
Wabak Covid-19 sememangnya memberi impak yang mendalam buat seluruh dunia. Malah ramai selebriti yang cukup prihatin dengan penularan wabak ini sekaligus menyalurkan sumbangan kepada pihak yang memerlukan.
Aktor terkenal Hollywood James McAvoy juga tirut tidak terlepas memberi derma wang sejumlah £275,000 (kira-kira RM1.48 juta) kepada Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan (NHS) dalam usaha membantu usaha membendung pandemik koronavirus.
Bintang filem X-Men itu menyumbang kepada kempen pendanaan awam (crowdfunding) yang dicetuskan oleh kumpulan doktor untuk digunakan bagi membeli sut perlindungan peribadi (PPE) buat petugas perubatan.
Kempen itu telah pun meraih sebanyak £440,000 melepasi sasaran awal £200,000 yang kini telah dinaikkan kepada £500,000.
McAvoy sebelum itu turut membantu menguar-uarkan kempen tersebut dalam beberapa video Instagram miliknya. Mulia betul hati actor kacak ini. Semoga bantuan beliau dapat meringankan beban pihak yang terlibat dan sekaligus mengurangkan wabak berbahaya ini yang sedang melanda seluruh dunia, insyaallah.
Penyanyi Vateran ROHANA JALIL Kini Kritikal Di ICU, Rakan Artis Titip Doa

Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68 yang juga ibu kepada pelakon Khilafairy dikhabarkan dalam keadaan ritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak semalam namun tidak dipastikan punca dan penyakit yang dihidapinya.
Mengesahkan berita duka itu kepada BH Online, rakan baiknya, Datin Salwa Abdul Rahman, pagi ini. Salwa berkata, dia terkejut diberitahu juara Bintang RTM 1980 itu berada dalam kritikal di ICU sejak semalam.
Namun, katanya, doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapinya memandangkan penyanyi lagu Rayuanku itu tidak pernah alami penyakit serius sebelum ini.
“Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu.
“Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba. “Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit.
“Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui,” katanya kepada BH Online.
Salwa berkata, dia diberitahu Rohana dikejarkan ke hospital, kelmarin, namun, anak-anaknya masih merahsiakan daripada pengetahuan sesiapa.
“Bagaimanapun, bila keadaan Rohana semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan kesihatan Rohana dan minta mendoakan kesembuhan.
“Pelawat tidak dibenarkan melawat Rohana, buat masa ini. Ini kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen.
“Saya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun keadaannya masih lemah dan dalam pemantauan, semalam,” katanya.
Sumber: Buletin TV3
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Peringatan Untuk WANITA MUDA! Zulin Aziz Dedah Hidap Cyst, Perlu Pembedahan Jika Ia Terus Membesar

Selepas beberapa hari tidak mendengar celoteh penyampai Suria Pagi, Zulin Aziz, di corong radio, teka-teki ‘kehilangannya’ terjawab semalam apabila dia mendedahkan sedang dirawat di hospital.
Simptom-simptom seperti cirit-birit dan rasa sakit apabila bahagian perut ditekan mendorong doktor untuk membuat imbasan ultrasound ke atas pengacara dan pelawak popular berusia 27 tahun itu.
Zulin yang mengalami masalah cirit-birit sejak Isnin lalu turut berkongsi khabar buruk selepas pemeriksaan doktor, iaitu mengalami ketumbuhan cyst berukuran 7 sentimeter dalam ovari sebelah kanan.
Kata Zulin lagi, doktor memberikan tempoh enam bulan untuk melihat sama ada cyst itu membesar atau tidak. Sekiranya membesar, dia perlu menjalani pembedahan. Dia juga dinasihatkan agar menjaga pemakanan bagi mengelakkan ketumbuhan itu membesar.
Awas, Perut Buncit!
Ovarian cyst kerap berlaku di kalangan wanita muda dan kebanyakan wanita tidak sedar pun yang mereka mengalaminya kerana ia jarang menunjukkan sebarang simptom. Ia hanya akan dikesan bila seseorang wanita itu membuat imbasan ultrasound.
Pada umumnya ia tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya terlalu besar, pesakit mungkin perasan perutnya sedikit buncit dan terdapat ketulan pada bahagian bawah perut. Ini menyebabkan ramai yang menyangka perut buncit hanya disebabkan masalah pengumpulan lemak berlebihan.
Bagi kes ovarian cyst yang mencapai ukuran 7 sentimeter atau lebih, rawatannya bergantung kepada jenis cyst yang dialami. Bagi cyst folikular atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Lazimnya, doktor sakit puan akan memantau sama ada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.
Rawatan pembedahan untuk membuang cyst akan dicadangkan jika didapati cyst menjadi semakin besar. Walau bagaimanapun pilihan akan diberikan bergantung kepada gejala yang dihadapi, bentuk cyst dan keputusan ujian darah seseorang. Norzalina Mohd Alias
Hamil Anak Ketiga & Dapat Rumah Baru, ‘Bonus’ Berganda MUA BELLAZ Tahun 2020!

Rezeki tidak akan pernah salah alamat. Tahniah buat MUA Bellaz yang kini berbadan dua. Berita gembira tersebut didedahkan Bellaz di media sosial miliknya beberapa hari sebelum dia dan suami tercinta menyambut ulang tahun perkahwinan ketujuh pada 25 Disember lalu. Khabarnya, usia kandungan Bellaz sudah mencecah lebih dua bulan dan ia merupakan kehamilan ketiganya.
Hasil perkahwinan bersama suami tercinta iaitu Anuar Ahmad, pasangan muda ini dikurniakan dua orang anak. Anak sulung mereka, Iris Alisya berusia 7 tahun sementara anak kedua pula Mohd Aidil Mikhali bakal meniti usia tiga tahun. Nampaknya tahun 2020 menjadi tahun paling dinanti-nantikan make up artist popular ini kerana selain bakal timang cahaya mata baru pada bulan Ogos depan, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini turut akan berpindah ke rumah baru!’Bonus’ berganda Bella dapat tahun ini.

Memasuki usia 28 tahun pada April nanti, Bellaz nyata bersyukur kerana usaha keras membina legasi dalam dunia solekan akhirnya membuahkan hasil lumayan. Kongsinya,
“Tak sabaq aihhh nak tengok titik peluh ni siap. Rasa seronok bahagia lagu mana tak tau, di usia 27 tahun dapat buat rumah sendiri lagu ni, sebab kami datang dari keluarga yang terlalu susah sangat-sangat masak dapoq kayu ja.
Sebab tu masih tak percaya sampai la ni maybe tak besaq di mata orang, tapi besaq di mata saya dengannya 8 bilik tidur, 3 bilik air. Alhamdulilah nikmat Allah bagi pinjam sementara. Syukur sangat-sangat.. nanti berpantang dalam rumah baru yeyy. InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan semua,” ujar Bellaz yang tidak malu mengaku dirinya ialah anak seorang nelayan.
Anak jati Tanjung Dawai, Kedah ini juga memaklumkan dia mula serius mendalami dunia solekan sejak mengandung anak pertamanya kira-kira enam tahun yang lalu. Bermula
dengan mengadakan live tutorial mekap di media sosial, nama MUA Bellaz kian meningkat naik dan menjadi inspirasi ramai generasi muda hari ini.
Bertitik-tolak dari situ juga Bellaz mendapat idea untuk mengeluarkan rangkaian produk kosmetik keluaran sendiri termasuk lip matte dan berus mekap. Malah, sudah berada di beberapa outlet AEON.
Terbaru, jualan berus mekap Bellaz laris di pasaran. “Sis jarang bergambaq dengan stok-stok sis. Walaupun stok selalu sampai macam ni. Yang stok 19 ni, aura dia lain sedikit. Alhamdulillah brush makeup Bellaz dah landing separuh. Dalam masa 3 hari dah tinggal half dah. Alhmdulilah terima kasih pada yang support Bellaz, insyaAllah dalam setiap sales Bellaz, ada sedikit keuntungan Bellaz akan berikan kepada yang memerlukan.
“Setiap rezeki kita terselit rezeki orang lain” ingat tu. Nak habaq postage brush hampa akan diupdate dalam masa 2-3 hari lagi. Sebabnya di HQ Bellaz sekarang tengah bertungkus-lumus 10 orang team siapkan postage hampa. Sabar naaa.. mintak maaf atas kelewatan sedikit. Sebab order masuk terlebih limit. Rezeki anak.. pada masa yang sama saya dapat membantu para suri rumah untuk menjana income sendiri. Alhamdulillah.”
Semoga MUA Bellaz terus sukses dan diberi kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan bersalin kelak.
Kredit: Instagram MUA BELLAZ