Gaya Hidup

Pikat Hati Si Dia Dengan Wangian Eksklusif Dari AROMBAY Yang Mesra Wudhu & ‘Muslim-Friendly’

Siapa yang tak sukakan bauan wangi lagi menyegarkan. Minyak wangi sudah semestinya dapat menyerlahkan identiti dan personaliti seseorang. Wangian juga boleh meningkatkan mood keceriaan dan menyebabkan orang di sekeliling selesa berdamping dengan anda. Bagi individu pula penggunaan wangian pada diri mereka dapat meningkatkan keyakinan dan penampilan diri.

Jadi pada bulan meraikan kasih sayang yang diraikan nanti, serlahkan mood dan rasa kecintaan pada yang tersayang dengan wangian eksklusif dari AROMBAY yang pasti akan membelai jiwa dan sanubari pasangan anda.

Baru berada di pasaran tahun lepas AromBay Eau de Parfum merupakan set wangian eksklusif lagi premium dan magisnya dicipta menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.Istimewanya, aromanya pasti akan menyerlahkan aura indah sang pemakai dan yang menghidunya pula pasti akan tertawan.

Wangian AROMBAY dihasilkan pengilang berdaftar dan oleh mereka yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun lamanya dalam industri kosmetik selama lebih 15 tahun.

Selain itu, wangian AROMBAY ini turut disahkan oleh Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), mesra wudhu, dan kini dalam proses mendapatkan sijil Halal tidak lama saja lagi. Jadi anda tidak perlu lagi risau untuk menggunakannya bila-bila masa, di mana jua!

Menawarkan empat varian bau yang unik dan menyegarkan baik untuk wanita dan jejaka, Titanite dan Tanzanite untuk bangkitkan aura kelakian sejati, serta Moonstone dan Sunstone untuk wanita moden dan anggun masa kini, keempat-empat wangian hadir dalam dua saiz, 100 ml dan 30ml.

PROMOSI! Jom dapatkan wangian eksklusif AROMBAY di laman web https://www.arombay.com/. Untuk informasi lanjut, boleh layari akaun Instagram @arombay.

 

Share
Published by
Wan Firdaus