Selepas Nora Danish, Tiz Zaqyah dan Nabila Huda, seorang lagi selebriti tempatan yang disahkan positif COVID-19. Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih mesra disapa Puteri Sarah mengesahkan bahawa dirinya positif COVID-19 setelah membuat tiga kali ujian calitan atau swab test.
“Terima kasih kerana mendoakan saya,” jawab Puteri Sarah saat dihubungi. Namun begitu, kerana tidak mahu seluruh ahli keluarga terdedah dengan virus ini dan melindungi insan tersayang Puteri Sarah sanggup berpindah rumah sementara untuk melakukan kuarantin kendiri. “Disebabkan saya sudah disahkan positif, saya keluar rumah untuk kuarantin. Ahli rumah yang lain juga melakukan kuarantin di sana,” tutur Puteri Sarah.
Bercerita tentang penularan pandemik ini, Puteri Sarah menekankan bahawa dirinya telah menjaga diri dengan patuh SOP, namun terkena juga. “Sebaik- baik kita menjaga SOP dan tak campur orang akhirnya kecundang jua. I was a type C before this sebabkan shooting dan dua kali buat swab test, Sarah negatif.
Sadly, buat lagi swab test sebab Sarah tak ada deria rasa bila makan dan tak ada deria bau. Pergi test found out I am positive COVID-19. Before this kuarantin tak ada simptom apa-apa pun. Sarah sihat tapi terkena juga. Maaf, siapa yang kontak rapat dengan Sarah dari 10hb Mei, pergilah buat swab test,” tulis Puteri Sarah di laman media sosialnya.
Puteri Sarah juga sempat menitipkan pesanan, “Jangan keluar rumah kalau tak ada apa-apa nak buat. Jaga diri semua,” katanya agar orang lain sama-sama bertanggungjawab memutuskan rantaian COVID-19 ini.
Bercerita pula tentang perkembangan dirinya, “Alhamdulillah, selepas buat come back rezeki saya tak pernah putus. Dalam kesibukan saya itu, saya sempat curi masa untuk pergi ke gimnasium. Saya menyertai kelas kickboxing untuk kelihatan fit dan stamina. Selain itu setiap hari Jumaat saya akan menyertai kelas usrah,” kongsi Puteri Sarah yang juga merupakan Pengasas Shara Cosmetics & Skincare.
This website uses cookies.