Kalau bertandang ke toko-toko jamu sekitar zaman 90-an dulu, jenama jamu, kosmetik dan penjagaan diri Sari Ayu yang diasaskan Dr Martha Tilaar ini memang cukup terkenal. Kini melangkah ke usia 85 tahun, perusahaan Ratu Kosmetik Indonesia yang terkenal itu sudah diwariskan kepada anak-anak dan salah seorang yang menerajuinya adalah Wulan Tilaar.
Berusia 46 tahun, Wulan Tilaar merupakan anak perempuan kepada Dr Martha Tilaar dan Dr Henry Alex Rudolf Tilaar. Ketika muda, pakar O&G pernah menyatakan ibunya mandul selepas lebih 11 tahun berkahwin namun wanita hebat itu berhasil melahirkan anak pertama pada usia 42 tahun.
Ads
Jutawan dan pemilik empayar Martha Tilaar Group tersebut akhirnya memiliki empat cahaya mata iaitu Bryan Emil Tilaar, Pinkan Tilaar, Wulan Tilaar dan Kilala Tilaar.
Tahun 1970, bermula dengan sebuah salon kecil di Jakarta, Martha’s Salon mula meniti bibir pelanggan yang suka memanjakan diri di sana. Usahawan itu mula membuka salon kedua dengan nama Sariayu Martha Tilaar, sebelum membangunkan perusahaan kosmetik dan jamu sendiri serta terus berkembang menguasai pasaran Indonesia.
LEGASI
Ditugaskan untuk mengambil alih perusahaan keluarga bukanlah semudah yang disangka. Apatah lagi empayar perniagaan gergasi dan dianggap legenda, pewarisnya perlu memikul cabaran untuk mengekalkan reputasi yang ada.
Inilah yang diakui oleh puteri kepada pengasas Martha Tilaar Group – Wulan Tilaar – yang kini bergelar Pengarah.
Sejak kecil Wulan telah dibekalkan dengan pengalaman dan pengetahuan tentang ilmu kecantikan Nusantara. Berkat minat yang mendalam, beliau mendalami bidang ini dengan serius dan menyeluruh hingga layak digelar Holistic Beautifier.
Menerusi CNBC Indonesia, Wulan digambarkan sebagai sosok usahawan yang lemah lembut dan bersahaja, namun kepimpinannya cukup disegani.
“Sejak zaman persekolahan lagi saya sudah sering ke sini. Mungkin kerana sekolah berdekatan jadi ibu saya banyak memberikan pendedahan termasuk tentang beauty school dan spa.
Tapi jika bercakap tentang perjalanan karier, secara profesionalnya bermula pada 1 Januari 2005. Usia saya baru 28 tahun ketika itu.
Memandangkan latar belakang pendidikan saya dari jurusan rekaan dan pengiklanan, jadi saya ditugaskan di Art Division. Pengalaman ketika itu tidak banyak mungkin disebabkan tugas saya hanya sebagai penyelia sahaja.
Jadi saya pun minta ditukarkan ke unit bisnes Martha Tilaar di bahagian services Puspita Martha International Beauty School dan Martha Tilaar Spa.
Baru beberapa bulan kerja di unit ini, saya mula merasakan cabarannya kerana tugas operasi itu rupanya amat berbeza dari sekadar observasi semata.
Ads
Saya rasa tidak memiliki kelayakan sepatutnya kerana latar pendidikan saya berbeza dari yang saya jalani. Jadi pada tahun 2007, saya mula mendalami program Cidesco (Comité International d’Esthétique et de Cosmétologie) di sekolah Puspita MaDrrtha.
Di sinilah saya diajarkan bagaimana menjadi seorang spa therapist dan beauty therapist yang sebenar. Saya mula belajar cara mengurut, membuat manicure dan pedicure, facial dan sebagainya.
Memandangkan program Cidesco adalah ujian antarabangsa, jadi setiap pelajar mesti benar-benar menguasai kemahiran tersebut untuk mendapatkan sijil kelayakan. Jurinya pula dari luar negara.
Ternyata inilah yang menjadi titik tolak pertama saya secara teknikal dalam bidang beauty school, spa dan salon.” Wulan Tilaar
Ads
Menjawab pertanyaan tentang cabaran Wulan mengambil alih bisnes keluarga, wanita jelita ini pantas berterus-terang dengan keadaan yang dilaluinya.
“Ramai beranggapan bahawa saya hanya menjalankan sahaja perusahaan keluarga yang sudah dibentuk. Saya kira mulanya juga begitu, tapi tidak.
Kerana dalam bisnes ini menurunkan jiwa dari generasi pertama ke generasi kedua itu lebih sulit sebenarnya.”
Persaingan kosmetik sangat luar biasa apabila banyak kosmetik luar khususnya dari Korea mendominasi pasaran produk kecantikan tempatan.
Bagi Wulan, dia menganggap bahawa persaingan itu amat sihat dan bagus untuk pertumbuhan jenama tempatan. Cara bersaing yang diterapkan adalah berinovasi dan menyuntik pembaharuan.
Sebagai wanita berkerjaya, Wulan tidak dapat lari daripada stres di tempat kerja. Ditanya tentang caranya mengendalikan tekanan, wanita ini mengakui sering membelai diri dengan perawatan facial dan creambath setiap dua kali sebulan serta membuat urutan sekurangnya sekali sebulan. Me time!
Kredit: Instagram @wulantilaar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesibukan sebagai ibu dan isteri di rumah sama sekali tidak menghalang cita-cita Datin Lisa Surihani untuk bergelar usahawan. Malah sambil berniaga, beliau tetap aktif dalam kerjaya seni yang diceburi.
Isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim itu merupakan ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 7, Yusof Leone, 5 dan Yunos Laith, sembilan bulan. Pasangan itu berumah tangga pada 23 Februari 2012.
Dalam perkembangan terbaru, Datin Lisa kini memberanikan diri untuk memulakan perniagaan menerusi produk penjagaan rambut jenama sendiri yang diberi nama Suri dan giftset SURI Ramadan Platter.
Sesi live bersama peminat
Paling mengujakan, keseronokan berniaga tu membuatkan Datin Lisa sanggup membuat promosi hingga ke kaca TV. Tentu seronok dapat tengok beliau di saluran Astro Go Shop, berkobar-kobar tentunya nak jual SURI Ramadan Platter!
Bukan itu saja, promosi online pun ligat juga. Bukan main petah Datin Lisa live dengan peminat, sampaikan tak menang tangan HQ Suri by Lisa Surihani nak uruskan tempahan. Rezeki!
Tapi dengan kesenangan yang ada, perlu lagi ke Datin Lisa berniaga?
Datin Lisa & Datuk Yusry
Datin Lisa Surihani
“Niat untuk menjadi usahawan sebetulnya memang sudah lama tapi tanpa pengalaman dan panduan yang betul, membuat saya tangguhkan dulu.
Kemudian selepas mengalami sendiri masalah rambut gugur, saya bertemu dengan seorang pakar rambut dan berjumpa penyelesaiannya.
Kerana sangat puas hati dan percaya akan hasilnya, kami berbincang dan terhasillah produk Suri.” Datin Lisa Surihani
Produk penjagaan rambut SURI
Sempena Ramadan ini juga, turut dilancarkan set hadiah SURI Ramadan Platter berisi pelbagai jenis snek Signature Market yang lazat dan menyihatkan.
“Sebagai pengamal gaya hidup sihat yang holistik, saya berbangga dapat bekerjasama dengan Signature Market yang berkongsi nilai yang sama.
SURI Ramadan Platter
Semasa berpuasa, penting untuk kita kekal sihat dan bertenaga, itulah sebabnya saya pilih sendiri snek sihat ni bagi mendapat lebih banyak manfaat.” Datin Lisa Surihani
SURI Ramadan Platter sesuai dijadikan hadiah yang bermakna untuk orang tersayang. Siap ada kad ucapan dan tandatangan Datin Lisa lagi!
Pada usia 36 tahun, Datin Lisa tidak pernah rasa terlambat untuk memulakan perniagaan. Malah beliau beranggapan inilah masa paling sesuai untuk memulakannya.
“Suami saya adalah orang pertama yang menyokong apabila saya ceritakan niat nak berniaga. Sebagai seorang pengarah, dia juga banyak memberi idea yang kreatif untuk produk-produk ini.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Murah rezeki Atu Zero dan keluarga. Walau sudah menikmati popularity dan puncak kerjaya, namun pelawak kumpulan adik-beradik Zero ini masih ringan tulang membantu keluarga di kampung halaman di Sabah. Bukan wang ringgit yang menjadi ukuran sebenarnya tapi sikap tanggungjawab dan ingatan terhadap insan tersayang itulah yang wajar menjadi ikutan ramai.
Atu dan dua beradiknya iaitu Sharif dan Syaiful suatu masa dulu pernah berkongsi kepada umum tentang kesusahan hidup yang dialami mereka sebelum menjadi pelawak terkenal hari ini. Berkat kerja keras dan niat untuk mengubah taraf hidup, akhirnya tiga beradik ini berjaya bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2014.
Menyambut ulang tahun perkahwinan pada 8 Februari lalu, isteri Atu… Shafeeqa Johari mendedahkan sikap penyayang suaminya terhadap keluarga terutama mak. “Sebelum kahwin, dia kata dia ada seorang isteri anak empat!!! Which is MAK dia seorang anak tunggal dan 4 orang adik masih bersekolah.
Yang menarik perhatian aku bukan sebab di artis, dia belum menang pun MLM time tu, kereta pun tak ada. Tapi sebab tanggungjawabnya… dapat gaji 900, 500 boleh hantar kampung lagi.
Jadi memang lah dia siap-siap set kepala aku untuk tanggungjawab yang aku sendiri tak boleh nak pertikaikan sampai mati, humble, tak pernah mendongak ke langit. Biarpun berperang nak buat keputusan asalkan ia mendatangkan kebaikan, Atu seorang yang pendengar.
Alhamdulillah, 3 tahun dah halal hubungan. On the way anak kedua. 3 tahun dah pakai tudung, yes!! Semoga masjid yang dibina ini kekal kukuh dengan izin Allah,” kongsi Shafeeqa yang merupakan ibu kepada Dayang Sumayyah berusia tiga tahun.
Kagum dengan keprihatinan Atu terhadap isteri dan keluarga di kampung. Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai pelawak dan pengacara tapi bila balik rumah, dia tetap membantu isteri menyediakan kek lapis yang diusahakan Shafeeqa. Moga rezeki keluarga ini semakin meluas dan diberkati Allah SWT.
Sumber: Instagram Shafeeqa Johari
Jom beramal sambil ketawa besar dan menjamu selera dengan persembahan Harith Iskander, Mark Adam, Nabil, Kumpulan Zero, Elly Mazlein serta penyanyi R&B terkemuka Dayang Nurfaizah di Showcase Amal Raikan Wanita.
Sebahagian kutipan jualan meja untuk acara ini akan disalurkan kepada pusat kebajikan wanita Raudatus Sakinah dan Rumah Kita. Tempah meja anda dengan kami sekarang, PLATINUM, GOLD dan SILVER sebelum penuh. Details harga seperti di bawah. Berminat sila PM sekarang!
Harga:
Platinum : RM4,499/per table
Gold: RM3,499/per table
Silver: RM2,499/per table
***********
Platinum: RM449.90/per head
Gold: RM349.90/per head
Silver: RM249.90/per head
Sebarang pertanyaan hubungi 019 675 3057 (secretariat)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kariernya bermula dengan pergelutan di gelanggang, kini John Cena antara pelakon lelaki ternama dengan kekayaan berjuta-juta, mengikut langkah-langkah seniornya, seperti Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan Dave Bautista. Dari satu filem ke filem, John Cena cukup menyerlah di kelasnya tersendiri. Selain kejayaan dan bakat John Cena, turut menjadi perhatian adalah kisah hidup John Cena yang dikhabarkan semakin ceria dan berseri dengan kehadiran wanita terbaru di dalam kehidupannya.
Setelah gagal dalam perhubungan bersama pengusti wanita, Nikky Bella yang juga tunangnya ketika itu, John Cena dilihat sudah ‘move on’ dan kini bahagia bersama isteri yang dikahwininya, Shay Shariatzadeh.
Yang menariknya, Shay adalah definisi seorang wanita yang hadir dengan pakej lengkap. Bukan saja jelita, namun dia juga bijak dan berjaya. Namun siapakah wanita yang berjaya menambat hati pelakon tampan John Cena ini?
Menurut sumber, Shay merupakan jurutera dari Kanada yang lahir pada tahun 1989 di tanah Iran. Shay memegang kewarganegaraan Kanada dan tinggal di British Columbia di mana dia bekerja sebagai Pengurus Produk untuk Sonatype, sebuah firma yang mengkhususkan bidang pembangunan perisian komputer.
Shay menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari The University of British Columbia pada tahun 2013. Sejak itu, Shay berkhidmat di universiti tersebut sebagai mentor untuk pelajar baharu serta membantu universiti membina jaringan lebih kukuh dalam industri.
Shay mula bekerja pada usia 18 tahun dan pekerjaan pertamanya adalah rakan jualan di firma La Vie En Rose, peruncit pakaian dalam Kanada. Pada 2011, Shay mula bekerja sebagai jurutera ujian perisian di Alpha Technologies Ltd. “Saya sentiasa sukakan matematik dan fizik”, jelas Shay dalam satu temubual menurut sumber People.
John Cena mula menjalinkan perhubungan dengan Shay pada tahun 2018, dan pertama kali bertemu Shay di sebuah restoran di Vancouver sewaktu John Cena menjalani pengambaran filem Playing With Fire.
Setelah hampir dua tahun bertunang, Cena dan Shariatzadeh berkahwin pada 12 Oktober 2020, di Tampa, Florida, pada satu majlis kecil di pejabat peguam pusat bandar Dilip Patel, yang berkhidmat sebagai perasmi acara.
Dapat dilihat John Cena dan Shay nampak cukup serasi dan bahagia bersama. Semoga perkahwinan mereka berdua berkekalan hendaknya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!