Peminat filem Bollywood pasti kenal figura hebat bernama Shah Rukh Khan dan kerana populariti yang diraih, ahli keluarga superstar ini tidak terlepas daripada perhatian khalayak. Ini termasuk isteri tercinta, Gauri Khan dan tiga anak kesayangan.
Ads
Gauri yang kini meniti usia 54 tahun menjadi tumpuan masyarakat di sana bukan hanya disebabkan rupa paras cantik bahkan kejayaan wanita ini menguruskan empayar perniagaan.
Walau suaminya seorang aktor terkemuka dalam industri seni India dan antarabangsa namun Gauri enggan terlalu bergantung kepada suami.
Sebaliknya, ibu glamor ini selesa bergelar usahawan yang meneraju syarikat hiasan dalaman sebagai karier. Sekaligus menjana pendapatan hasil usaha sendiri.
Gauri atau nama sebenarnya Gauri Chibber dikatakan mula mengenali Shah Rukh Khan pada tahun 1984.
Hubungan mereka pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarga masing-masing namun pasangan romantis ini nekad melangsungkan perkahwinan pada 25 Oktober 1991, selepas tujuh tahun mengenali hati budi.
Waktu itu, Shah Rukh Khan baru ‘bertatih’ dalam industri perfileman India.
Kini, hasil perkahwinan selama lebih tiga dekad mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan AbRam Khan. Paling menarik perhatian, biarpun sudah berstatus isteri dan ibu tapi Gauri masih cantik bergaya.
Jika sebelum ini kisah Aryan dan Suhana banyak dipaparkan di dada akhbar dan media India. Kini anak bongsu kesayangan Shah Rukh Khan dan Gauri iaitu AbRam Khan pula raih tumpuan,
Ads
AbRam Khan dilahirkan pada 27 Mei 2013 dan dia baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-11. Makin meningkat dewasa, makin terserlah ketampanan anak selebriti ternama India ini.
Ketika hari lahirnya baru-baru ini, AbRam Khan meraikan hari istimewa tersebut di samping ibu bapa dan kakak kesayangan serta pasukan kriket, Kolkata Knight Riders.
Lebih bermakna, pasukan berkenaan menjulang kejuaraan pada hari tersebut. Sekaligus menjadi hadiah bermakna buat AbRam sempena hari lahir.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti yang dijangkakan cabaran tahun 2018 akan lebih hebat dan sengit. Jadi gerakan kung fu kita harus lebih pantas. Tidak boleh terus selesa menarikan rentak perlahan sedangkan waktu begitu pantas mengejar kita. Jika kisah semalam ada yang meninggalkan luka dan keperitan, ini masanya untuk kita terus bangun dan ‘move on’!
Alhamdulillah ternyata, tugas di bidang penerbitan ini banyak mengajar saya berlari dalam merancang sesuatu. Berlari untuk menguasai dunia digital yang menuntut segala-galanya dengan pantas dan menjadi lebih kreatif dalam merealisasikan sesuatu yang mampu menjadi perhatian mata umum. Biarpun terkadang rasa juga sesak untuk bernafas, maklumlah dalam usia begini ingin bersaing bersama generasi muda.
Namun, saya bersyukur semakin hari, saya semakin matang memahami kehendak yang diinginkan oleh follower dan pembaca Majalah NONA. Saya amat bersyukur Majalah NONA secara fizikalnya masih kekal berada 32 tahun di pasaran ini. Anda pembaca yang bertuah masih dapat merasai nikmat bacaan majalah ini secara fizikalnya. Bukan mudah untuk terus bertahan dalam dunia kepupusan ini tetapi saya percaya dengan sokongan yang tidak putus Majalah Nona akan terus berada dalam industri penerbitan, biarpun fokus utama kami sekarang untuk menawan dunia digital Nusantara keseluruhannya.
Tahun baru, Majalah NONA terus melangkah dalam usia yang lebih matang tetapi bukan tua, tidak juga uzur. Suntikan idea-idea baru sentiasa kami usahakan agar wajah dan penampilannya lebih segar. Bukan gaya botok tetapi secara semula jadi… REALITI IMPIAN WANITA mempunyai maksud yang nyata. Saya mahu setiap paparan yang disampaikan menjadi pendorong kepada wanita Malaysia untuk mengubah hidup agar lebih sukses. Menjadikan Majalah NONA sebagai inspirasi utama dalam meningkatkan karier dan taraf kehidupan. Mengetengahkan wanita-wanita yang cantik, senang, sukses dan kaya bukan bermaksud mengetepikan keperluan pembaca golongan pertengahan. Saya dan team editorial punya matlamat untuk anda sama-sama mencapai sebuah kehidupan yang lebih baik dan memiliki cita rasa tersendiri.
Pada tahun 2017 ini banyak sekali kejadian yang telah berlaku, sempena kehadiran tahun 2018 marilah kita ambil hikmah dan pelajaran agar kita terus ke depan dan menjadi manusia yang lebih berguna dan terhindar daripada negatif, efek daripada perkembangan zaman yang begitu cepat berubah. Paling penting hati kita tidak berubah, sentiasa bersih hatinya. Hati yang indah akan melahirkan kata-kata yang indah dan setiap bait ucapan kita itu adalah cermin pada keperibadian diri.
Marilah kita bersama mempersiapkan diri ke arah lebih sukses dan cemerlang. Kebahagiaan kita bukan orang lain yang menentukannya, tetapi diri mu sendiri, semoga pada tahun baru 2018 ini menentukan bahagia masa depan kita bersama. Banyak harapan serta doa dipanjatkan untuk sebuah kehidupan yang lebih baik. Tinggalkan segala bentuk kesedihan yang telah berlalu biarkanlah ia berlalu. Bebaskanlah… Mari kita mulai mengharungi hidup yang baru dengan penuh semangat dan optimis. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betullah kata orang, bila kita dah berkahwin dengan pilihan hati, kemudian barulah kita tahu luar dalam perangainya. Seperti apa yang didedahkan oleh pelakon jelita Bollywood, Kareena Kapoor, beliau terbuka berkongsi satu rahsia suaminya, iaitu pelakon tampan Saif Ali Khan apabila berada di rumah.
Menerusi sumber Indian Express, Kareena Kapoor berkongsikan perihal gaya peribadi suami kesayangannya apabila berada di rumah. Kareena mendedahkan suaminya Saif, 52, sememangnya suka mengenakan pakaian yang sama malah tidak pernah menggantikan pakaian selama lima tahun.
“Saif seorang yang baik hati, dia telah memakai sepasang seluar sama sejak lima tahun lalu. Dia tidak akan membeli baru sehingga saya tidak memberitahunya. Malah Saif dah memakai baju berlubang semasa di rumah selama lima tahun dan dia suka, saya tak boleh kata apa lagi ,” katanya.
Jelas Kareena lagi, walaupun Saif Ali Khan pernah digelar most stylish man suatu ketika dulu, namun selepas berkahwin Kareena terpaksa belajar untuk menerima baik buruk suaminya itu. Walaupun Kareena seorang yang sangat bergaya dan mementingkan penampilan peribadi, namun tidak bagi Saif Ali Khan.
Kareena menjelaskan tiada siapa yang boleh mengubah penampilan suaminya, termasuklah pereka gayanya kerana Saif dilihat terlalu selesa dengan gaya fesyennya sendiri. “Tiada siapa yang boleh mengubah atau memaksa dia untuk tampil bergaya, dia sentiasa akan memakai lain dari apa yang dicadangkan oleh pereka gayanya,” jelas Kareena.
Untuk rekap, Saif dan Kareena telah mendirikan rumah tangga sejak 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Taimur Ali Khan yang lahir pada 2016, dan Jehangir lahir pada tahun 2021.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi pencinta jenama mewah dari Jerman, Aigner, anda kini boleh berkunjung ke LaLaport Bukit Bintang (BBCC).
Aigner baru-baru ini mengumumkan pembukaan butik terbaharunya di lokasi elit tersebut yang terletak di tengah-tengah pusat membeli belah terkemuka. Aigner LaLaport BBCC merupakan butik ketiga yang terletak di Kuala Lumpur dengan flagship berada di Pavilion KL serta Suria KLCC.
Butik seluas 1,296 kaki persegfi ini menerapkan suasana santai di samping sentuhan dekorasinya yang minimalis. Secara tidak langsung, ia mengekalkan nilai estetika yang eksklusif dan bergaya.
Selain itu, rona neutral melatari segenap ruang butik dengan paduan kemasan metalik yang sangat elegan.
Hiasan yang diperkemaskan serta ketenangan aksen menonjolkan lagi rona coklat, kuning air dan hijau yang klasik dan neutral. Saat kaki melangkah ke ruang butik, pengunjung akan disajikan dengan paparan video terbaharu Aigner yang dimainkan di skrin LED 75 inci.
Antara koleksi terbaharu yang diletakkan di meja pameran ialah Mariella Bag Dadino S yang boleh diperoleh secara eksklusif di Aigner LaLaport Bukit Bintang City Centre.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memulakan kerjaya awalnya sebagai pegawai perubatan kerajaan, nyata membibitkan rasa cinta yang mendalam terhadap bidang estetik buat Dr Wan Hidayu Wan Ahmad yang akhirnya menubuhkan Klinik Nur Raisha kerana minat terhadap dunia kecantikan.