Memilih beg jangan membuta tuli, apabila membelinya pastikan anda mengambil kira kesesuaian, kegunaan dan juga rekaan. Beli beg bukan berdasarkan kecantikan, harga yang murah ataupun trend semata-mata, ikuti tip yang disediakan mengenai pembelian beg yang berkualiti dan mungkin boleh diperturunkan kepada generasi yang akan datang.

Ads

Pilih Beg Jangan Membuta Tuli, 6 Cara Ini Bantu Wanita Lengkapkan Penampilan1. KUALITI TINGGI

Apabila mencari beg pastikan anda melihat kepada kualiti yang ditawarkan. Kualiti disini bermaksud anda menilai jenis bahan yang digunakan untuk membuat beg, jahitan dan juga keteguhan beg tersebut. Membeli beg yang berkualiti membuatkan anda mudah memadankannya ke apa sahaja acara yang dihadiri, sebagai contoh jika anda membeli sebuah statement bag, anda boleh memadankannya ke acara apa sekalipun berlainan dengan baju statement yang agak susah untuk di pakai berulang kali.

Pilih Beg Jangan Membuta Tuli, 6 Cara Ini Bantu Wanita Lengkapkan Penampilan2. PILIH KULIT

Kulit adalah fabrik yang cukup sempurna untuk menghasilkan beg kerana ia bertahan bertahun lamanya. Dan kalai nak tahu, kulit semakin lama ia akan nampak semakin cantik. Oleh itu membeli beg yang dihasilkan menggunakan fabrik kulit merupakan satu pelaburan yang tepat, sudahlah boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang bahkan ia menjadi sekain cantik seiring peredaran masa.

Pilih Beg Jangan Membuta Tuli, 6 Cara Ini Bantu Wanita Lengkapkan Penampilan3. WARNA NEUTRAL

Jika anda membeli beg untuk dipakai bagi jangka masa yang lama, sebaiknya pilih warna-warna neutral seperti rona nude, kelabu, coklat dan jug hitam. Rona ini sesuai dipadankan dengan apa juga busana dari gaya kasual sehinggalah gaya formal, tidak seperti warna-warna lain yang lebih menonjol yang hanya boleh digayakan dengan stail yang tertentu.

Ads

4. ELAK LOGO BESAR

Dalam dunia fesyen kita tahu yang trend datang dan pergi, ia tidak kekal selamanya. Ia sama juga boleh diaplikasikan kepada pemilihan beg, penulis menyarankan agar anda tidak membeli beg yang memiliki corak cetakan logo ataupun memiliki logo yang besar. Sebaliknya pilih beg yang nampak ‘bersih’ tanpa logo keterlaluan untuk menampakkan rekaan yang lebih profesional tanpa perlu menunjukkan logo jenama beg.

Ads

Pilih Beg Jangan Membuta Tuli, 6 Cara Ini Bantu Wanita Lengkapkan Penampilan5. STUKTUR TEGAP

Mengapa struktur sangat penting? Ini bagi memastikan ia senang dibawa tanpa anda pelu membetulkan beg tersebut. Lagipun pemilihan beg berstruktur menonjokkan gaya yang lebih kemas, anggun dan sesuai di gayakan ke tempat kerja, mesyuarat mahupun kala bersantai bersama teman-teman.

Pilih Beg Jangan Membuta Tuli, 6 Cara Ini Bantu Wanita Lengkapkan Penampilan6. ELAK BESI MENONJOL

Memang tidak dinafikan yang banyak beg-beg yang ditonjolkan dari pentas fesyen antarabangsa menonjolkan beg-beg dengan rekaan besi yang jelas kelihatan. Mungkin ia akan menampakkan anda cukup trendy dan juga manrik perhatian orang, namun untuk jangka masa panjang ia tidak praktikal. Sebagai contoh beg yang memiliki terlalu banyak perincian stud tidak sesuai digayakan dengan semua gaya bahkan untuk menjaganya juga tidak mudah kerana besi mudah tercalar.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI