihatan menawan dengan mengamalkan dua doa ini.
Tanpa modal yang besar untuk membeli produk penjagaan kulit di pasaran, cuba amalkan saja doa ini dengan perasaan yakin dan ikhlas membacanya.
Surah Yusuf Ayat 4:
Surah Thaha Ayat 39:
Kedua potongan ayat tersebut diyakini memiliki banyak manfaat termasuklah untuk kecantikan kulit wajah dan awet muda.
Cara Mengamalkan
Baca sesudah wuduk dan selepas mandi. Tiupkan pada kedua tapak tangan dan raupkan ke wajah. Jika ikhlas dilakukan selalu dapat menambah kecantikan wajah dari hari ke hari.
Selepas solat wajib, baca kedua-dua ayat ini 3 kali. Tiupkan pada tapak tangan dan raupkan ke muka. Lama-kelamaan orang yang memandang akan melihat kelainan pada wajah anda. Lebih mempesona. Norzalina Mohd Alias
Nama Mimi Fly yang merupakan penyanyi kumpulan One Nation Emcees ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Malah, lagu dendangannya iaitu Angkat Kaki dan single raya ‘Serumpun’ baru-baru ini menjadi bualan ramai. Sekaligus melonjakkan populariti ...