Ads
Home Berita Prihatin Isu Alam Sekitar, MAYA KARIN ajak Orang Ramai Jaga Alam Sekitar

Prihatin Isu Alam Sekitar, MAYA KARIN ajak Orang Ramai Jaga Alam Sekitar

Ads

Sejak beberapa hari lalu, foto Maya Karin bergambar di dalam air tular di Tweeter dan menjadi  ikutan di kalangan peminatnya. Di sebalik kariernya sebagai pelakon dan penyanyi berjaya, Maya Karin juga aktif memperjuangkan pemuliharaan dan kesedaran alam sekitar.

Prihatin Isu Alam Sekitar, MAYA KARIN ajak Orang Ramai Jaga Alam Sekitar

Ads

Tidak hairanlah mengapa Maya Karin Roelcke  dilantik  sebagai duta ikon River of Life (ROL) oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Maya dilantik selaku duta ROL oleh Kementerian Wilayah Persekutuan selama setahun bermula tahun ini.

Sementara itu, memetik artikel daripada akhbar Wilayahku, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pemantauan dan Projek Khas) Bahagian Pengurusan Pembangunan kementerian, Rosidawati Abdul Rashid berkata, Maya Karin merupakan pilihan yang tepat untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Prihatin Isu Alam Sekitar, MAYA KARIN ajak Orang Ramai Jaga Alam Sekitar

“Melalui sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh Maya Karin, pihak kementerian percaya mesej penjagaan alam sekitar dapat disampaikan kepada masyarakat,” ujarnya.

Umum sedia maklum bahawa pelakon  jelita ini merupakan seorang yang amat mengambil berat soal penjagaan alam sekitar dan Maya berbesar hati menerima tanggungjawab berkenaan untuk mengajak masyarakat bersama-sama memelihara dan menjaga sungai-sungai daripada diperlakukan seperti tong sampah.

Malah Maya mencetuskan kelainan apabila menghadiahkan doorgift berupa sebuah mentol lampu yang menjimatkan tenaga elektrik  yang ditaja OSRAM di majlis perkahwinannya dengan bekas suami, Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2008 yang diadakan dalam suasana kehijauan di FRIM, Kepong.

Prihatin Isu Alam Sekitar, MAYA KARIN ajak Orang Ramai Jaga Alam Sekitar

Pelakon berusia 40 tahun itu melahirkan rasa terharu apabila kerja-kerja amal dilakukan dalam usaha menjaga alam sekitar diiktiraf oleh banyak pihak terutamanya pihak kementerian.

“Kami (saya dan pihak kementerian) banyak berbincang pendekatan tentang pendekatan dan taktik yang boleh diambil demi memelihara kebersihan sungai.

“Projek ROL ini sudah siap hampir 80 peratus, tetapi kesedaran awam masih terlalu kurang. Kerajaan membelanjakan RM500,000 sebulan untuk menjaga kebersihan sungai dengan perbelanjaan RM6 juta setahun.

Prihatin Isu Alam Sekitar, MAYA KARIN ajak Orang Ramai Jaga Alam Sekitar

Untuk rekod, pada 2007, Maya menggunakan platform sebagai selebriti untuk merealisasikan kempen sendiri iaitu MayaLovesNature. Kempen tersebut membabitkan sekolah dan turut bekerjasama dengan agensi kerajaan.

“Kita perlu menghargai sungai-sungai kita. Sungai bukan tong sampah, sungai adalah sungai dan tong sampah adalah tong sampah.

“Jangan satukan dua perkara ini. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai masyarakat untuk memahami usaha oleh kakitangan awam dalam menjaga kebersihan sungai,” katanya yang dikenali umum sering memperjuangkan isu alam sekitar.

Sumber: Astro Awani & Kementerian Wilayah Persekutuan.

 

Ads

 

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI