Ada sesetengah orang yang tak pernah kisah pun kalau memiliki pipi tembam. Tetapi ada juga sebaliknya dan menganggap pipi tembam sebagai satu ‘masalah besar’ berkaitan dengan kenaikan berat badan. Selalunya dilema ini sering menghantui gologan wanita sekaligus menjejaskan keyakinan diri.
Apa pun tenang saja kerana tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Tak perlu bimbang kerana terdapat cara semula jadi yang boleh anda cuba bagi mengembalikan pipi tirus seperti dulu. Segalanya tak mustahil asalkan rajin dan bersabar.
SENAMAN WAJAH
Bukan saja badan nak nampak langsing, wajah juga memerlukan senaman yang perlu diamalkan secara konsisten. Setiap kali bangun tidur, bersantai, balik dari kerja atau sebelum tidur pun boleh buat.
Jika diamalkan dua kali sehari selama 8 minggu berturut-turut membantu meningkatkan ketebalan otot dan peremaajaan di wajah. Sekaligus memberi kesan terhadap pipi yang semakin tirus.
Jenis senaman wajah
MINUM BANYAK AIR PUTIH
Bukan saja bagus untuk mencegah dehidrasi malah air putih juga mampu membantu mendapatkan pipi yang tirus. Menjaga keseimbangan cairan dalam badan dapat mencegah pembengkakan di wajah.
Metabolisma badan juga meningkat sehingga 24%. Badan akan membakar lebih banyak kalori seterusnya membantu menurunkan berat badan termasuk pipi. Ingat, minum ikut kuantiti yang disarankan saja. Jangan pula minum sebanyak-banyaknya semata-mata nak dapat hasil yang cepat. Biar lambat asalkan konsisten ya..
DIET SEIMBANG & OLAHRAGA
Imbangi diet sihat dengan olahraga. Elak makanan yang mengandungi karbohidrat olahan seperti biskut, pasta dan yang tinggi garam. Ia boleh mengakibatkan lemak bertimbun dalam badan seterusnya menaikkan berat badan.
Seimbangkan dengan latihan kardio contohnya berjalan kaki, berlari, berbasikal atau berenang. Semakin baik gaya hidup sihat anda maka semakin cepatlah pipi anda kelihatan tirus.
This website uses cookies.