Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan? Siapa yang tak kenal dengan Fasha Sandha, dramatis jelita berusia 39 tahun yang memiliki bakat lakonan yang cukup hebat.
Apatah lagi, Fasha kini semakin langsing sekaligus menampakkan dirinya lebih muda berbanding usia sebenar!
Bertuah suaminya, Aidil Aziz dikurniakan seorang isteri yang tak sekadar cantik bahkan pandai jaga badan dan penampilan walaupun dah mempunyai tiga orang anak.
Baru-baru ini, Fasha ada memuat naik satu video di Instagram di mana dia dan anak-anak ‘terbang’ ke Singapura.
Video pendek itu memaparkan perjalanan Fasha bersama anak-anaknya sedang menaiki kapal terbang.
Namun apa yang menarik perhatian ialah anak keduanya, Jemyma atau nama penuhnya Putri Raysha Jemyma yang kini semakin membesar dan cantik walaupun baru je berusia lapan tahun.
Fizikalnya yang kurus, tinggi serta rambut yang panjang mengurai saling tak tumpah seperti ibunya. Jemyma turut dikatakan berbakat besar dalam bidang lakonan.
Di ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminat Fasha memuj kecantikan Jemyma.
“Pretty Jemyma! Dah besaq dia..lagi cantik sekarang.”
“Lawanya anak dara.”
“Cantiknya anak dara dia.. Jemyma muka ibu betul. Adik tu ikut muka Papa dia.”
“Jemyma macam Mami dia. Comel!”
“Suka tengok Jemyma..macam Mommy dia..lawa and soft je.”
Untuk info, Jemyma merupakan zuriat hasil perkahwinan pertama Fasha bersama bekas suami iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Manakala anak sulung mereka, Putra Rayfal kini berusia 10 tahun.
Fasha kemudiannya bertemu jodoh dengan Aidil Aziz yang juga seorang pelakon tanah air. Mereka sah bergelar suami isteri pada 2019 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha yang kini berusia tiga tahun.
Semoga anak-anak Fasha membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang soleh serta solehah.