Bukan mudah menjadi pewaris takhta sesebuah kerajaan kerana banyak peraturan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi. Salah satu peraturan yang nampak mudah tetapi wajib dipatuhi oleh pewaris takhta diraja Inggeris Putera William iaitu tidak dibenarkan menaiki pesawat bersama-sama anaknya Putera George.

IKLAN

Pewaris Takhta Diraja Inggeris Putera William & Anaknya Putera George DILARANG Menaiki Pesawat Bersama

Seperti yang diketahui bapa kepada Putera William iaitu Putera Charles bakal menduduki takhta kerajaan jika bondanya, Ratu Elizabeth II turun takhta. Putera William pula merupakan pewaris kedua manakala anaknya pewaris ketiga takhta kerajaan.

Pewaris Takhta Diraja Inggeris Putera William & Anaknya Putera George DILARANG Menaiki Pesawat Bersama

Namun, undang-undang ini hanya berkuatkuasa apabila usia Putera George atau nama penuhnya George Alexander Louis masuk 12 tahun. Undang-undang keluarga diraja ini dikatakan untuk melindungi pewaris takhta mereka.

Pewaris Takhta Diraja Inggeris Putera William & Anaknya Putera George DILARANG Menaiki Pesawat Bersama
74706199_166054867804922_3531417217212426409_n

Jika pesawat yang dinaiki oleh anak-beranak ini mengalami kecelakaan, pewaris takhta yang lain tidak akan ikut menjadi korban. Jadi sekarang Putera William mempunyai hanya 6 tahun sahaja lagi untuk terbang bersama-sama anaknya kerana tahun ini Putera George baru berusia 6 tahun.

Pewaris Takhta Diraja Inggeris Putera William & Anaknya Putera George DILARANG Menaiki Pesawat Bersama

Dikatakan bahawa Putera Charles telah dilarang untuk terbang bersama anaknya Putera William dalam satu pesawat. Namun, sebelum ini Putera William bersama-sama isterinya Kate Middleton, telah membawa anak mereka keluar negara bersama-sama dalam satu pesawat dalam satu sesi lawatan ke Kanada pada tahun 2016 dan Jerman serta Poland pada tahun 2017.

IKLAN

Pewaris Takhta Diraja Inggeris Putera William & Anaknya Putera George DILARANG Menaiki Pesawat Bersama

Putera William dan isterinya Kate Middleton memiliki 3 orang anak iaitu Puteri Charlotte, Putera George dan Putera Louis.

Pewaris Takhta Diraja Inggeris Putera William & Anaknya Putera George DILARANG Menaiki Pesawat Bersama

IKLAN

Siapa sangka peraturan ini pernah dilanggar oleh pasangan diraja paling digemari Putera Charles dan Puteri Diana apabila membawa kedua-dua anak mereka Putera William dan Putera Harry dalam pesawat yang sama dalam sebuah sesi lawatan ke Scotland. Namun, sebelum itu Putera Charles telah mendapat perkenan daripada bondanya sebelum berlepas.

Pewaris Takhta Diraja Inggeris Putera William & Anaknya Putera George DILARANG Menaiki Pesawat Bersama

Pewaris Takhta Diraja Inggeris Putera William & Anaknya Putera George DILARANG Menaiki Pesawat Bersama

Sumber: MSN

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI