Ibu adalah insan yang terpenting dan teristimewa dalam hidup seorang anak dan sukar dicari ganti. segala jasa dan pengorbanannya tidak dibalas dengan wang ringgit dan harta benda. Tiada apa juga yang diinginkan seorang ibu melainkan anak-anak yang dilahirkan menjadi insan yang berguna untuk negara dan masyarakat.
Orang kata, kalau nak tahu seseorang lelaki itu baik ataupun tidak lagi-lagi untuk dijadikan pasangan hidup, lihat macam mana cara dia melayan ibu atau adik-beradik kandungnya sendiri. Kalau baik layanannya, maka baiklah nanti anda dilayan. Kalau sabar layanannya, sabar lah juga nanti melayan kerenah anda yang macam-macam tu.
Bila tengok sendiri kemesraan Harris Annuar yang merupakan anak teruna kepada pengasas produk kecantikan, Zaiton Hassan atau lebih mesra dipanggil Kak Ton, terpancar keikhlasan dan kasih sayang antara dua beranak ini. Terbaharu, Harris ada memuat naik satu video di laman instagram dengan memberi pick up line yang paling sweet di dunia kepada ibunya itu. Sporting
je Kak Ton melayan Harris yang juga merupakan pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2017.Ya Allah, beruntungnya Kak Ton dapat anak yang romantik dan sangat menyanyangi dirinya sebagai seorang ibu. Jarang ada anak lelaki yang tanpa rasa segan silu mencium ibunya dikhalayak ramai. Harris yang memegang nama penuh Mohd Harris Shahrul Annuar merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik dan merupakan adik kepada pengacara TV Nadia Annuar.
Walaupun sudah berusia 25 tahun, Harris ternyata tidak malu untuk meluahkan rasa sayang dan mencium ibunya setiap kali memuat naik video di laman instagram bersama ibu tersayang. Semoga kasih sayang antara ibu dan anak ini akan berkekalan dan dijadikan teladan untuk kita supaya tidak lupa akan jasa ibu bapa yang selama ni memerah tenaga untuk membesarkan anak-anak.
sumber: instagram @harrisannuar
This website uses cookies.