“Prestasi Fazs Faozi Sentiasa Konsisten” Juri-Juri Puji, Usahawan Kosmetik Ini Pemenang RM50,000!

Tirai program realiti Pencarian Nona Superwoman melabuhkan tirainya semalam. Tepukan gemuruh bergema di setiap penjuru studio apabila nama finalis, Norfazlina Mohd Faozi, atau Fazs Faozi diumumkan sebagai Juara, sekaligus mengatasi empat ‘seteru’ akhir yang bersaing di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Pada setiap episod, Fazs sering menampilkan prestasi yang konsisten dan seimbang dalam pelbagai aspek. Faktor kestabilan adalah asas berniaga yang sebenar, yang menjamin kekuatan sesuatu perniagaan agar terus kekal dan bertahan lama.

Ciri-ciri itulah yang membuatkan juri sebulat suara menobatkan usahawan kosmetik ini sebagai pemenang utama.

Menjelang malam finale Pencarian Nona Superwoman, wanita berusia 35 tahun dan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri itu berjaya memikat juri dengan pembentangan perniagaan syarikatnya, Fazsbeauty.

Beliau juga bijak mengadaptasi segala ilmu sepanjang menyertai Pencarian Nona Superwoman, sekaligus mengukuhkan kedudukan di peringkat Top 3.

Juara Pencarian Nona Superwoman, Fazs Faozi

 

Fazs Faozi disamping ibu dan suami tercinta

 

Keyakinan Fazs Faozi sewaktu pembentangan business plan

 

Sewaktu cabaran Q&A di hadapan juri dan penonton

 

Turut bertanding di pentas akhir adalah usahawan bakeri Ana Najia dan Ayu Omar, usahawan sambal iaitu Syu Ramli serta usahawan percetakan gambar, Linda Roos.

Juri-juri sepakat memilih Ana Najia sebagai pemenang Most Favourite dan Syu Ramli sebagai pemenang Most Inspiring dengan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.

Setiap pemenang juga menerima sebuah trofi dan selempang serta sejambak bunga tajaan Aleeya Florist & Gifts.

Ayu Omar, Ana Najia, Fazs Faozi, Syu Ramli dan Linda Roos

 

Ana Najia, Syu Ramli, Ayu Omar, Linda Roos, Fazs Faozi

 

SOKONGAN

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Seri Rina Mohd Harun menunjukkan sokongan penuh terhadap acara finale program realiti Pencarian Nona Superwoman yang turut disiarkan secara langsung di Astro Prima saluran 105.

Turut hadir mengiringi Datuk Seri Rina ke PICC adalah isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Daripada ratusan penyertaan, hanya 12 yang terpilih dan akhirnya lima finalis yang berjaya melangkah ke final.

Program lapan episod yang bermula sejak 22 September lepas memberi peluang kepada usahawan B40 dan M40 yang terjejas pandemik untuk berkembang, menambah ilmu niaga dan merebut hadiah lumayan berjumlah RM70,000 keseluruhan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim dan YB Datuk Seri Rina Harun

 

Sesi Majalah Nona bersama YB Datuk Seri Rina Harun di Red Carpet

 

Awal Ashaari, Syamil Fahim, Datin Adzliana, YB Datuk Seri Rina Harun, Datin Seri Masdiana, Kiffy Razak

 

Episod finale selama 1 jam, bermula 9.00 – 10.00 malam ini turut menyaksikan penampilan juri jemputan iaitu Dato’ Fazley Yaakob dan Datuk Rosyam Nor bersama juri-juri tetap iaitu Awal Ashaari dan Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan.

Ia turut dihoskan oleh pengacara jelita iaitu Uyaina Arshad. Program realiti ini dianjurkan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Nona.

Pengacara Uyaina Arshad

 

Datin Adzliana Hasan

 

Awal Ashaari

 

Datuk Rosyam Nor

 

Juri-juri tetap dan juri-juri jemputan

 

Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak dalam ucapan beliau berkata, program Pencarian Nona Superwoman ini berjaya menggilap nilai keusahawanan yang tinggi serta bermanfaat untuk wanita yang menceburi bidang perniagaan.

“Saya bersyukur kerana program realiti ini berjaya mencapai tujuannya untuk memperkasakan kaum wanita berniaga.

Kami di Majalah Nona sentiasa fokus terhadap usaha menjadi media utama yang memberi inspirasi kepada wanita bangkit dalam kerjaya dan gaya hidup.

Debaran di atas pentas sewaktu juri-juri tetap mengumumkan pemenang

 

Platform Pencarian Nona Superwoman anjuran Majalah Nona yang diperkasakan oleh USANITA selari dalam membantu wanita yang terjejas ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada USANITA yang sentiasa mewujudkan pelbagai peluang termasuk program pembangunan, bantuan kebajikan dan sosial, bantuan komuniti, seminar motivasi serta pendidikan yang berterusan kepada golongan memerlukan.” Kiffy Razak

Jutaan terima kasih buat penaja utama yang memperkasakan program Pencarian Nona Superwoman iaitu USANITA di bawah pimpinan Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan. Sebagai badan pemudahcara yang mensasarkan golongan usahawan, pelbagai inisiatif dianjurkan termasuklah memperkasakan finalis Pencarian Nona Superwoman agar menjadi usahawan yang berkaliber di masa hadapan.

Dengan pematuhan SOP yang ketat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial sepanjang rakaman berlangsung, acara finale bertemakan ‘Smart Elegant’ ini turut diserikan persembahan artis terkemuka Malaysia, Anuar Zain.

 

Persembahan Anuar Zain

 

Datin Seri Masdiana Muhamad dan Datuk Seri Rina Harun

 

Pematuhan SOP seperti pemakaian face mask dan penjarakan 1 meter tetap dilaksanakan ke atas penonton

 

TETAMU

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Top 12 Finalis – Ayda Azlan, Sarah Ismail

 

Top 12 Finalis – Emma Bee, Fazlia Akma

 

Top 12 Finalis – Syamimi Khalil, Jiejie

 

Sebahagian team Majalah Nona – Hamizatul Maizan, Rosmah Idayu, Norzalina, Azniza Aziz

 

Sesi Red Carpet – Zehan Suziana, Linda Roos, Ayu Omar

 

Foto: Nor Yanti, Sharinizam Othman

Video: Jazlan Nangar

Share
Published by
Norzalina