Pelakon Dynas Mokhtar berkongsi berita gembira di mana dia telah selamat melahirkan cahaya mata yang keempat sekitar Mei lalu. Bagi selebriti Wan Edrinas Wan Mokhtar, 39, kehamilan kali keempat ini ternyata amat berbeza dengan kehamilan sebelum ini dan dia lebih banyak berehat dari terlibat dari sebarang aktiviti seni.

Ads

Pilih Berpantang Cara Moden, DYNAS MOKHTAR Kongsi Kisah Berpantang Anak Keempat!

NONA berkesempatan bertemu pelakon dan pengacara ini sempena Kuala Lumpur Fashion Week baru-baru ini dan berkongsi pengalaman dirinya berpantang usai melahirkan cahaya mata keempat.

Menurut Dynas, kali ini dia memilih untuk berpantang di pusat berpantang yang mengelolakan proses berpantang secara moden sepanjang tempoh tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

 “Alhamdulillah, Ollis kini memasuki usia 3 bulan. To be honest, saya tak timbang  berat badan kerana tidak mahu stress.  Saya  boleh pakai baju-baju lama, tapi bahagian perut tu, tak dapat nak diselamatkan. Maklumlah, sudah ada empat orang anak,kan,” ujar Dynas ketika ditemui baru-baru ini.

Pilih Berpantang Cara Moden, DYNAS MOKHTAR Kongsi Kisah Berpantang Anak Keempat!

Dynas yang baharu selesai berpantang selama 100 hari memaklumkan dirinya baharu sahaja mula melakukan senaman untuk mengembalikan tahap kecergasan seperti dahulu. Kali ini, Dynas memilih untuk berpantang di pusat berpantang moden yang dikategorikan sebagai pilihan yang tepat untuk dirinya.

Ads

“Daripada dapat depression di rumah untuk kawal anak-anak, saya memilih confinement centre untuk berpantang. Saya mendapat penjagaan penuh dari pakar dengan pemakanan yang berkhasiat. Jadi, saya memilih untuk berehat dan menjalani proses berpantang pada tahap terbaik,” ujar Dynas yang memilih 28 hari berpantang secara moden di pusat tersebut.

Pilih Berpantang Cara Moden, DYNAS MOKHTAR Kongsi Kisah Berpantang Anak Keempat!

Ads

“Tidak cukup itu, doktor pakar berpengalaman juga turut ditempatkan di premis bagi membolehkan ibu mendapat rawatan dan khidmat nasihat yang terbaik. Bagi memastikan si ibu sentiasa mendapat nutrisi secukupnya, mereka turut menyediakan sajian sihat dengan pelbagai menu bersesuaian dan berkhasiat menggunakan rempah ratus yang enak dimakan,” ujar Dynas lagi.

Pilih Berpantang Cara Moden, DYNAS MOKHTAR Kongsi Kisah Berpantang Anak Keempat!

Kini populariti perkhidmatan penjagaan selepas bersalin semakin mendapat perhatian dengan menawarkan servis premium sekaligus nilai eksklusif bagi memastikan keperluan ibu dan bayi sentiasa terjaga. Tidak hanya servis ke rumah seperti banyak dipraktikan hari ini, kini terdapat juga pusat jagaan bertaraf hotel lima bintang yang membolehkan si ibu dan bayi tinggal sepanjang tempoh berpantang.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI