Kagum lihat keprihatinan Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam usahanya membanteras gejala buli. Enggan membezakan jurang perbezaan dengan rakyat, Puteri Diraja Selangor ini sanggup turun padang ke beberapa sekolah terpilih di sekitar Selangor untuk bertemu sendiri para pelajar sekolah. Satu usaha murni yang pastinya menjadi inspirasi kepada rakyat jelata!

Ads

Kerap memberi penekanan tentang isu buli di Instagram, Tengku Zatashah yang berangkat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang semalam turut menyeru masyarakat dan pelajar sekolah amnya, agar berganding bahu menangani gejala tidak bermoral ini.

Prihatin Isu Buli, PUTERI DIRAJA SELANGOR Sanggup Turun Padang Bertemu Pelajar Sekolah!

Prihatin Isu Buli, PUTERI DIRAJA SELANGOR Sanggup Turun Padang Bertemu Pelajar Sekolah!

Tegasnya yang menyokong Kempen Kebaikan Nasional menerusi program #StandTogether yang menyemai sikap kebaikan di kalangan pelajar sekolah, “Baik Hati adalah mengenai semua orang bersikap ambil peduli dan baik. Jika anda melihat seseorang berdiri sendirian mengapa tidak anda bercakap dengan dia? Jika anda melihat seseorang duduk bersendirian di sudut kelas dan tidak bermain di padang permainan, mengapa tidak menjemput rakan anda untuk bermain bersama?

Tahukah anda 80% pelajar sekolah rendah di Malaysia pernah menjadi mangsa buli? Saya di sini pada hari ini mengatakan bahawa perkara ini merupakan topik yang sukar untuk anda akui. Tetapi saya juga di sini, menyeru anda untuk melakukan perkara yang positif.

Prihatin Isu Buli, PUTERI DIRAJA SELANGOR Sanggup Turun Padang Bertemu Pelajar Sekolah!

Prihatin Isu Buli, PUTERI DIRAJA SELANGOR Sanggup Turun Padang Bertemu Pelajar Sekolah!

Ads

Berdiam diri apabila melihat kejadian buli sama seperti anda menjadi pembuli kerana tidak berani melakukan apa-apa untuk membantu mangsa buli. Apa yang diperlukan oleh mangsa buli ialah kita sama-sama menjadi #baik hati.

Sila laporkan jenayah buli kepada guru dan ibu bapa anda. Apabila anda membenarkan jenayah buli terus berleluasa, kejadian ini akan hanya menjadi lebih teruk.”

Ads

Prihatin Isu Buli, PUTERI DIRAJA SELANGOR Sanggup Turun Padang Bertemu Pelajar Sekolah!

Tambahnya lagi, menurut institut penyelidikan global (IPSOS) 71 peratus aktiviti buli siber di Malaysia berlaku dalam media sosial dengan 53 peratus pembuli siber adalah rakan sekelas mangsa.

Sumber: Instagram Tengku Zatashah

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI