Sebelum ini tular seorang kanak-kanak yang wajahnya seakan-akan dengan arwah Siti Sarah Raissuddin. Dan baru-baru ini bapa arwah, Raisuddin Hamzah dipertemukan dengan kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Miza.
Ads
Raisuddin dan isteri khabarnya mengharungi perjalanan selama 7 jam demi bertemu kanak-kanak tersebut sekaligus mengubati kerinduan mereka berdua pada arwah.
Dan menerusi Instagram Allahyarham Siti Sarah, pengendali akaun tersebut telah memuat naik video adik Miza menggayakan tudung keluaran arwah iaitu Loveta.
Ternyata wajah kanak-kanak berkenaan begitu mirip sekali, sekaligus mendapat perhatian Shuib Sepahtu menulis komen mengakui sangat merindui arwah apabila terpandang wajah adik Miza.
Selain itu, Shuib dan Watie turut berkongsi momen indah merakam gambar bersama adik Miza. Ternyata gambar kenangan tersebut mencuri perhatian dan membuatkan ramai warga maya yang sebak, teringatkan arwah Siti Sarah.
Melihat pada ruangan komen, ramai peminat arwah Siti Sarah mengakui bahawa wajah adik Miza memang hampir sama dengan arwah dan ramai. Malah mereka cukup teruja melihat persamaan tersebut dan secara tidak langsung mengubat kerinduan pada pelantun lagu Semakin itu.
Ads
Untuk rekap, Siti Sarah meninggal dunia pada hari Isnin, 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan COVID-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doa seorang anak yang mengharapkan kesembuhan ibunya pasti menyentuh hati sesiapa pun. Terkini, luahan Kilafairy yang mengharapkan ada keajaiban berlaku kepada ibunya, Rohana Jalil yang kini terlantar lemah di hospital undang sebak!
Tiada anak yang senang melihat orang tuanya sakit, apatah lagi dalam keadaan yang tak mampu berbuat apa-apa. Hanya doa dititip, moga bisikan sujud tembus ke hujung langit. Inilah perasaan seorang anak seperti Kilafairy yang kini berdepan saat getir menjaga ibu yang sakit.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 31, berkata dia mengharapkan ada keajaiban berlaku agar ibunya kembali sihat dan sembuh daripada penyakit tersebut.
Malah, Kila berkata dirinya masih belum bersedia untuk kehilangan ibu tercinta.
“Mengharapkan ada keajaiban berlaku. Saya tidak akan biarkan mama pergi.” Kilafairy
Menerusi perkongsian sama, aktres Melayu-Pakistan itu turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan dia sedang menggenggam tangan ibunya.
Terdahulu, Rohana yang popular menerusi lagu Rayuanku dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 18 April lalu akibat kebocoran usus. Difahamkan juga, keadaan penyanyi itu dalam keadaan lemah tetapi stabil.
“Sejak Ahad lalu ketika saya datang melawat, memang keadaan dia lemah. Tetapi dia boleh dengar bila saya bisik di telinga dia. Haiza beritahu dia datang (melawat), dia angguk.” Haiza
Bagaimanapun, ujar artis dangdut itu kepada Astro Awani, Rohana sudah tidak dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
AKRAB DENGAN MAMA
Seperti masih terkenang momen manis sambutan hari jadi ibunya yang ke-68 sekitar beberapa bulan lepas. Rohana Jalil tersenyum lembut, memotong kek dan diraikan secara kecil-kecilan ditemani anak dan sahabat rapat.
Paling suka melihat wajah manis Kila berhijab. Seperti tak sangka wanita jelita ini dahulunya pernah terpalit imej seksi. Namun, siapa sangka hidayah Allah SWT datang dalam pelbagai cara. Sedar tak sedar, Kilafairy yang bertudung sejak tiga tahun lalu juga dilihat semakin berseri-seri.
Tidak sekadar cantik jelita, anak kepada Juara Bintang RTM 1980 itu juga aktif di media sosial dan giat berniaga.
Sering tampil dengan gaya elegan dan solekan memukau, bekas pelajar fesyen ini pernah mendapat jolokan ‘Angelina Jolie Malaysia’ dek kerana memiliki bentuk bibir yang seksi.
Syafakillah, sama-sama kita doakan semoga Rohana Jalil cepat sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan.
Pengarah terkenal Aziz M. Osman yang cukup terkenal mengarah filem-filem hebat seperti XX Ray, Gila-Gila Pengantin dan banyak lagi sah bercerai dengan Puteri Lily Lokman awal bulan lalu. Berita ini disampaikan oleh bekas isterinya itu yang juga seorang pelakon, menerusi Instagram miliknya pada Ahad.
Puteri Lily berkata, tujuannya membuat pendedahan kerana tidak mahu mengelakkan fitnah di masa hadapan.
“Demi mengelakkan fitnah di masa hadapan, saya dengan rasa rendah diri ingin menyampaikan berita, secara rasminya saya dan Aziz telah pun berpisah,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.
Bagaimanapun Puteri Lily memaklumkan, dia dan Aziz berpisah cara baik pada awal bulan lepas dan tiada kaitan dengan pihak ketiga.
Katanya lagi, hubungan mereka juga masih baik demi anak-anak, Puteri Nur Azzahra, 11 dan Putera Muhamad Aryan, 5.
“Secara rasminya saya dan Aziz telahpun berpisah dengan cara baik pada Awal bulan lepas (bukan sebab orang ketiga).
“Telah ditakdirkan jodoh kami sampai di sini tapi kami masih lagi mempunyai hubungan yang baik demi anak-anak.
“Alhamdulillah, Ara seorang anak yang sangat matang. Dapat terima keputusan ni dengan tenang. Doakan anak-anak saya kuat emosi dan mental mereka. Doakan urusan kami dipermudahkan. I’m trying my best,” luahnya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga sejak 6 Jun 2010 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak.
Untuk rekod, Aziz pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai enam anak, dengan perkahwinan pertama bersama pelakon Nor Aliah Lee pada 1992 dan bercerai pada 2007. Perkahwinan keduanya ialah bersama Nor Radhiah Ramli.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui, anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan bijak. Bayangkan, pada usianya yang masih kanak-kanak, Hayder sudah bijak bergurau senda dengan kedua ibu-bapanya.
Apatah lagi setiap kali ada perlawanan bola sepak daripada team Johor, Hayder akan turut berada di stadium tersebut untuk memberi sokongan kepada ayahnya.
Baru-baru ini, pelakon yang juga isteri kepada pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), itu berkongsi momen anak sulungnya, Muhammad Hayder Qalish yang baru memasuki alam pra-sekolah. Ini ditambah pula dengan wajah Hayder yang comel menerima pujian ramai wargamaya.
Malah Eyra dan suami juga seringkali berkongsi telatah Hayder Qalish untuk hiburan peminat-peminat mereka di Instagram mahupun Twitter, membuatkan ramai yang geram dengan telatah dan gelagatnya yang bersahaja. Masya allah, memang comel sungguh Haider ni kan!
Gelahat Haider boleh disaksikan menerusi akaun Tiktok @haiderqhalish14 yang yang dipercayai dibuka oleh Eyra dan Haziq. Sehingga kini akaun tersebur mempunyai 142 ribu pengikut.
Walaupun perkahwinan Eyra Hazali dan Haziq Nadzli baru beranjak ke usia 3 tahun lebih, namun ramai yang mengagumi keluarga harmoni Eyra dan suami yang cukup bahagia. Apatah lagi Eyra dikhabarkan cukup memamahi profesion suaminya dan saling menyokong antara satu sama lain, malah sanggup pindah ke Johor untuk bersama suaminya.
Sekadar info, Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish pada 14 Ogos 2020 dan Muhammad Endra Haqimie, pada 29 April 2022.
NONA mendoakan semoga rumahtangga Eyra dan Haziq diberkati dan kekal bahagia hingga ke Jannah, dan kedua-dua anak comel mereka membesar menjadi anak-anak yang soleh dan membanggakan kedua ibu bapanya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...