Sebut saja nama Rahimah Rahim pasti ramai yang terkenang lagu dendangan popularnya, Gadis Dan Bunga. Walau usia lagu tersebut sudah pun cecah 41 tahun tapi liriknya masih diingati sampai ke hari ini. Memang legend!

Ads

Pada zaman kegemilangannya, Rahimah Rahim cukup diminati ramai apatah lagi dia seorang penyanyi wanita yang memiliki raut wajah jelita ketika itu.

Pun begitu, keanggunan dan pesona insan bernama Rahimah Rahim ini tetap menyerlah biarpun anak seni kelahiran Singapura ini mencecah usia 68 tahun.

Popular Lagu ‘Gadis Dan Bunga’, RAHIMAH RAHIM Tampil Sihat & Bergaya Usia 68 Tahun!
Kredit Instagram @rahimahgerlrahim

Bahagia memegang status ibu dan nenek, Rahimah Rahim nyata seorang penyanyi versatil yang sudah lebih 50 tahun berada dalam industri muzik Asia. Pada tahun 2017, dia tampil dengan single Gelas Gelas Cinta.

Minat wanita ini terhadap dunia nyanyian tidak pernah pudar. Buktinya, sehingga ke hari ini pun Rahimah Rahim aktif menerima jemputan nyanyian di program hiburan dan majlis-majlis di Malaysia.

Penyanyi veteran ini pernah dijulang sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pesta Perdana iaitu Anugerah Perdana Emas pada 2017. Dia mula berkecimpung sebagai anak seni dan menjadi pelakon kanak-kanak sewaktu usia enam tahun.

Ads

Pada umur 19 tahun, Rahimah Rahim menjadi juara pertandingan adu bakat Kimi Koso Talentime di Tokyo mewakili negara Singapura.

Ads
Popular Lagu ‘Gadis Dan Bunga’, RAHIMAH RAHIM Tampil Sihat & Bergaya Usia 68 Tahun!
Kredit Instagram @rahimahgerlrahim
Popular Lagu ‘Gadis Dan Bunga’, RAHIMAH RAHIM Tampil Sihat & Bergaya Usia 68 Tahun!
Kredit Instagram @rahimahgerlrahim
Popular Lagu ‘Gadis Dan Bunga’, RAHIMAH RAHIM Tampil Sihat & Bergaya Usia 68 Tahun!
Kredit Instagram @rahimahgerlrahim
Popular Lagu ‘Gadis Dan Bunga’, RAHIMAH RAHIM Tampil Sihat & Bergaya Usia 68 Tahun!
Kredit Instagram @rahimahgerlrahim

Mesra disapa Kak Gerl, Rahimah Rahim merupakan anak sulung kepada penyanyi Allahyarham Rahim Hamid atau dikenali sebagai Nat King Cole Singapura dan seniwati filem, Allahyarhamah Mariam Baharum.

Terdahulu, jelitawan ini pernah berkahwin dengan bekas pemain bola sepak Singapura iaitu Mohamed Noh Hussein yang meninggal dunia pada September 2021 ketika berusia 67 tahun. Perkahwinan mereka bertahan selama 11 tahun sebelum bercerai pada tahun 1988.

Popular Lagu ‘Gadis Dan Bunga’, RAHIMAH RAHIM Tampil Sihat & Bergaya Usia 68 Tahun!
Kredit Instagram @rahimahgerlrahim / Di samping anak dan cucu
Popular Lagu ‘Gadis Dan Bunga’, RAHIMAH RAHIM Tampil Sihat & Bergaya Usia 68 Tahun!
Kredit Instagram @rahimahgerlrahim

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Pearl Nur Hida. Rahimah kemudian berkahwin dengan pegawai bank bernama Remy Taib pada tahun 1994 dan dikurniakan anak perempuan iaitu Amalyn Aishah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI