Memiliki set kelengkapan pinggan mangkuk yang unik, eksklusif dan berkualiti tinggi pastinya menjadi dambaan setiap wanita. Bukan hanya membuatkan para suri rumah lebih bersemangat menyediakan hidangan buat seisi keluarga bahkan memberi kepuasan berganda apabila juadah terhidang cantik dalam item menarik ini. Apatah lagi ketika sambutan Aidilfitri, koleksi set pinggan mangkuk mewah Hyrem yang tersusun indah di meja makan tentunya menambah seri lebaran anda tahun ini!
Ads
Mula berada di pasaran sejak Januari 2019, Hyrem berhasrat menjadi jenama tempatan terulung yang memiliki kualiti setanding produk antarabangsa lain. Selaku Pengarah Hyrem Retails Sdn Bhd, Siti Safuraa Shaari nekad menerajui hala tuju syarikat dengan strategi dan perancangan rapi.
Ujar Siti Safuraa, “Tercetus idea bisnes ini apabila kami tertarik melihat keindahan seni dan kraf masyarakat zaman dahulu ketika pergi melancong ke luar negara. Sebagai seorang Muslim, saya sangat terinspirasi dengan sejarah dan peradaban empayar Turki Uthmaniyah. Ikut perancangan awal, kami mahu menjalankan bisnes fesyen tapi bila difikirkan minat saya yang suka memasak akhirnya saya memilih tableware sebagai produk utama.”
Memandangkan perusahaan ini cukup sinonim dengan wanita, Siti Safuraa melabel empayar niaganya sebagai Hyrem bersempena nama isteri Sultan Sulaiman iaitu Hurrem Sultan yang terkenal semasa pemerintahan Turki Uthmaniyah.
Tidak hanya tertumpu kepada esensi Timur Tengah, usahawan berusia 31 tahun ini mahu menjadikan jenama Hyrem sebagai hab yang menghubungkan seni, budaya dan fesyen di bawah satu bumbung!
“Keistimewaan Hyrem terletak pada keunikan setiap produk yang dihasilkan. Walau kebanyakan produk kami berasal dari Iran dan Turki, sebahagian daripadanya juga datang dari negara lain seperti India. Kami menggabungkan seni budaya dari serata dunia untuk dizahirkan dalam setiap produk rekaan Hyrem.
Ini termasuklah pembuatan barangan kemas, karpet dan dekorasi kediaman. Ciri-ciri produk Hyrem bukan hanya unik tetapi juga berkualiti dan elegan. Bahkan penghasilannya turut menggunakan teknologi canggih masa kini.”
Ads
Sepanjang lebih dua tahun berada di pasaran, Hyrem sudah mempunyai lebih 50 koleksi pinggan mangkuk, 30 rekaan karpet dan bakal melancarkan rangkaian koleksi barangan kemas pada Ogos nanti. Tergolong sebagai jenama produk premium dan mewah, Hyrem mengeluarkan set pinggan mangkuk berteknologi baharu hasil usaha sama dengan syarikat dari Jerman iaitu Fine Diamond China yang lebih ringan, berkualiti tinggi dan selamat digunakan.
Sepanjang lebih dua tahun di pasaran, Hyrem sudah mempunyai lebih 50 koleksi pinggan mangkuk, 30 rekaan karpet dan bakal melancarkan rangkaian koleksi barangan kemas pada Ogos nanti. Tergolong sebagai jenama produk premium dan mewah, Hyrem mengeluarkan set pinggan mangkuk berteknologi baharu hasil usaha sama dengan syarikat dari Jerman iaitu Fine Diamond China yang lebih ringan, berkualiti tinggi dan selamat digunakan.
“Produk pinggan mangkuk Hyrem menggunakan teknologi Fine Diamond China yang berkilau seperti permata, tahan lasak dan kalis calar. Teknologi ini juga tidak menggunakan tulang lembu atau Bone China yang status halalnya menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna. Apatah lagi kebanyakan set pinggan mangkuk berjenama dan berkualiti dari negara seperti UK dan Jepun menggunakan Bone China.
Ads
Hyrem produk yang mesra alam dan warna pinggan mangkuk kami dijamin yang paling putih di pasaran berbanding produk seumpamanya. Selain itu, ia juga memiliki kualiti lebih tebal dan kukuh.
Rangkaian produk high end range misalnya diperincikan dengan butiran emas 24karat dan platinum. Produk Hyrem juga menggunakan teknlogi ‘in-glaze’ yang dapat melindungi pattern dekoratif agar tidak terhakis dan melindungi makanan daripada bersentuhan dengan dekoratif di permukaan pinggan tersebut. Teknologi ini penting bagi memastikan makanan selamat dan kesihatan pengguna terjamin.
Eksklusifnya menjelang ketibaan Syawal, terdapat 13 koleksi set pinggan mangkuk terbaharu Hyrem dengan pilihan untuk 6 atau 12 orang yang mesra ketuhar gelombang mikro. Lebih menarik, terdapat promosi potongan harga sehingga 40 peratus khas untuk musim perayaan ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khusus buat penggemar jenama dUCk , ini merupakan peluang anda menambahkan koleksi kegemaran anda bukan sahaja dalam bentuk fesyen, malah kini ia bakal menjadi kegilaan dengan kolaborasi bersama Starbucks!
Bermula 27 September 2022 sehingga stok masih ada, dUCk dengan kerjasama Starbucks Malaysia telah hadir dengan koleksi fesyen baharu edisi terhad kepada umum yang dikenali sebagai dUCk + Starbucks Blooming Collection.
“Selepas rumah dan pejabat, Starbucks adalah rumah ketiga saya! Jenama Starbucks telah banyak memberi inspirasi kepada saya dan kolaborasi ini sememangnya amat bermakna buat The dUCk Group,” ujar Datin Vivy Yusof, usahawan dan pengasas bersama The dUCk Group.
Membawakan item-item harian yang dekat dengan pelanggan seperti selendang, beg tote, bekas air dan juga termos, koleksi kerjasama antara dua jenama ini hadir dengan tema warna ungu yang merupakan warna ikonik untuk The dUCk Group.
Manakala dari segi rekaan pula, ia menampilkan ilustrasi yang menggabungkan beberapa jenis bunga seperti bunga raya, orkid, ros dan banyak lagi.
Selain daripada koleksi fesyen, kolaborasi dUCk + Starbucks turut memperkenalkan kad edisi terhad dengan nilai pengaktifan kad minimum RM100 bagi setiap satu kad. Manakala setiap produk yang ditawarkan bermula dari RM95 ke atas. Jadi, jangan lepas peluang memiliki koleksi terhad ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah Dr Amalina & suami tersayang, Alex!
Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, Dr Nur Amalina Che Bakri memaklumkan dirinya telah bergelar ibu!
We would like to introduce our beautiful princess, Arabella Mia, born last week at St. Thomas’ Hospital.
We adore her and cherish every moment with our little bundle of joy. We are excited to see what the future holds, Alhamdulillah. Lots of love – Amalina & Alex
Menjengah laman Instagram miliknya, Dr Amalina selamat melahirkan seorang anak perempuan minggu lalu di St Thomas’ Hospital. Bayi tersebut diberi nama Arabella Mia.
Baru-baru ini, soal jawab di IG story Dr Amalina nyata mencuri tumpuan selepas beberapa soalan diajukan berkaitan manfaat yang diterima beliau sebaik melahirkan anak nanti. Antara soalan yang sempat dijawab adalah berkaitan berapa lama cuti bersalin yang bakal atau boleh diambil oleh Dr. Amalina selepas bersalin nanti.
Untuk pengetahuan, United Kingdom memperuntukkan cuti bersalin sebanyak 39 minggu malah cuti itu boleh dipanjangkan sehingga ke 52 minggu.
Malah menurut Dr Amalina, cuti bersalinnya akan bermula pada minggu yang dijangka akan bersalin malah diberi pilihan untuk menggunakan cuti sehingga setahun namun dia berkemungkinan akan cuti selama 10 bulan.
Bukan itu saja, Dr. Amalina turut menerima soalan berkenaan dengan gaji yang bakal diterima sepanjang cuti bersalin dan jawapannya memang buatkan ramai terkesima.
Nampaknya, Dr Amalina akan menerima gaji penuh untuk 5 bulan pertama selepas bersalin dari tempat dia bertugas kini dan kemudiannya akan dibayar gaji dari kerajaan. Ternyata perkongsian Dr. Amalina mengundang pelbagai respon dan ramai.
Selamat berpantang Dr Amalina. Enjoy your confinement!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minggu lepas, bersamaan 30 Julai 2022 menandakan genap setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin mengikut kalendar Islam di mana arwah meninggal sehari sebelum Awal Muharam akibat Covid-19. Paling terkesan akan kehilangannya, sudah pastilah suami kepada arwah, iaitu Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhammad yang mengakui walau setahun sudah berlalu, kehilangan arwah masih lagi terasa sehingga kini.
Shuib mengakui tiada satu hari yang berlalu tanpa dia memikirkan arwah. Malah Shuib menganggap rindu yang ditanggungnya sangat unik.
“Saya reda, cuma rindu yang sangat unik. Kadang-kadang, saya tak tahu nak cakap macam mana. Perubahan perasaan setiap hari tidak sama. Saya berikan satu contoh. Pernah tak teringat sesuatu perkara tanpa gagal, setiap hari? Saya melaluinya setiap hari dalam masa setahun ini. Tiada satu hari pun saya tidak ingat atau memikirkan arwah,“katanya.
Walaupun masih menanggung kerinduan yang tidak berpenghujung, namun Shuib kini bersyukur dengan apa yang dianugerahkan Allah S.W.T padanya dan keluarga.
Memetik laporan Berita Harian, meskipun sudah setahun pemergian Sarah, namun Shuib masih merasakan baru semalam arwah meninggalkannya dan anak-anak.
Bahkan, anak-anak juga masih bertanya mengenai arwah, namun semuanya dalam keadaan terkawal.
“Mereka masih bertanya dan kalau rindu, mereka beritahu. Contohnya, Talita. Saya kenal anak-anak dan tahu bila masa mereka merindui ibu mereka.
“Bila saya tanya, mereka akan jawab sangat merinduinya. Boleh tengok riak wajah mereka menangis. Namun, anak-anak tetap menerima pemergian arwah dengan baik, cuma, mereka memerlukan lebih perhatian daripada saya. Sayalah bertanggungjawab memenuhi apa yang mereka ingini, insyaAllah mereka okay,” katanya.
Siti Sarah Raisuddin, meninggal dunia pada hari Isnin, 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan COVID-19. Siti Sarah meninggalkan suami dan 4 orang anak termasuk anak bongsunya yang baru dilahirkan beberapa hari sebelum kematiannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!