Terujanya hendak sambut Hari Raya dengan ketuhar dari Panasonic, Cubie Oven! Bukan saja tertarik dengan rekaan ketuhar serba moden dan compact, lebih istimewa macam-macam juadah boleh disediakan dengan cepat dan mudah. Sebut sahaja hidangan apa yang mahu di makan dan Cubie Oven akan ‘realisasikan’ selera anda.

Cubie Oven bukan sekadar ketuhar biasa. Sekali mencubanya, anda pasti tidak mahu menggunakan perkakasan dapur lain. Diperincikan dengan teknologi canggih dan selamat, Cubie Oven ibarat kombinasi puluhan periuk pelbagai guna yang menghasilkan aneka sajian hanya dengan satu ketuhar sahaja. Daripada hidangan kukus hinggalah bakar, serahkan sahaja kepada Panasonic Cubie Oven ini.

Ads

Selain memiliki 16 butang menu automatik, ketuhar eksklusif ini direka khas dengan paparan yang lebih besar, sistem memasak lebih efisien, ruang dalaman yang luas serta dilengkapi dengan aliran haba sekata untuk proses memasak yang lebih sempurna. Dalam masa 3 minit saja, suhu ketuhar boleh mencapai 100 darjah Celsius. Tak perlu masak lama-lama!

Mudah Dibersih & Dijaga

Walau pun digunakan berkali-kali tetapi Panasonic Cubie Oven kekal terjamin dari segi kebersihan. Antara tip penjagaan yang disarankan untuk menghilangkan kotoran di ketuhar adalah seperti berikut.

Power, Guna HUJUNG JARI Je Makanan Siap Masak! Cepat & Menyelerakan

  1. Menghilangkan bau

Hidangan yang mempunyai aroma ‘kuat’ pastinya meninggalkan kesan bau kurang menyenangkan di dalam ketuhar. Apa yang perlu anda buat hanya tekan butang deodorization untuk menghilangkan bau.

  1. Menanggalkan kotoran yang terlekat

Gunakan steam agar kotoran dan minyak yang terlekat mudah dibersihkan dengan hanya mengelap sekitar permukaan ketuhar.

  1. Membersih takungan air

Bersihkan saluran paip yang digunakan untuk proses mengukus menggunakan air bersih dan buang lebihan air melalui drip tray.

Paling menarik, ia mempunyai fungsi sterilization yang menjadikan proses memasak lebih sihat, selamat dan dijamin bersih. Hendak cuci dan bersihkan botol bayi menggunakan Cubie Oven pun boleh.

Memasak Semudah A,B, C

Antara resipi lazat dan menyelerakan yang boleh disediakan dengan Cubie Oven adalah seperti berikut.

TUNA CROQUETTE

Ads

Power, Guna HUJUNG JARI Je Makanan Siap Masak! Cepat & Menyelerakan

Bahan-bahan:

  • 200 gram ubi kentang (direbus)
  • 1 tin tuna
  • 60 gram bawang Holland
  • 1 batang daun bawang
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • Lada putih secukup rasa
  • Telur
  • Serbuk roti

Cara membuat:

Lenyekkan kentang dan satukan tuna, bawang, daun bawang, garam, gula dan lada putih secukup rasa. Gaul semua bahan hingga sekata. Ambil adunan yang telah sebati tadi dan bentukkan bulat. Tekan adunan menjadi leper. Seterusnya, tabur sedikit tepung ke atas adunan tadi dan ratakan. Celup kepingan adunan ke dalam bancuhan telur yang siap dipukul. Kemudian, salutkan pula dengan serbuk roti. Susun adunan yang telah siap di atas dulang pembakar. Panaskan ketuhar dengan mode Healthy Fry. Akhir sekali, masak selama 25 minit atau sehingga masakan bertukar warna keemasan. Keluarkan hidangan dari ketuhar dan sedia dinikmati.

Ads

NYONYA STEAMED FISH

Power, Guna HUJUNG JARI Je Makanan Siap Masak! Cepat & Menyelerakan

Bahan-bahan perap ikan:

  • 600 gram keping ikan tuna
  • 1/4 sudu teh lada putih
  • 1/2 sudu teh tepung jagung
  • 3 batang daun bawang
  • 1 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan A:

  • 2 ulas bawang putih (dicencang)
  • 2 cm halia muda (dicencang)
  • 1 batang bunga kantan (dicencang)
  • 5 tangkai cili padi (dihiris halus)
  • 1 batang serai (dicencang)
  • 3 helai daun limau (dihiris halus)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/4 serbuk stok ikan bilis
  • 2 1/4 sudu teh gula
  • 3/4 sudu teh tepung jagung
  • 2 1/4 sudu teh jus limau

Cara Membuat:

Potong dan bersihkan ikan. Perap ikan dengan lada putih dan tepung jagung selama 15 minit. Letakkan daun bawang dan tuang minyak masak serta ikan yang sudah siap diperap di atasnya. Sementara itu, masukkan bawang putih, halia muda, bunga kantan, cili, serai, daun limau, garam, serbuk stok ikan bilis, gula, tepung jagung dan jus limau. Kacau semua bahan hingga sebati. Seterusnya, letakkan ke atas ikan yang diperap. Masukkan ikan ke dalam ketuhar. Selaraskan butang ‘steam-high’ selama 15 minit atau sehingga ikan betul-betul masak. Apabila sudah masak, keluarkan dan sedia untuk dinikmati.

Mudah sahaja, bukan? Panasonic Cubie Oven berharga RM1, 206.60 dan boleh didapati di outlet-outlet Panasonic terpilih berhampiran anda. Selain itu anda juga boleh melayari laman www.panasonic.com. untuk maklumat lanjut dan mengikuti tawaran serta promosi terkini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI