Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin merupakan kakak kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Selesa dengan penampilan yang ringkas serta wajah polos tanpa solekan tetap menyerlahkan kecantikan asli yang dimiliki Saida yang bakal menginjak usianya yang ke-45 tahun pada tahun ini. Memang natural beauty!
Cukup terinspirasi dengan Saida kerana biarpun kini usianya mencecah 44 tahun namun masih kelihatan awet muda. Bukan saja memiliki kulit yang sihat dan mulus, Saida juga berjaya mengekalkan bentuk tubuh persis anak dara biarpun memegang gelaran ibu anak empat (hasil perkahwinan pertama). Salah satu kelebihan Saida ialah berkahwin muda ketika usianya 20 tahun.
Kebanyakan para pengikutnya di Instagram akan memuji kecantikan Saida yang tak dimamah usia. Lebih-lebih lagi apabila dia memuat naik gambar bersama anak-anaknya.
“Saya dan Nyssa umpama sahabat baik. Kalau berbual kami suka bercakap hal-hal berkaitan dengan kecantikan dan juga fesyen. Itulah persamaan ‘jiwa’ kami sebagai ibu dan anak. Lumrah sebagai seorang perempuan yang sukakan kecantikan.
Harapan saya terhadap Nyssa agar sukses dalam bidang yang diminatinya iaitu kecantikan, fesyen dan seni kreatif. Kalau dia aktif di laman sosial saya tidak kisah kerana faham kebanyakan anak-anak muda hari ini mampu menjana pendapatan sendiri melalui platform tersebut.”
“Ibu selalu berpesan kepada saya sentiasa murah dengan senyuman, yang ikhlas dari hati. Barulah kecantikan dalaman terserlah sekaligus menampakkan seseorang itu awet muda. Itulah satu-satunya petua yang ibu kongsikan kepada saya. Selebihnya bergantung kepada diri sendiri.”
BAHAGIA BERSAMA SUAMI
Sudah 4 tahun Saida bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2016 dan ianya merupakan perkahwinan kali kedua bagi Saida.
Kredit Foto: Instagram @sitinorsaidatarudin
This website uses cookies.