Meriah Hari Raya Puan Sri Tiara Jacquelina tahun ini. Sekali lagi berpeluang meraikan Syawal di samping suami tercinta dan anak-anak, momen bahagia usahawan ini yang dikongsikan di media sosial menarik perhatian warga maya. Lebih-lebih lagi wajah cantik puteri kesayangan iaitu Hani Karmila yang iras Allahyarham Hani Mohsin.
Menerusi foto tersebut, rata-rata followers Puan Sri Tiara memuji keayuan Hani Karmila. Apatah lagi senyumannya yang tidak ubah seperti arwah bapa yang juga pelakon, Hani Mohsin.
Hani Karmila yang berusia lewat 20an kelihatan anggun dalam persalinan rona coklat cair. Cantik dan manis orangnya!
Selain Hani Karmila, turut kelihatan suami kesayangan Puan Sri Tiara iaitu Tan Sri Mohd Effendi Norwawi dan anak lelaki, Mohd Eridani Effendi.
Kongsi bintang filem Puteri Gunung Ledang ini, “Everything that matters in my world today is in this photo right here. This Raya was so very beautiful for my family and me, and I hope it was the same for all of you who are celebrating too.
Selamat Hari Raya from my family to you and yours,
maaf zahir dan batin.”Hani Karmila atau mesra disapa Mila memiliki bakat dalam dunia lakonan. Terdahulu, dia pernah membintangi teater Melur the Musical.
Tidak cukup itu, wajah jelitanya juga pernah menghiasi iklan komersial Malaysia Airlines. Lebih membanggakan, Mila bergelar juara sukan Jiu Jitsu di Singapura pada 2022.
Khabarnya Mila mula aktif menceburi seni bela diri Jepun berkenaan kira-kira tujuh tahun lalu.
Setiap kali melihat wajah Mila, peminat seni tanah air pasti terkenang raut wajah Hani Karmila iras Allahyarham Hani Mohsin. Bahkan ramai mengatakan dia mewarisi senyuman pelakon Jimi Asmara tersebut.
Hani Mohsin meninggal dunia pada 25 Julai 2006. Hasil perkongsian hidup, Hani dan Puan Sri Tiara dikurniakan Hani Karmila.
This website uses cookies.