Setiap orang muslim pastinya teruja untuk menunaikan umrah di tanah suci. Tambah-tambah lagi buat mereka yang pertama kali berkesempatan untuk pergi ke sana. Pelbagai persiapan dibuat bagi memastikan ibadah yang ingin dibuat berjalan lancar dan sempurna. Namun bagi wanita, kadangkala pemilihan pakaian ataupun outfit planning bukan diantara kebimbangan pertama yang ditekankan
Tetapi khusus untuk perempuan, sebenarnya pemilihan pakaian sesuai adalah amat penting untuk memudahkan pergerakan dan keselesaan untuk beribadah di sana. Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk memilih pakaian yang benar-benar sesuai dibawa ke tanah suci. Jangan termakan dengan pemasaran produk yang dijual, sebab boleh jadi ianya langsung tak sesuai untuk ibadah umrah. Jom Nona kongsiakn tip pakaian sempurna ketika menunaikan ibadah umrah!
PEMILIHAN JUBAH
Sebaiknya, jubah yang dibawa selesa dipakai, tidak meleret dan tidak terlalu nipis atau tebal. Di dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sebenarnya sangat sejuk kerana dipasang penghawa dingin, jadi sebaiknya pakai baju yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Elakkan membawa cardigan atau jaket kerana ini akan membataskan pergerakan kita dan menyusahkan proses mengambil wudhu. Di Masjidil Haram khususnya, agak sukar untuk mengambil wudhu kerana lokasi tandas dan tempat ambil wudhu yang terletak jauh di luar masjid. Sebaiknya, pilih baju yang sedia wudhu-friendly supaya kita boleh mengambil wudhu menggunakan air yang dibawa di dalam botol.
JUBAH JENIS SELUAR
Kami sarankan membawa sekurang-kurangnya satu atau dua pasang jubah seluar atau jubah Kardigan yang boleh dipakai bersama seluar di dalam.Ketika di bumi Mekah dan Madinah, kita akan dibawa ke kawasan bukit seperti Bukit Uhud dan Jabal Rahmah. Semestinya jemaah ingin menaiki bukit tersebut untuk menghayati sejarahnya. Sebaiknya pakailah jubah seluar untuk memudahkan pergerakan dan menjaga aurat ketika mendaki bukit. Kalau ingin memakai jubah biasa, pastikan seluar yang dipakai di dalam tidak ketat ya!
PAKAIAN YANG TIDAK BERKEDUT
Masa yang terluang semestinya kita ingin mengisinya dengan beribadah, bukannya dengan seterika dan tudung dan baju yang sukar di-iron! Walaupun khimar amat digemari untuk dipakai di sana, material yang biasa digunakan untuk membuat khimar sangat tidak iron-friendly dan kadangkala akan memakan masa sebanyak setengah jam untuk di-seterika. memang nampak flowy, sweet dan anggun, tetapi jika tak di-seterika dengan betul, nampak macam longgokan kain yang berkedut-kedut! Ketika menunaikan umrah, badan kita akan penat dengan tawaf dan saie, ditambah pula dengan tidur yang tidak cukup kerana ingin mengejar masa di masjid untuk beribadah. Masa yang terluang biasanya digunakan untuk berehat secukupnya. Stressnya jika masa berehat kita diambil dengan keperluan untuk iron baju!
TUDUNG INSTANT
Ini antara keputusan yang paling baik dalam pemilihan hijab umrah. Terdapat banyak tudung instant yang boleh didapati dipasaran namun pemilihan tudung tersebut perlulah mematuhi syariat islam. Pemilihan shawl atau selendang akan memakan masa untuk memakainya.Sebaiknya, kita ingin memelihara wudhu, dan tudung yang dipakai dibawa terus untuk bersolat, terutamanya ketika berhenti untuk berniat di miqat. Jika perlu ambil wudhu sekalipun, tudung yang dibawa haruslah senang dibuka dan dipakai semula, kerana kadangkala kita digesa untuk cepat di atas kekangan waktu atau mengejar waktu solat fardhu di masjid.
PAKAIAN YANG RINGAN
Biasanya, setiap jemaah diberi had sebanyak 30kg untuk mengisi bagasi. Mungkin kita tidak berniat untuk membeli-belah ketika di tanah suci, tetapi semestinya kita ingin membeli beberapa hadiah buat insan-insan tersayang di tanah air. Baju yang dibawa juga haruslah agak ringan, dan tidak terlalu tebal sehingga beg yang dibawa menjadi berat. Ini akan menyukarkan kita untuk bergerak, dan kita juga tidak akan dapat mengisi beg dengan pelbagai hadiah seperti kurma dan air zam-zam.