Pilih STAIL RAMBUT Ikut KESESUAIAN MAJLIS, Supaya Tidak Rasa JANGGAL Dan PELIK.

Jangan ambl mudah soal stail rambut tau. Ada wanita yang kadang-kadang bergaya tak kena tempat. Takkan ke pejabat dengan rambut berkepuk dan semburan kilau, boleh dapat memo dari Jabatan Sumber Manusia pula nanti!

Cuba baca info ini supaya anda tidak terlalu over atau terlalu less in style!

KE PEJABAT

Sebelum melangkah ke pejabat, pastikan penampilan anda is at your very best! Mood

bekerja kadang-kadang boleh dipengaruhi dengan penampilan anda hari itu.

Pilih sepasang power suit, kasut bertumit tinggi, jam tangan klasik serta aksesori minima, sekurang-kurangnya sebentuk cincin. Gaya rambut? Pilihlah yang mudah digayakan seawal pagi, kemas dan ringkas.

Boleh juga untuk pilih gaya bun. Dengan blaus polos, bercetak mahupun berjalur, gaya bun tetap anggun untuk anda. Sesuai untuk anda yang kejar masa nak ke pejabat!

MAJLIS

Dengan dres yang dipilih, sesuaikan pula dengan stail rambut. Untuk dres renda, apakata gayakan messy hair? Senang dan cepat. Malah ia sesuai dengan busana yang anda pakai.

Jika anda memilih dres labuh dengan leher tinggi, atau halter neck, ikat rambut gaya ponytail supaya dapat menonjolkan rekaan baju di bahagian leher.

 BERSENAM ATAU BERSUKAN

Janji praktikal dan selesa untuk anda menjalankan aktiviti senaman, itulah pilihan terbaik untuk anda! Tapi perlu ingat, walaupun hanya untuk bersukan, daya dan kecantikan perlu dititikberatkan ok!

 

SMART CASUAL

Ini adalah pilihan penampilan yang sering digayakan. Smart untuk anda bersantai bersama keluarga dan teman, dan kasual untuk tampil lebih selesa. Tetapi, apa pula gaya yang sesuai untuk disesuaikan dengan skinny jeans, top

sendat dan kasut tumit tinggi anda?

Pilih sesuatu yang tidak terlalu formal dan tidak terlalu ringkas, dan bukan gaya sama yang anda tonjolkan ketika ke gymnasium atau ke pejabat. Ponytail tinggi yang sleek dan berombak di hujung sangat sesuai untuk smart casual.

 

Share
Published by
KR