Pilihan Kerabat Diraja & VIP, Hias Meja Makan Ala Istana Dengan Set Mewah HYREM Raya Ini!

Memiliki set kelengkapan pinggan mangkuk yang unik, eksklusif dan berkualiti tinggi pastinya menjadi dambaan setiap wanita. Bukan hanya membuatkan para suri rumah lebih bersemangat menyediakan hidangan buat seisi keluarga bahkan memberi kepuasan berganda apabila juadah terhidang cantik dalam item menarik ini. Apatah lagi ketika sambutan Aidilfitri, koleksi set pinggan mangkuk mewah Hyrem yang tersusun indah di meja makan tentunya menambah seri lebaran anda tahun ini!

Mula berada di pasaran sejak Januari 2019, Hyrem berhasrat menjadi jenama tempatan terulung yang memiliki kualiti setanding produk antarabangsa lain. Selaku Pengarah Hyrem Retails Sdn Bhd, Siti Safuraa Shaari nekad menerajui hala tuju syarikat dengan strategi dan perancangan rapi.

Ujar Siti Safuraa, “Tercetus idea bisnes ini apabila kami tertarik melihat keindahan seni dan kraf masyarakat zaman dahulu ketika pergi melancong ke luar negara. Sebagai seorang Muslim, saya sangat terinspirasi dengan sejarah dan peradaban empayar Turki Uthmaniyah. Ikut perancangan awal, kami mahu menjalankan bisnes fesyen tapi bila difikirkan minat saya yang suka memasak akhirnya saya memilih tableware

sebagai produk utama.”

Memandangkan perusahaan ini cukup sinonim dengan wanita, Siti Safuraa melabel empayar niaganya sebagai Hyrem bersempena nama isteri Sultan Sulaiman iaitu Hurrem Sultan yang terkenal semasa pemerintahan Turki Uthmaniyah.

Tidak hanya tertumpu kepada esensi Timur Tengah, usahawan berusia 31 tahun ini mahu menjadikan jenama Hyrem sebagai hab yang menghubungkan seni, budaya dan fesyen di bawah satu bumbung!

“Keistimewaan Hyrem terletak pada keunikan setiap produk yang dihasilkan. Walau kebanyakan produk kami berasal dari Iran dan Turki, sebahagian daripadanya juga datang dari negara lain seperti India. Kami menggabungkan seni budaya dari serata dunia untuk dizahirkan dalam setiap produk rekaan Hyrem.

Ini termasuklah pembuatan barangan kemas, karpet dan dekorasi kediaman. Ciri-ciri produk Hyrem bukan hanya unik tetapi juga berkualiti dan elegan. Bahkan penghasilannya turut menggunakan teknologi canggih masa kini.”

Sepanjang lebih dua tahun berada di pasaran, Hyrem sudah mempunyai lebih 50 koleksi pinggan mangkuk, 30 rekaan karpet dan bakal melancarkan rangkaian koleksi barangan kemas pada Ogos nanti. Tergolong sebagai jenama produk premium dan mewah, Hyrem mengeluarkan set pinggan mangkuk berteknologi baharu hasil usaha sama dengan syarikat dari Jerman iaitu Fine Diamond China yang lebih ringan, berkualiti tinggi dan selamat digunakan.

Sepanjang lebih dua tahun di pasaran, Hyrem sudah mempunyai lebih 50 koleksi pinggan mangkuk, 30 rekaan karpet dan bakal melancarkan rangkaian koleksi barangan kemas pada Ogos nanti. Tergolong sebagai jenama produk premium dan mewah, Hyrem mengeluarkan set pinggan mangkuk berteknologi baharu hasil usaha sama dengan syarikat dari Jerman iaitu Fine Diamond China yang lebih ringan, berkualiti tinggi dan selamat digunakan.

“Produk pinggan mangkuk Hyrem menggunakan teknologi Fine Diamond China yang berkilau seperti permata, tahan lasak dan kalis calar. Teknologi ini juga tidak menggunakan tulang lembu atau Bone China yang status halalnya menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna. Apatah lagi kebanyakan set pinggan mangkuk berjenama dan berkualiti dari negara seperti UK dan Jepun menggunakan Bone China.

Hyrem produk yang mesra alam dan warna pinggan mangkuk kami dijamin yang paling putih di pasaran berbanding produk seumpamanya. Selain itu, ia juga memiliki kualiti lebih tebal dan kukuh.

Rangkaian produk high end range misalnya diperincikan dengan butiran emas 24karat dan platinum. Produk Hyrem juga menggunakan teknlogi ‘in-glaze’ yang dapat melindungi pattern dekoratif agar tidak terhakis dan melindungi makanan daripada bersentuhan dengan dekoratif di permukaan pinggan tersebut. Teknologi ini penting bagi memastikan makanan selamat dan kesihatan pengguna terjamin.

Eksklusifnya menjelang ketibaan Syawal, terdapat 13 koleksi set pinggan mangkuk terbaharu Hyrem dengan pilihan untuk 6 atau 12 orang yang mesra ketuhar gelombang mikro. Lebih menarik, terdapat promosi potongan harga sehingga 40 peratus khas untuk musim perayaan ini.

Share
Published by
Suzi