Siapa yang tak kenal dengan pemuzik, komposer dan penyanyi, Monoloque yang sinonim dengan imej ala pendekar Melayu. Bukan sekadar membawa imej itu di pentas seni, bahkan ia turut diterapkan dalam kehidupan keluarga antaranya dari segi berpakaian, dekorasi rumah, dan yang paling menarik ialah keunikan nama anak-anaknya. Sangat klasik! Bukan hanya sedap disebut, ia juga memiliki maksud tersendiri.
“Semasa dikurniakan anak pertama iaitu Anggerik Dang Jelita, LoQue inginkan satu ‘tema’ untuk nama anak. Disebabkan nama saya Dahlia iaitu nama bunga maka LoQue tanya ok tak nama anak pun bunga? Saya setuju.
Kami memang suka nama klasik kerana ia represent our personalities. Kami juga obses dengan unsur klasik dan tradisional yang menggambarkan betapa indahnya Bahasa Melayu. Nama Anggerik Dang Jelita seratus peratus diilhamkan oleh LoQue. Kami rasa nama tu sangat cantik dan sempurna. Anggerik yang kini berusia 7 tahun seorang yang sangat matang, artistik, peramah dan thoughtful
.Memandangkan banyak cabaran sepanjang mengandungkan Seroja maka kami selitkan perkataan Harapan dalam namanya. Seroja sangat individualistic, protective dan berani. Usianya kini 3 tahun.
PERNAH DIEJEK & DIKUTUK
“Selama ni memang banyak komen yang tanya kenapa nama anak pelik? Kenapa panjang sangat? Kebanyakannya dari keluarga dan teman-teman sendiri. Setiap kali media siarkan nama anak, pasti ada yang mengejek dan mengutuk. Paling banyak dikomen nama anak ketiga kerana banyak media, blog publish article about her name and it went viral.
Saya sangat terguris dan sedih pada mulanya tapi LoQue hanya ketawa dan cakap jangan layan. Katanya orang yang banyak masa mengutuk orang lain sebab nak tutup kekurangan diri sendiri. So
saya berhenti membaca dan unfollow the accounts and gossip sites.”LEBIH TERBUKA DIDIK ANAK-ANAK
“Kami sangat terbuka dengan anak anak. Cara kami bergaul dan bercakap dengan mereka pun macam orang dewasa. Mereka bebas bersuara dan bertanya tentang apa jua perkara. Bila mereka menangis atau marah, kami akan duduk dan tanya kenapa mereka begitu. We feel like open communication is the best. Kami juga dedahkan mereka dengan didikan agama. Tak terlalu memaksa tapi more to create curiousity tentang apa yang diajar. Maka, mereka akan banyak bertanya.
Kami juga dedahkan mereka dengan muzik dan seni. Seawal umur setahun, kami bawa mereka ke theater atau melihat tarian tradisional dan persembahan antarabangsa. Kami mahu mereka menjadi seorang yang bangga dengan asal usul dan diri sendiri.
Kami juga akan sokong dan asah bakat mereka. Contohnya Anggerik, she likes Maths and arts than reading, so di rumah kami banyak buat Maths dan encourage dia untuk melukis dan mewarna.
Usaha, doa dan tawakal tiga perkara utama yang kami bimbing untuk mereka. Buat masa ni tiada perancangan untuk tambah anak. Tapi kalau ada rezeki kami terima dengan hati terbuka.”
RAHSIA CANTIK IBU ANAK TIGA
“Positif dan sentiasa belajar benda baru, biar otak cerdas serta sihat. Saya tak suka benda-benda rumit, lagi-lagi setelah ada tiga anak. Untuk penampilan, saya suka solekan natural dan ringkas.
Produk SO.LEK Cosmetics as natural is my first choice of make up product. Selain itu, prioritizing and time planning are the most important thing. Buat yang termampu, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.”
Kredit Foto: Instagram Dahlia Nadirah
This website uses cookies.