Praktik 5 Cara Mudah Tanpa Ubat Ini Untuk Hilangkan BATUK BERKAHAK Pada Anak!

Bayi dan kanak-kanak mudah diserang batuk dan selesema. Sebagai ibu sebolehnya tak mahu terlalu kerap memberikan ubat yang kita tahu kesan sampingannya dalam jangkamasa panjang di samping kandungan dadah di dalamnya. Batuk berkahak berpunca daripada beberapa jenis penyakit termasuklah jangkitan atau alahan habuk, asap, wangian dan bulu haiwan.

Cuaca yang terlalu sejuk atau panas turut menjadi punca. Badan akan lebih mudah dijangkiti virus, bukan hanya pada kanak-kanak bahkan juga dewasa. Kebiasaannya, 3 hari pertama keadaan batuk berkahak terjadi sangat kerap. Namun akan mulai reda dalam beberapa hari seterusnya.

Apa yang penting sebagai ibu kita berikhtiar dan berdoa semoga anak cepat sembuh. Jika keadaan masih tiada perubahan malah semakin teruk segeralah ke hospital. Berikut 5 cara yang boleh para ibu amalkan.

  • MADU ASLI

Kajian mendapati meminum madu bagi menghilangkan batuk berkahak pada anak lebih efektif berbanding penggunaan ubat. Madu mengandungi antioksidan yang mampu memerangi radang dalam badan. Berikan anak setengah sudu teh madu asli sebanyak 4-5 kali setiap hari. Namun, anak di bawah usia dua tahun tak dibenarkan meminum madu kerana boleh menjejaskan kesihatannya.

  • AIR SUAM

Membantu mencairkan kahak seterusnya menyembuhkan jangkitan. Air suam juga membantu meredakan tekak yang gatal-gatal dan rasa tak selesa disebabkan oleh sinus yang mengering. Ajar anak untuk minum 6-8 gelas air suam setiap hari terutama sepanjang dirinya tidak sihat.

  • JUS LEMON

Kajian mendapati jus lemon atau air perahan lemon membantu mengatasi batuk berkahak pada anak di samping menyembuhkan jangkitan di saluran pernafasan. Berikan satu sudu teh jus lemon setiap tiga jam. Berikan anak segelas air putih selepas meminum jus lemon kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.

  • MANDIAN LEMON

Letak hirisan lemon ke dalam air mandian. Bau lemon dipercayai membantu mengeringkan hingus. Aromanya juga cukup menenangkan.

  • KUNYIT

Terkenal dengan antibiotik semula jadi sama seperti bawang putih. Tumbuk kunyit hidup sehingga lumat kemudian sapu pada dahi dan batang hidung anak. Buat dengan yakin, dengan izin-Nya selesema akan sembuh.

 

Share
Published by
Amy Mohd