Pilih Gaya Moden & Kontemporari, Jenguk Kediaman Mewah NIKITA WILLY & INDRA PRIAWAN Di Kawasan Elit Jakarta

Pasangan selebriti ini sememangnya sering berkongsi foto percutian peribadi mereka di laman Instagram. Malah sebelum berkahwin lagi, mereka kerap melancong ke luar negara dan mengabadikan kenangan serta momen bersama-sama.

Menerusi laman Youtube Taulany TV, Indra dan Nikita Willy membawa penonton melihat segenap ruang kediaman mewah mereka yang terletak di kawasan perumahan elit di Jakarta.

Sejak bernikah pada tahun 2020, Nikita Willy dan suaminya Indra Priawan memilih tinggal di kondo mewah yang terletak di kawasan elit Kebayoran Baru, Jakarta Selatan. Kondominium tersebut dilengkapi  fasiliti mewah, seperti lif ke pintu kediaman dan juga kawalan keselamatan yang ketat.

Memandangkan pasangan ini sememangnya kaki travel sejak zaman bercinta, sudah tentu momen percutian menjadi elemen hiasan utama yang diketengahkan di segenap ruang dinding di ruang tamu kediaman mewah pasangan ini yang luas dan dilatari rona tanah sebagai hiasan utama.

Di samping itu, ruang keluarga juga kelihatan dinding yang dipenuhi oleh foto-foto Indra Priawan dan Nikita Willy. Foto tersebut merupakan potret ketika mereka berdua melakukan hobi traveling mengelilingi dunia.

Pasangan yang mendirikan rumahtangga pada tahun 2020 ini juga amat mementingkan ruang keluarga yang cozy untuk menikmati momen indah bersama keluarga sambil menghadap pemandangan indah dari segenap pelosok kondominium mewah tersebut.

Umum mengetahui Nikita memilih untuk melahirkan zuriat pertamanya di Amerika Syarikat pada 8 April 2022. Issa Xander Djokosoetono dilahirkan di hospital yang pernah menyambut kelahiran banyak anak selebriti terkenal Hollywood antaranya termasuklah Kim Kardashian, Beyonce dan Victoria Beckham iaitu Cedars-Sinai Medical Center.

Selain itu, Nikita turut berkongsi dekorasi bilik bayinya, Issa Xander yang dihias teliti untuk si kecil yang menjadi permata hati pasangan suami isteri ini. Rona putih dan kelabu melatari bilik bayi pasangan ini yang kini sudah menginjak usia 1 tahun baru-baru ini.

Nuansa putih dan kelabu menjadi pilihan ibu muda ini untuk bilik anak tersayang yang mendapat sentuhan mewah dan elegan. Bertemakan safari dengan gabungan warna earth tone melengkapkan lagi ruang dekorasi kamar si kecil ini.

Selain ruang bilik tidur baby Issa, Nikita turut memberi sentuhan moden dan kontemporari untuk beberapa lagi ruangan di kediamannya termasuklah dapur yang menggunakan nuansa coklat, hitam dan putih serta ruangan balkoni yang diberi sentuhan pepohon hijau untuk melakukan aktiviti senaman seperti yoga.

Untuk rekod, Indra Priawan Djokosoetono  merupakan generasi ketiga pemilik perniagaan  teksi  Blue Bird yang sudah beroperasi di Indonesia lebih dari 40 tahun. Indra Priawan sendiri merupakan lulusan Universitas Indonesia jurusan Teknik Mesin pada 2013.  Usai menamatkan kuliah di Universiti Indonesia, Indra Priawan melanjutkan pelajaran dalam jurusan International Business di Hult International Business School, San Francisco, Amerika Syarikat.

 

Share
Published by
Rosmah Idayu