Potret Selena Gomez Tanpa Mekap, Tetap Yakin Cantik Meski Kulit Tak Licin Sempurna!

Menjadi selebriti popular dengan pengikut mencecah 376 juta di Instagram pastinya bukan hal yang mudah. Bagi Selena Gomez, serba-serbinya jadi perhatian terutama sekali soal kecantikan. Namun baru-baru ini, wanita berusia 30 tahun itu memilih mempamerkan wajahnya tanpa solekan – terbukti Selena juga punya masalah kulit macam orang lain!

Pada zaman media sosial ini, ramai wanita mendapat keyakinan diri daripada filter kamera yang digunakan.

Berbeza dengan pengasas jenama solekan Rare Beauty itu, beliau tampil bare face dengan rambut ikal messy bahkan tidak gusar menunjukkan jerawat kecil di bawah hidungnya.

“Me.” 

Tulisnya ringkas pada 2 Februari 2023 lepas.

 

 

Hantaran tersebut menuai banyak komen-komen positif dan pujian daripada rakan-rakan Selena serta peminatnya. Sangat ramai yang terkesima melihat wajah polos beliau, malah mengagumi keberaniannya tanpa ‘kepalsuan’ di media sosial.

“Akhirnya seorang selebriti yang normal, dan menunjukkan bahawa tiada yang sempurna setiap saat dan setiap hari.”

 

KIND WORDS

 

Selena Gomez yang popular dengan lagu seperti ‘Lose You To Love Me’ dan ‘Come & Get It’ itu sering memperjuangkan semangat positif dalam kerjayanya.

Antara yang terkini, himpunan bibir Kind Words menerusi jenama miliknya Rare Beauty bagi menggalakkan pemakai sentiasa tampil cantik dan berkata-kata yang baik ketika bergincu.

Kind Words ditampilkan dalam pilihan Matte Lipstick dan Matte Lip Liner yang cukup ringan serta tidak mengeringkan bibir. Perlu ada Februari ini!

 

 

Share
Published by
Norzalina