Peminat filem Bollywood pasti kenal figura hebat bernama Shah Rukh Khan dan kerana populariti yang diraih, ahli keluarga superstar ini tidak terlepas daripada perhatian khalayak. Ini termasuk isteri tercinta, Gauri Khan dan tiga anak kesayangan.
Gauri yang kini meniti usia 54 tahun menjadi tumpuan masyarakat di sana bukan hanya disebabkan rupa paras cantik bahkan kejayaan wanita ini menguruskan empayar perniagaan.
Walau suaminya seorang aktor terkemuka dalam industri seni India dan antarabangsa namun Gauri enggan terlalu bergantung kepada suami.
Sebaliknya, ibu glamor ini selesa bergelar usahawan yang meneraju syarikat hiasan dalaman sebagai karier. Sekaligus menjana pendapatan hasil usaha sendiri.
Gauri atau nama sebenarnya Gauri Chibber dikatakan mula mengenali Shah Rukh Khan pada tahun 1984.
Hubungan mereka pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarga masing-masing namun pasangan romantis ini nekad melangsungkan perkahwinan pada 25 Oktober 1991, selepas tujuh tahun mengenali hati budi.
Waktu itu, Shah Rukh Khan baru ‘bertatih’ dalam industri perfileman India.
Kini, hasil perkahwinan selama lebih tiga dekad mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan AbRam Khan. Paling menarik perhatian, biarpun sudah berstatus isteri dan ibu tapi Gauri masih cantik bergaya.
Jika sebelum ini kisah Aryan dan Suhana banyak dipaparkan di dada akhbar dan media India. Kini anak bongsu kesayangan Shah Rukh Khan dan Gauri iaitu AbRam Khan pula raih tumpuan,
AbRam Khan dilahirkan pada 27 Mei 2013 dan dia baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-11. Makin meningkat dewasa, makin terserlah ketampanan anak selebriti ternama India ini.
Ketika hari lahirnya baru-baru ini, AbRam Khan meraikan hari istimewa tersebut di samping ibu bapa dan kakak kesayangan serta pasukan kriket, Kolkata Knight Riders.
Lebih bermakna, pasukan berkenaan menjulang kejuaraan pada hari tersebut. Sekaligus menjadi hadiah bermakna buat AbRam sempena hari lahir.
This website uses cookies.