Melihat wajah jelita Athisha Khan lepas selesai disolek Khir Khalid pada hari perkahwinannya baru-baru ini memang iras selebriti popular antarabangsa. Menerusi foto yang dikongsikan Khir di Instagram miliknya, rata-rata peminat dan rakan artis mengagumi hasil sentuhan magis jurusolek ternama tersebut yang berjaya menaikkan seri Athisha di hari pernikahan.
Athisha Khan Dato’ Halim Khan yang melangsungkan pertunangan bersama pasangannya, Wan Amirul Haiqal Wan Ruzlan pada 26 Disember lepas tidak mengambil masa lama untuk menamatkan zaman bujang.
Tak sampai sebulan bergelar tunangan orang, kedua-duanya kemudian disatukan dalam sebuah majlis ijab kabul pada 22 Januari 2022 di Sime Darby Convention Centre.
Majlis yang diadakan penuh meriah dan eksklusif tersebut dihadiri ahli keluarga, saudara mara dan kenalan rapat pasangan mempelai. Ruang dewan Sime Darby Convention Centre yang menjadi lokasi majlis pernikahan Athisha dihias indah oleh perancang perkahwinan tersohor, Reka Teemor yang turut pernah merealisasikan majlis ijab kabul serba indah Neelofa dan Haris Ismail.
Untuk majlis Athisha kali ini, Reka Teemor mengetengahkan tema The Brighton. Garapan rona putih dan hijau melatari indah ruang dewan dengan dekorasi bunga-bungaan putih dan dedaun hijau. Memang nampak semula jadi!
Persalinan nikah putih gading ilham Alia Bastamam menyerlahkan lagi pesona Athisha Khan. Berkongsi momen gembira itu, Athisha menerusi media sosial miliknya menzahirkan penghargaan atas ucapan dan doa yang baik daripada semua pihak.
View this post on Instagram
“We’re married! To those who attended, thank you for gracing us with your presence. It is an honour for us to have each and every one of you there on our big day. Thank you. you hold a very special place in our hearts.
Whether we personally know each other or not, thank you for all the incredibly thoughtful doa and wishes. I feel so undeserving of the love you have towards us and our union. We are so very blessed, alhamdulillah.”
Sekitar September tahun lalu, Athisha yang merupakan adik kepada selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Noor selesai menamatkan pengajian di United Kingdom. Wanita cantik ini ialah graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom.
Berusia 23 tahun, Athisha juga seorang vlogger popular dan mempunyai lebih 300 ribu subscribers di saluran YouTube.
Kredit foto: Instagram Athisha Khan